Khamis, Oktober 10, 2013

PERSIAPAN KE KINABALU: TIPS

Hartini Darsono: Persiapan mendaki gunung Kinabalu saya bukan setakat material tetapi mental dan fizikal juga. 1. Mental : Saya pastikan mental saya bersedia menghadapi cabaran sepanjang pendakian gunung Kinabalu. Selain itu semangat boleh menawan puncak gunung tersebut juga saya tanamkan agar tidak berhenti sekerat jalan, kecuali keadaan tidak mengizinkan. 2. Fizikal : Latihan mingguan di samping latihan sukan dan larian hujung minggu untuk pastikan saya fit semasa pendakian. 3. Material: Kasut hiking dan beg saiz sederhana jenama karrimor baru dibeli dan ada lagi senarai yang harus diperolehi. Mohon bagi yang telah berpengalaman mendaki di gunung Kinabalu agar dapat berkongsi keperluan yang perlu di bawa.

  Abdul Hamid Abdul Rahman Salam. Saya akan membawa 2 beg untuk ke program UTMHAKQ 2013. Satu beg galas berkapasiti 70 liter untuk diisi kesemua keperluan program dan 1 satu lagi beg galas berkapasti 30 liter untuk dibawa naik ke puncak Kinabalu yang akan diisi dengan keperluan di Laban Rata dan puncak. Beg 30 liter ini juga akan saya jadikan hand luggage menaiki pesawat. Buat masa ini peralatan yang sudah ada termasuk jaket (second-hand -pemberian), kasut hiking (bundle), sarung tangan kalis air (lama), face-mask, ponco ringan, seluar hujan ringan, headlamp, tongkat aluminium, bladder dan stainless steel thermos (isi kopi panas sebagai minuman kejayaan di puncak). Yang lain-lain akan beli baru atau bundle ikut keberadaan stok.beli dan bawa barangan yang betul-betul perlu sahaja. jangan nanti beg ke puncak berat berisi barang-barang yang tidak diperlukan dan lebih teruk lagi terpaksa mengupah porter untuk memikul oleh kerana berat dan kepenatan

Tiada ulasan:

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...