Cikgu Nurul mengeliat menghilangkan penatnya menanda latihan murid yang menimbun. Kemudian, dia mencucuh api pada hujung rokok lalu menghela asap sepenuh dada. Perlahan-lahan asap itu dilepaskan naik ke siling ruang tamu.
Tiba-tiba dia teringatkan kotak penuh hadiah dari anak muridnya sempena hari guru siang tadi. Kebanyakannya disampul rapi dengan kertas bercorak cantik tetapi di dalamnya adalah barangan-barangan dari kedai RM2.
Bungkusan yang paling menarik minatnya adalah bungkusan warna merah dan hijau yang dipenuhi dengan motif hari natal. Budak-budak ni, langsung tidak pandai memilih kertas bungkusan yang sesuai.
Bila dibuka, Cikgu Nurul mendapati di dalam bungkusan itu adalah pasu tembikar mini buatan China sejengkal tinggi. Cikgu Nurul pun meletak pasu mini itu di atas meja bersebelahan dengan timbunan buku rampaian yang perlu ditanda.
Sesuai benar pasu itu dijadikan bekas habuk rokoknya.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Teaching Outside the Box: How to Grab Your Students By Their Brains
Teacher Appreciation Day (Picture Puffin Books)
Sabtu, Mei 15, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
COSTOCHONDRITIS
Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam. Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain...
5 ulasan:
alahai....xmau a jadi mcm tu
huhu
adakah ini kisah benar?amat kelakar sekali,..
cikgu nurul cool ah.isap rokoks.ckgu beep dpt adiah lagi sadis aa..
cikgu nurul ni pompuan ke lelaki..
confuse.
tapi macam tahu2 je dia dalam bungkusan tu pasu..
haha~
cikgu nurul ni cikgu lelaki, ada aje lelaki nama nurul.
ta'kanlah cikgu perempuan hisap rokok pulak.
Catat Ulasan