Selasa, Disember 22, 2009
NINJA BUNNIES
Aku tengah buat konsep untuk muzik video sebuah band metal. Naratif video itu bermula dengan seorang guru silat memberi anugerah kain pengikat kepala bergelar Mata Masa kepada Sang Kerambit. Sesiapa yang memakai mata masa akan dapat melihat bagaimana sesorang itu mati. Ini membuat Bongkok, Abang Bongkok dan murid-murid lain (Ninja Bunnies) cemburu lantas mereka merusuh lalu membunuh Tok Guru. Sebenarnya Tok Guru tahu dia akan mati dibunuh oleh Sang Bongkok. Itu pasal dia bagi kain Mata Masa tu kepada Sang Kerambit. Nak jadikan cerita, awalnya Sang Kerambit menang pergaduhan dan membuat dia jadi tidak yakin akan kebenaran Mata Masa yang meramal kematiannya. Pun begitu, Bongkok mengelat dan berjaya memerangkap Sang Kerambit. Sebelum mati, Sang Kerambit berkata, "Bongkok, kau akan mati dibunuh oleh abang kau sendiri dan..." Bongkok pun bacok kepala Sang Kerambit dengan tukul besi. Kemudian dia menjeling abangnya. Tamat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
6 ulasan:
Complicated nyaa..
nape picta nih cam menarik eh..?
mask oh mask..
aku nampak mereka macam ganas,walaupun pakai topeng bunny.pengaruh naruto.
tok apa baik ?lama tak jenguk rimau haha..sehat?
di manakah sang kerambit menyembunyikan mata masa itu?
Wah! Menarik2 ceritanya tok..tergantung-tergantung nie.. ending dia..boleh wat multi version..mesti..1) Si Bongkok berjaya bunuh abang dia, bermakna dia dah Cheat death...2)abang dia berjaya mengelat dan bunuh si bongkok..3) nak kasi dramatik, kita kait dengan Si Bongkok Tanjung Puteri, yang mati di tangan adiknya Putih...bermakna Sang kerambit ni cerdik bemain helah rupanya...haha..boleh wat cerita interaktif nih...
Catat Ulasan