Selasa, Ogos 27, 2013
GUNUNG NUANG, HULU LANGAT, SELANGOR 23-25 OGOS 2013
Saya sengaja pilih instrumental spa ambient muzik untuk video ini. Biasanya orang pakai lagu upbeat tetapi emosi saya masa mendaki Nuang adalah ketenangan. Tenang dan melankolik. Penat, tapi tenang dan melankolik. Nak upbeat sangat pun menipu je lebih, otaimer daki gunung mana ada laju. Slow and steady je. Layan scenery.
Mmm... ada apa dengan Nuang?
1. Saya baru tahu bahawa pacat boleh menembusi stokin. Bila saya tanggalkan stokin, darah banyak mengalir. Ingatkan cedera parah yang saya tidak sedar, rupanya cuma pacat. Mungkin, kita boleh patenkan krim tembakau yang disapu di kulit untuk halang gigitan pacat. Pacat mengigit ke? Dia ada gigi? Siapa tahu, sila beri pencerahan.
2. Pepatah Inggeris ada berkata, kawan baik wanita adalah intan berlian tetapi kawan baik lelaki adalah anjing. Kasihan lelaki, kawan baiknya tidak mahal. Sesiapa yang sampai ke puncak Nuang pasti ingat dua ekor anjing penunggu gunung itu. Malah ada antara kita yang bagi anjing itu makan dan minum. Kita namakan dia, Bobby dan Lassie. Anjing ini setia mengikut kita sampai ke kaki gunung. Mungkin kita boleh andaikan anjing ini mengikut kita kerana makanan tetapi tidak dalam kes Bobby dan Lassie. Mereka tidak hiraukan bbq ayam yang dipanggang oleh orang-orang muda di Kem Lolo. Mereka terus sahaja setia dengan kita. Untuk gadis-gadis yang selalu dikecewakan cinta, saya akan nasihatkan carilah lelaki sesetia anjing. Bukan sesetia intan berlian yang mahal itu.
3. Betapa positif pun pemikiran seorang pendaki, mesti ada satu masa terdetik di dalam hati, "bila la nak sampai?" Semasa menuruni Nuang, kami ternampak cahaya kuning di kejauhan celah-celah pokok. Dalam hati saya tersenyum, "pastinya itu cahaya rumah-rumah di Kg Pangsun. Kita sudah dekat sampai." Anehnya cahaya itu tidak semakin mendekat tetapi semakin meninggi. Kemudian baru saya sedar, cahaya itu adalah cahaya bulan sedang terbit, bukan cahaya lampu rumah. Dan bulan tersenyum melihat saya. :-)
CATATAN PENDAKI
Ghazali Bunari Cabaran fizikal dan mental telah kita lalui. Ujian spiritual dan belajar utk redho dengan takdir akan kita tempuh. Plan B, saya dah rancang Disember ikut group OPC ke Gopeng untuk caving, rafting and tubing. Kalau tidak ke Kinabalu, itu akan ubat hati yang kecewa. Ada tempat kosong lagi. Yok.
Melody Teratai Assalammualaikum.. meskipun Gunung Nuang adalah perpisahan buat kita, namun andai tidak terpilih sekalipun hubungan erat tetap masih boleh dieratkan lagi...malahan keakraban yang ada harus dikekalkan bukan setakat semata2 bertujuan untuk terpilih menyertai Kinabalu.. Tepuk dada tanya iman apakah tujuan anda menyertai team ini untuk networking persahabatan atau semata2 mengambil peluang merebut pakej lengkap ditaja UTM mendaki Kinabalu? jika option merebut peluang maka kita rugi.. sebaliknya Networkinglah yang terbaik.. menambah kenalan dan persahabatan kerana jarang sekali kita dapat bertemu kerana unit jauh2. Dalam team inilah kita dapat bertemu dan berkenalan serta bersahabat.. bersahabat pula jangan sesekali memilih sekadar sama level atau pangkat jawatan.. itu lagi merugikan.. meski tidak terpilih kita harus kekal bersama mereka menjalani latihan sebagai tanda sokongan dan dorongan.. Silaturrahim jangan sesekali diputuskan...
RALAT "Gunung Semangkok yang terletak di Kuala kubu Baharu, Selangor mempunyai ketinggian setinggi 1,824 meter." (Wiki) "Mount Nuang (Malay: Gunung Nuang) is located in Malaysia with the height of 1,493 metres (4,898 ft). Its peak borders Pahang dan Selangor state. The mountain itself is the highest point in Selangor" (Wiki) Nampaknya, banyak laman web salah maklumat mengatakan Nuang tertinggi di Selangor. Maklumat di pintu masuk Nuang pun salah la gitu. Kita pun tersalah daki gunung ni. Okay, kita kena daki Semangkok pulak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
71 JAANG- PADANG BATU
Jauh di hulu hutan Rompin, Sungai Padang Batu bersatu dengan Sungai Kemelai lantas mengalir lesu di musim kemarau hingga bercantum dengan Su...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
2 ulasan:
selain guna tembakau, boleh sembur baygon kat kaki untuk elak pacat bro.
boleh juga pakai gaiter atau stokin pacat untuk elak pacat.
tapi pacat yang jenis degil macam pacat gunung inas memang tak reti makan saman. pakai gaiter pun selamba dia gigit. satu jari sampai 3 4 ekor pacat buat kenduri.
di kelantan, pacatnya lagik power. siap berenang dalam sungai mengejar
Catat Ulasan