Khamis, Februari 21, 2008

MASKARA 6 C

Jangan lupa temujanji kita sayang. 1 Mac 2008. Planet Pena. 8.30 p.m.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Masakara 7 Peta Rumah Pena Soljah Masuk Berita Harian

Sumpah. Ini episod terakhir siri Drama Mini: Maskara.
...............



MASKARA 6C



"Perkenalkan, inilah hubby I," kata Si Pari-pari.


Aku jabat tangannya. (Tangan suaminya, bukan tangan Si Pari-pari)

Inilah kali pertama aku bertemu lelaki yang namanya dulunya hanya meniti di bibir. Bergendang di telinga. Lelaki inilah yang menang. Memenangi hati Si Pari-pari.

Aku? Aku tidak kalah. Aku mangalah. Hanya yang terbaik untuknya. Dan aku bukanlah yang terbaik.

Kami berbasa basi. Kemudian aku menjemput mereka makan.



"Kami datang bukan untuk makan," kata Si Pari-pari. Seperti biasa kata-katanya
dihiasi dengan senyuman.
Kata-kata itu membuat aku sedar. Khalayak datang ke Maskara di Planet Pena dengan pelbagai motif. Ada yang datang kerana mahu bertemu para sahabat. Ada yang datang mahu menjejak kasih. Ada yang datang kerana bee hoon percuma. Ada yang mahu membeli buku. Dengar muzik. Tangkap gambar. Dengar bacaan. Dengar komedi. Menayang baju baru. Dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga yang hanya mahu tahu apa itu Maskara. Nanti, Maskara yang akan datang, dia lebih bersedia untuk memegang mikrofon. Maskara, rojak untuk semua.

Mereka mungkin tidak mengharap apa-apa dari aku selain dari memastikan acara berjalan lancar. Mereka datang bukan mahu jadi hakim dan memberi gred gagal lulus. Mereka mahu aku menjadi aku. Mmm... ahhh kenapa aku mencuba bersungguh-sungguh untuk menjadi aku?

Aku terperangkap dengan sikap aku sendiri. Bersaing dengan diri sendiri. Anak tengah memang begini kata psychologist. Suka bersaing mahukan perhatian.



Selamat kembali ke Maskara separuh masa kedua. Assalamulaikum. Vanakam. Ni hao.

Dua benda yang kita tahu dulu apabila belajar bahasa asing.
Satu- ucap selamat.
Dua- mencarut.


Menonton angguk kepala. Mereka juga tahu mencarut dalam bahasa Tamil dan Mandarin. Reaksi positif dari khalayak.



Tetapi. Kalau orang asing minta saya ajar, saya berbohong mengelirukan mereka "How do you say hello in Malay." tanya Jose Gonzalez
"It's Barua. Jose. Barua," kata saya."Say barua to your friends Jose."
"I will."


Khalayak nampak selesa. Mungkin sudah kenyang. Mungkin teka-teki siapa penonton lain yang duduk di sebelah mereka telah terjawab apabila lampu untuk intermission dinyalakan tadi. Sudah kerasan kata orang Jawa.


Satu hari Jose lalu dengan kereta ketika dia bermain bola di pandang. Dia
melambai tangan dan menjerit. Baruaaaaa Tok Rimau.


Padan muka saya. Kena diri sendiri.

A call back material is also a good device to draw laughters. Dewan belum bersedia untuk komedi long attention span. Oleh aku, ringkaskan sahaja. Strategi aku menjadi. Dewan ketawa.

Aku memanggil Nuras untuk menghiburkan khalayak. Persembahan mereka lebih bertenaga kerana penonton sekarang sudah tahu bagaimana mahu melayan Maskara. Terimalah Maskara seadanya.


"Saudara Nuri dari Nuras ni saling tak tumpah seiras Faizal Tahir. Mungkin memang Faizal Tahir sedang buat khidmat komuniti."

Ketawa lagi. I am on the roll. Komedi ini ada kaitan dengan isu semasa di mana artis, Faizal Tahir, didenda kerana menanggalkan baju ketika membuat konsert. Komedi tidak akan jadi jika isu Faizal Tahir tidak panas lagi. Note to self: Jangan attempt komedi ini lagi. Dah basi.

Kemudian aku jemput Nazim Masnawi dari Komikoo.

Nazim Masnawi, majalahnya boleh didapati di mana-mana toko buku dan majalah.
Suatu hari yang lain juga akan jadi nama besar. Contohnya mungkin dalam masa
setahun akan datang muzik Nuras akan bermain di corong radio. Di kaca TV. Ingat!
Kalian dengar saksikan mereka buat pertama kali hari ini di Maskaraaaaaaaaa!


Penonton tepuk tangan.

Aku jemput Aliff, hantu silap mata, naik ke pentas.

Aliff mengajuk Faizal Tahir. Dia menanggalkan t-shirt Supermannya. Dia pakai tiga lapis baju Superman. Yang terakhir dia tidak tanggalkan. Aliff adalah comic genius in the making. Dewan gamat.

Aliff sudah biasa dengan pentas. Cuma, dalam keadaan kelam kabut memegang alatan ilusi, dia terlupa dia sendiri telah menanggalkan mikrofon dari kakinya. (Kaki mic, bukan kaki Aliff). Kadang-kadang dia tersilap bercakap dengan kaki mikrofon sedangkan mikrofon sudah dialihkan ke lain.


Bila aku datang membetulkan mikrofon, dia kata, "terimakasih abang botak."
Penonton ketawa. Aliff memang berbakat dalam mengawal penonton. Aku pun dengan bijaknya mencari jalan mengenakan Aliff semula.



Bagi tepukan kepada Aliff Firdaus. Sungguh magik. Aliff boleh bercakap kepada
mikrofon yang kita semua tidak nampak. Mikrofon ajaib.


Penonton suka.

Aku terus mengambil kesempatan dari momentum yang telah dibina oleh Aliff dengan bergurau tentang saiz tubuh badan Aliff yang semangat.

Kalau dia tanggalkan baju yang terakhir, bukan keluar "S", tetapi keluar "XL"


Penonton ketawa lagi. Aliff tetap kool. He knows the game.

Aku mempersembahkan Pipiyapong pula, rekrut terbaru Sindiket Sol-Jah. Sengaja dia dibuli diletakkan dihujung acara. Biar meliar kupu-kupu dalam perutnya.

Pipiyapong tidak menunjukkan tanda-tanda takut. Dia baca tulisannya yang penuh sarat dengan humor dalam kePahangan yang tenang. Khalayak jatuh cinta kepadanya.

Seterusnya, sebagai penutup di persembahkan, Ismail Arsad featuring Aliff Firdaus tampil untuk pertunjukkan silap mata. Gamat sungguh khalayak dengan silap mata komedi Ismail dan Aliff. Dewan sudah mengelegak mendidih. Ismail panggil sukarelawati naik pentas untuk sesi magik.

Semasa bermesra dengan sukarelawati, dia bertanya, "Akak umur berapa?"


Aku sambut, "Ini saya mahu nasihatkan Ismail. Never ask a girl her age. Sensitif. Kalau nak tahu juga, tanya: Tahun bila you ambil SPM. "

Khalayak yang sudah cukup panas, ketawa dengan humor pehubungan lelaki wanita. Kita sentiasa bersedia untuk ketawakan diri sendiri.

Tiba-tiba, Spyz menyampuk dari tepi pentas, "Kalau dia ambil SPM tiga kali macam
mana?"


Kenapa aku tidak terfikirkan benda ini. Kelakar juga. Boleh simpan buat komedi rutin akan datang.



"Kalau tanya umur berdasarkan tahun SPM, kena bagi julat plus/minus tiga
tahun."


Aku panggil Pengurus Maskara, Encik Vovin mampir ke pentas. Beliau membuat
beberapa pengumuman penting. Ini bermakna Maskara sudah mahu tamat. Khalayak baru je panas, mahu berhenti la pula. Ruginya.


Ada lagi. Sessi open mic pula. Disinilah tempat orang yang teruja ke depan untuk turut serta dalam Maskara. This is the wild card.

Sinaga-naga merasmikan open mic dengan bacaan naskah dari blook You Want a Gum Sol-Jah. Sinaganaga adalah sinaganaga. Humor feel-good yang menyengat.

Amir Mukriz pula naik ke pentas sambil memegang buku Kalashnikov yang telah sold-out di pasaran. Dia membaca entrinya yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan selagi mana ada orang gila berkeliaran di dunia. Dewan suram sedikit. Terperanjat. Masing-masing mengimbau kes semasa yang berkaitan. Di manakah Sharlinie?

Dugong naik ke pentas pula dengan blook solonya, Bukan Dugong biasa. Humor. Khalayak terasa macam dalam roller coaster. Sekejap mahu ketawa, sekejap mahu menangis.

Akhir sekali, Mat Jan naik ke pentas untuk persembahan penutup. Inilah persembahan yang dikatakan membuat dewan yang hangat menjadi mendidih, lantas terus meletup. Mat Jan mainkan lagu dari henpon dan letak di mic nombor 1. Dia genggam mic 2 dan rap, "Politik, Politik. Penipuan Sistematik." Khalayak turut serta rap bersama Mat Jan. Suasana percaturan pra-pilihanraya menyemarakkan persembahan.

Ahhh Maskara 6. Rojak yang semakin enak bila malam semakin larut. Tetapi setiap yang mula mesti berakhir.

Aku tutup Maskara dengan satu pertunjukkan motivasi cinta bernama Sihir Coli Untuk Dua Generasi. Anggaplah sihir ini macam buah cherry di atas kek berkrim yang sempurna masaknya. Kepada yang tidak hadir Maskara 6, teruslah berfantasi mencari jawapan Sihir Coli Dua Generasi. Aku tidak akan cerita di sini.

Kita bertemu lagi di Maskara 7, 1 Mac 2008.

Selasa, Februari 19, 2008

PARENTHESES

"Apa yang berlaku di Kuala Lumpur, tinggal di Kuala Lumpur," aku peringatkan kepada Mobius.

"Tetapi..."

"Tiada tetapi lagi."

Mobius memandang aku. Dia tidak puas hati dengan arahan aku.

"Laporan dari aku sahaja tidak cukup menggambarkan perempuan itu. Engkau kena lihat dengan mata kepala engkau sendiri. As it is. Verbatim. Tidak ada kata yang layak untuk mengambarkan senyuman sempurnanya yang di pagar dengan dua lesung pipit sebagai parentheses."

Aku memandang kepada Mobius. Aku mula rasa simpati kepadanya.

"Mobius, jika engkau boleh mencapai bintang sekali pun, engkau tidak mungkin dapat menggenggamnya."

"Tetapi..."

"Tiada tetapi lagi. Apa yang berlaku di Kuala Lumpur, tinggal di Kuala Lumpur."

Isnin, Februari 18, 2008

SESAT DI PANGKAL JALAN

"Kata kunci untuk projek buku yang berikutnya adalah AKHLAK," kata ketua projek. Enam penulis yang duduk mengelilingi meja persidangan menggaru kepala.

"Susah ni dude," kata penulis yang duduk di hujung sekali.

Apalah yang kalian harapkan sangat dari enam lelaki yang menelaah busana jeans dari gadis-gadis yang lalu lalang sambil menghayun pinggul di Jalan Bangsar 3.

Low cut
Boot cut
Sendat
Ketat

Tanda Jalan Bangsar 3 tingginya cuma separas pinggang lelaki dewasa. Lalu kereta kancil, tanda jalan itu sudah tidak kelihatan. Kecuali Bandar Melaka Bersejarah, tanda-tanda jalan memang setinggi itu sahaja, paras pinggang. Tidak hairanlah ramai orang sesat.

Di Bandar Melaka Bersejarah, tanda jalannya setinggi lapan kaki. Dari jauh sudah nampak. Memanglah kalian boleh sesat juga tetapi sekurang-kurangnya kalian tahu di mana kalian sesat.

"Kata kunci untuk projek buku yang berikutnya adalah AKHLAK," kata ketua projek. Enam penulis yang duduk mengelilingi meja persidangan menggaru kepala.
..............

INI BUKAN BUKU TEKS, OLEH ITU MESTI BELI
Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas
You Want A Gum Sol-Jah oleh Sinaganaga

Khamis, Februari 14, 2008

14 FEB 2008

Buta oleh Mobius

Cinta itu buta,
Cemburu juga buta.
Bagi tahu aku apa yang celik?


Yang celik adalah mata aku.

Aku mahu dua mata ini buta
agar aku tidak boleh melihat
mereka berdua lagi.

Rabu, Februari 13, 2008

REBIU FILEM BALO




LABO
ya!!!aku dah tonton LABO itu.memang pnuh dgn nilai2 murni,haha..tapi aku paling suke ekspresi wajah wak itu..pnuh ekspresi walaupun dia hanyalah watak tempelan di belakang watak2 utama. ekspresi wajahnya menggambarkan kebencian yang meluap2 terutama ketika berada di rumah SOmpek dan Aan(knape namenye mesti Aan?),,wak tu memang hebat lakonannya.terutama ketika dia membatuapikan cikgu itu..penampilan bapak sompek juga buat aku terkejut.mcm biasa aku tengok teknik lakonan tu.rupanya dialah sifu lakonan yg selalu membahagiakan hari2 isnin kami di sini.mantap!overall, LABo ni one of indie DVD yg menarik n best, mungkin kalau btul cara promosi, lebih laris dari video Chua dot dot or video klip V dot k dot dot..
oleh Azie

.........
BALO
Aku dah tonton BALO. Semalam, sambil tonton Buletin Utama.Tiba-tiba aku rasa rugi sebab dah baca ceritanya dalam Ayah Kita Bos. Kalau aku tak baca mesti aku tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Barulah thrill. Uhuk-uhuk.Bila ada muka-muka yang aku kenal enterprem dalam itu gambar. Lagi-lagi bapak si Sompek. Pensyarah kesayangan kami tu! Aku dah guling-guling dulu. Seronok sebenarnya.Lagi satu aku nak guling-guling, watak lelaki-lelaki, semuanya tahap sebaya pak cik-pak cik. Tapi bila watak perempuan, macam adik-adik lagi. Apakah maknanya itu? Hanya tuan pengarah dan tukang tulisnya yang tahu. =p
oleh atiqah
...........................
Jika berminat mahu beli DVD BALO, sila hubungi deansham(at)gmail(dot)com.

Isnin, Februari 11, 2008

HAPPY VALENTINE DARI MOBIUS



Veronica
Harlina
Ramona
Seman
Liza
Tia
As
Kamu
Zu
Lin
Dian
Erika
Firzah
Jasmine
Syarifah

Percayalah.


Rabu, Februari 06, 2008

MASKARA 6 B



James Bond: Do you expect me to talk?
Auric Goldfinger: No, Mr. Bond. I expect you to die.
(Petikan filem Goldfinger: 1964)


Aku nekad. Semua kupu-kupu dalam perut akan aku jinakkan.

Aku switched off mode komedi. Tenangkan diri. Pusing stereng, duduk atas kerusi, masuk mode pengacara untuk majlis hari guru. Skema.

Assalamualaikum Salam Sejahtera Ni Mao Ma Vanakam Sawadikap!

A) Aku ceritakan apa itu Maskara?
B) Aku ceritakan siapa di belakang maskara?


Aku perkenalkan Nuras. Nuras naik pentas dan berlagu.

Nuras turun pentas.

Self-effacing humor is always safe territory because if you laugh at yourself, others will feel comfortable laughing at you too. Justeru, aku pun merendah diri.

Di karaoke, jika saya menyanyi orang ikut nyanyi bersama.
Mereka mahu pastikan saya tidak tercepat atau terlambat dari muzik.


Ada la orang senyum sedikit. Mmm... keadaan masih boleh diselamatkan.

Aku perkenalkan Sufian Abas.

Dalam blog Sufian tertulis biodatanya sebagai Kini Berperisa Keju. Kalian boleh jilat dia selepas ini.


Ada bunyi gelak. Mmm... cerah masa depan.

Sufian naik pentas. Auranya macam The Undertaker. Bawa misteri dalam mendung. Sumpah! Sepanjang malam aku tidak nampak biji matanya. Sentiasa terlindung dengan rambutnya yang berjurai ke depan.

Sufian baca Kasut Biru Rubina dan turun pentas. Pendeknya bacaan, aku tidak sempat merancang strategi lagi.

Aku perkenalkan Dean Sham sebagai drebar aku. Dari JB ke KL.

Kuala Lumpur tidak suka kami. Setiap kali kami datang Kuala Lumpur tutup jalan. Kalau mahu buat Hari Wilayah pun, tunggulah kami tidak ada di Kuala Lumpur.


Aku sudah janji dengan Dean Sham untuk warm up the audience untuk dia tetapi nampaknya cuma berjaya capai tahap suam-suam kuku sahaja.

Dean Sham naik pentas untuk komedi berdiri berani mati sulungnya. Bersedia untuk kamikaze.

Tough crowd. Tough crowd. Dean Sham buat pengakuan depan khalayak.

Pun begitu ada juga ledakan gelak sekejap-sekejap.

Dean turun pentas. Dia masih hidup. Dia lemaskan rasa kecewa dalam beer (tanpa alkohol) dan mengadu kepada telefon bimbitnya.

Kira okay la for a first timer. Tidak perlu letakkan piawai terlalu tinggi. Telefon bimbitnya pun setuju dengan aku. "At least U X kena boo," kata SMS.

Aku naik pentas dan perkenalkan Zaki Zainol. Aku masuk safe mode. Conventional. Skema. Macam hos dari RTM 1, rancangan Bersama Menteri.

Zaki Zainol naik pentas. Ini pun kali pertama dia baca naskah.

Khalayak masih suam-suam kuku. Zaki Zainol turun.

Tiba giliran untuk aku memperkenalkan Elizabeth Jothi dan Shashi Rekha.

Mereka akan membaca dalam bahasa Tamil.
Mereka akan mempersembahkan Kanmani Anbodu.
Saya percaya mereka juga tidak ada nombor telefon V.K. Linggam.


Meletup gelak dalam dewan. Inilah kali pertama khalayak gelak besar untuk frasa dari aku. Aku tidak melihat ke belakang lagi.

Elizabeth dan Shashi pun buat persembahan.

Bila usai persembahan mereka, Elizabeth dan Shashi turun pentas.

Masa untuk intermission. Separuh masa pertama yang agak tidak menentu. Pun begitu graf suhu khalayak mendaki ke atas. Dari sejuk ke suam, ke hangat. Belum mendidih lagi.

Aku jemput khalayak menikmati juadah yang disediakan.

Dean Sham hulurkan aku beer (tanpa alkohol). Aku menghirupnya.

Ruang hadapan pentas agak lenggang kerana khalayak sedang menjamu selera dan ada juga yang membeli belah buku-buku untuk jualan.

Tiba-tiba berdiri satu pari-pari di depan aku. Wajahnya berseri seperti kanak-kanak masuk Toy R Us atau seperti wanita masuk kedai Poh Kong. Ceria sekali. Sepertinya gembira sekali dapat berdepan dengan aku.

Siapakah ini? Begitu mesra tetapi namanya aku tidak ingat.

Dia bercerita tentang kesesatannya (dalam mencari Planet Pena yang tersorok). Dia minta maaf kerana datang lewat. Dia bercakap dengan aku seolah-olah dia kenal sangat dengan aku. Kami berbasa-basi. Kemudian dia ketawa.

Aku kenal ketawa itu. Aku kenal senyum itu.

Tiba-tiba segalanya fall into places. Aku tersenyum lebar.

Dia seseorang dari lipatan sejarah silam aku. Kami pernah bermain api. Dulu. 16 tahun dahulu.

Mmmm.. ini bukan entri romantik. Komedi romantik pun bukan. Tidak sesuai cerita ini di sini. Lagi pun api itu sudah lama terpadam. Jika ada baranya terbaki, simpan sahaja di dalam saku memori.

"I kenalkan you dengan suami I."

"I am dying to meet him."


Kami pun bergerak keluar dari Rumah Pena.



LAGI LAPORAN MASKARA 6
Bayan
Lan Rasso
Dingin
Mardhiah
OP
Didiz

Selasa, Februari 05, 2008

MASKARA 6 A



Antara perkara yang ingin aku buat sebelum aku mati adalah persembahan komedi berdiri. Aku hasut Dean Sham. Misery loves company. Dia pun setuju untuk bersama-sama buat komedi berdiri.

Lagi pun kehidupan kami memang macam Sitcom Seinfeld. A Story About Nothing. Hidup kami pula slogannya Major in Minor Things. Memang macam cakrawala selari (parallel universe) antara hidup kami dengan sitcom Seinfeld ni. Cuma kami belum diTVkan sahaja.

Sebenarnya, kami berdua sudah biasa berdepan dengan khalayak. Komedi kami sudah diuji pun. Cuma, pembolehubah (variable) khalayak Maskara bukan khalayak biasa kami. Itu yang merisaukan.

Dean Sham tambah perkataan "CUBAAN KOMEDI BERDIRI BERANI MATI" sebagai escape clause atau disclaimer. Just in case. Kami tidak mahu harapan yang tinggi dibebankan kepada kami.

Secara amnya, komedi berdiri eksklusif dalam dunia Melayu amat jarang. Melayu tidak biasa dengan solo comic dengan serial one liners atau punchlines yang memerlukan khalayak selangkah ke depan bila mendengar. Engkau tengok Raja Lawak sudah cukup bercerita tentang komedi Melayu. Reaksi audien kepada komedi berdiri sulung ini akan kami jadikan kajian kes.

Pun begitu, disaat-saat akhir, aku curang terhadap pakatan berani mati komedi berdiri ini. Hos Maskara 6, Saudara Samurai, ambil cuti kecemasan. Ada urusan lenggang perut. Kepada yang tidak kenal Samurai, dia memang kerja sambilan sebagai bidan urut. Kepada yang kenal pula, kalian tahu sendiri tanggungjawab dia.

Dean Sham terus cari material untuk rutin komedinya. Aku pula mula semak semula material aku untuk sesuaikan dengan tugas hos/mc/pengacara/pengerusi. Yang seronok jadi pengerusi adalah kuasa mengawal mood majlis. Dan mana-mana majlis pun, tetamu kena hormat pengerusi dulu. Hatta jika ada Tan Sri pun, mesti sebut Tan Sri selepas sebut, "Yang dihormati Tuan Pengerusi."

Terus zoom ke Planet Pena. Aku panggil para hadirin, "Majlis akan bermula 5 minit lagi."

"3 minit lagi."

"1 minit lagi."

Hadirin mula memenuhkan dewan. Daun kata, "Macam exam la pulak."

"Dalam rumah ini ada undang-undang. Semua telefon mesti dibisukan sebelum majlis bermula."

Semua bisukan henpon masing-masing. Ada orang tu, dia ada tiga henpon dalam saku. Aku paksa bisukan semua ketiga-tiga telefon. Kalau henpon tidak cukup canggih dan tidak ada mode mute, cabut bateri henpon tu.

(Sepatutnya khalayak ketawa tetapi mereka tidak ketawa, tough crowd)

"Jika saya dengar bunyi dering," aku bagi amaran, "saya akan rampas dan jawab telefon itu..."

Khalayak menumpukan kepada apa yang hendak aku kata.

"Dia tidak suka you lagi, Dia sayang Tok Rimau. Jangan telefon lagi," kalau aku rampas henpon wanita.

"Dia tidak suka you lagi, Dia sayang Tok Rimau. Jangan telefon lagi," kalau aku rampas henpon lelaki.

(Sepatutnya khalayak ketawa tetapi mereka tidak ketawa (kecuali Mat Jan), tough crowd.)

Hujan-hujan ini mungkin orang rasa sejuk nak terkencing. Sebagai hos yang baik aku bagi plan macamana mahu menuju ke tandas di tingkat atas.

"Tandas unisex. Sila ketuk pintu sebelum guna."

(Sepatutnya khalayak ketawa tetapi mereka tidak ketawa, tough crowd)

Lampu dewan Planet Pena dipadam dan hanya spotlight pentas sahaja yang hidup. Menyinar atas kepala aku. Dan kepala aku memantulkan sinar itu.

Majlis pun bermula. Aku dapat rasakan mata khalayak menikam jatung aku dari kegelapan itu.

Kupu-kupu mula berterbangan dalam perut.



LAGI LAPORAN MASKARA 6
Atiqah Nasir
Jimjumanji
Nida Catering
Cik Daun
Zamri
Firdaus Ariff

Ahad, Februari 03, 2008

MASKARA 6


Hos anda sedang beraksi di Maskara 6

Tarikh: 2 Feb. 2008
Lokasi: Planet Pena
Laporan cuaca: Hujan sekejap-sekejap
Kapasiti Dewan: 50 Orang (anggaran kasar aku)

Terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Tidak tahu mana nak mula dulu.
PRA-MASKARA:
Siang itu, di Planet Pena, Sol-jah membersihkan dewan untuk Maskara 6.

Naga: Penyapu kita sudah hilang.
Aku: Penyapu pun ada orang nak sapu.

Penyapu itu sebenarnya tidak hilang. Ada menyorok belakang pintu.

PASCA-MASKARA:
Malam itu kami kemas semula Planet Pena. Kami mahu tinggalkan dewan lebih bersih dari masa kami mendapatkan dia.
Naga: Mana kita nak buang botol-botol bir ini?
Aku: Kita kena tanam bukti-bukti ini.
Aku pun tidak tahu ke mana hilangnya botol-botol bir tanpa alkohol perisa epal yang berjenama Arab itu.
Laporan Maskara 6:
  1. Amyz
  2. Nuras
  3. Rasso
  4. Sol-jah: Maskara 6A & 6B
  5. Dugong
  6. Sufian
  7. Naga

Jumaat, Februari 01, 2008

SESAT DI KUALA LUMPUR

Can't help it
Girl can't help it (oh baby)
Can't help it
Girl can't help it (oh no)
Can't help it
Girl can't help it (no how)
Can't help it
Aku biarkan nada dering Clumsy oleh Fergie menjerit tiga kali sebelum aku angkat telefon.

Rima:
You kat mana?

Ajan: I kat Dataran Merdeka. Perempuan berpakaian sendat seluas mata memandang.

Rima: You jangan main mata pulak dengan mereka.

Ajan: I jalan di Kuala Lumpur ini dengan memejam mata. I takut jatuh.

Rima: Pejam mata lagi senang jatuh longkang.

Ajan: I bukan takut jatuh longkang. I takut jatuh cinta.

Rima: Oh! Itu maksud you. Habis siapa yang pimpin you?

Ajan: Tiada siapa. I jalan meraba-raba.

Rima: Jahat.

Zttttttttttttttt!
Aku matikan telefon. Pura-pura orang kuning Digi tidak berjaya mengikut aku.


Blog of the day
Mengubat hati yang lesu: Elmi

Khamis, Januari 31, 2008

OMBAK JAHAT


Sebab kenapa kamu mesti beli DVD
Bumbung Aku Lantai Orang.
Photo Ehsan: Rushdi + Fotokahwin
*klik gambar untuk saiz yang lebih besar.

Selasa, Januari 29, 2008

HOS ANDA MALAM INI

"Apa yang paling menakutkan kamu?" tanya satu soalan dalam sebuah kajian ilmiah.

Dapatan kajian itu menunjukkan berucap di depan khalayak di tangga pertama. Dan ini diikuti oleh menghadapi maut.

Ini bermakna orang lebih rela mati dari berucap di depan khalayak.

..................
Tarik nafas dan sebut: Host, Hose, Horse, House - of course, of course.
..................

Aku sudah angkat tangan kanan secara sukarela menjadi hos anda malam ini untuk Maskara 6. Aku mesti buat kerja rumah agar kalian tidak menyaksikan acara bunuh diri atau harakiri atau kamikaze, secara langsung oleh aku.

...............................
Berikut adalah senarai mereka yang akan naik pentas:

NURAS
NURAS: two brothers called Mie nuras a.k.a Nur Azmi (cartoonist,painter,writter and illustrator) and Asmawi Mohter. NURAS first Demo Repacked "Songs From The River Banks". (link)

ZAKI ZAINOL
a.k.a Kangaq. Penulis Fantasi. Siri Takluk Jagat. (link)

SUFIAN ABAS
Penulis. Jurugambar. Penerbit Neohikayat. Wilayah Kutu. Short: My Chicken Story. Makalah Elarti. Buku terbaru Kasut Biru Rubina: Koleksi Fiksyen Pop Untuk Jiwa2 Hadhari. (link)

DEAN SHAM
Cubaan Berani Mati Jenaka Berdiri. Majoring in minor things. Ahak! Pembikin filem pendek. Pengarah Kiri (BMW 2007 Shorties Honorable Mention) dan Bumbung Aku Lantai Orang. (link)

ALIFF FIRDAUS & ISMAIL
Novelis, kartunis dan ahli silap mata. Buku Aliff: Orang Kuat, Untuk Syampoo, Bergaduh & Menari, Rahsia Firdaus, Hantu Silap Mata, (link)

PIPIYAPONG
Asal Kuala Lipis, Penulis Zine Hilang Punca, Pemuzik, Mekanik. Terlibat dlam projek buku Goblog. Bassist Band Modern Rock: Fury. Get ready to rumbleeee! ( link )

KOMIKOO
Kumpulan komik aura tersendiri. Komikoo juga berbeza kerana kartunis diberikan hak ke atas semua karya mereka yang diterbitkan. ( link )

ELIZABETH JOTHI & SHASI REKHA
Bacaan puisi epik mahabharata dalam bahasa Tamil. Penterjemah bahasa isyarat. Kroni cap ayam. (Tak ada link)

OPEN MIC SESSION
Korang la, apa lagi. Tengok gugup tak gugup. Mengeletar ke tidak. Berdiri bulu ketiak ke tidak. Keluar peluh jantan ke tidak. Gua cabar lu!

......
P.S.
Nanti aku tambah maklumat lagi jika ada perkhabaran dari burung hud-hud.

Isnin, Januari 28, 2008

KUNCI UNIVERSAL UNTUK PERODUA


"Aku tertinggal kunci dalam boot Z4," Vee mengeluh rungsing.

BMW Z4 bukan kereta sebarangan. Engkau tidak boleh panggil mekanik Ah Chong dan kopak begitu sahaja. Mahal tu.

Vee terpaksa zoom ke Kuala Lumpur untuk ambil kunci rizab dan bedesup semula ke Johor Bahru sebelum apa-apa terjadi kepada kereta itu. Z4 menarik perhatian walaupun di tempat letak kereta yang gelap.

"Ini pernah terjadi kepada aku," kata aku dalam cubaan mengendurkan suasana yang tegang dengan empati. "Aku ambil pelepah daun kelapa dan cucuk-cucuk celah pintu. Klak! Pintu tak terkunci lagi."

"Magik. Engkau pakai kereta apa?"

"Kancil." aku tersengih.

Vee tidak ada mood mahu ketawa.

Jumaat, Januari 25, 2008

JANGAN RASUAH SAYA

Ada dua jenis polis atas jalanraya.

Satu, yang melancarkan lalulintas. Saya suka.

Dua, yang menyesakkan lalulintas. Saya tidak suka.

Kalau iya pun nak buat road block, jangan la buat sesak trafik sampai 2 KM panjang.

"Encik salah kerana memotong barisan."

"Kalau tiada road block ni, tiada la barisan yang merangkak ni."

"Mmmm."

"Kalau tiada barisan yang merangkak, tiada la saya memotong barisan."

"Kami hanya menjalankan tugas."

Ini bukan perangkap laju, ini perangkap kesabaran. Bukan polis Malaysia la, takkan la polis Malaysia buat perangkap kesabaran. Kan?

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Klinik Filem percuma dan boleh muat turun filem yang menang tahun lepas. Filem apa ntah: BMW Shorties 2008

2. Salah guna atau betul guna yang unik: The Life Hackery.

3. Tips menjaga bayi untuk pekerja taska: Do's and Dont's

Selasa, Januari 22, 2008

MENUNGGU MILO AIS

"Baik lu angkat satu sebelum gua luku kepala lu!" sergah Deen.

Milo ais yang aku pesan belum sampai. Mamak tu hantar teh ais Deen dulu.

"Lu ingat kami ni ni gay ke apa?!" aku sergah pula.

"Sori bang, tak sengaja," rayu mamak. Mamak itu cepat-cepat angkat satu straw dari gelas Deen.

Ada ke patut dia letak dua batang straw dalam gelas Deen?!

Satu gelas teh ais tengah meja. Dua batang straw. Ini boleh mencalar imej kejantanan kami.

Isnin, Januari 21, 2008

TINGGALKAN SEGAN DI PINTU MASUK

Aku pakai seluar dalam baru malam itu. Aku sudah bersedia untuk segala kemungkinan.



"Tidak ada orang menari pun?" gurau vokalis kumpulan Redemption yang berambut rasta. "Kalau begini kita orang bawak lagu dangdut la."

Dua tiga dos irama raggae, lantai dewan mula panas. Tangan-tangan dilambai ke atas. Kepala-kepala diangguk mengikut rentak. Pinggul-pinggul mula dihayun mengikut lagu. Kaki-kaki mula menghentak ikut irama.

"Tok, old skool but not bad," kata Honey memuji t-shirt coklat dengan motif beruang kubrik yang aku padankan dengan seluar dan jacket jeans biru.

"You tidak perlu segan berdiri sebelah I lagi," sindir aku.



Erika muncul dengan t-shirt Wheel of Fortune. Tersenyum-senyum.

Aku meyambut senyumnya lalu membuat permintaan, "Can I buy a vowel?"

Dia hanya tersenyum-senyum, "Menari Tok?"

Aku angkat tangan kalah, "Tok tidak pandai."

Raggae berhenti. Disambung pula dengan instrumental yang sebak dari Novelea. Aku pejam mata dan menuang lirik dalam cangkir instrumental yang sedih itu. Emo sungguh.


Aku
tak percaya
bibir yang sama
pernah mengucup ku.
Mana mungkin
bibir yang lembut
menghambur kata kesat.

Baby
panggil mu
waktu engkau sayang.

Babi
panggil mu
waktu engkau benci.

Aku
tak percaya
bibir yang sama
pernah mengucup ku.
Mana mungkin
bibir yang lembut
menghambur kata kesat.



Sebenarnya, aku mahu tengok kambing disembelih. Aku mengharapkan keluar muka depan Metro, "Tok Rimau Memulas Mesin Masa!" Semuanya hampa. Ini mini konsert berhemah tinggi.

Peserta konsert mini ini semuanya penuh disiplin. Hisap rokok pun pergi ke parking lot. Jalan depan aku menuju ke tandas, mereka tunduk hormat. Mamat raggae itu pun tidak hisap rokok, ganja apatah lagi. Ectasy jauh sekali. Semuanya clean fun. Ini bukan alasan untuk berparti, ini betul-betul pure passion for Indie arts.

Tiada polis datang menyerbu. Justeru, tiada polis wanita paksa aku kencing dalam botol walaupun aku siap pakai seluar dalam baru, just in case. Agar tidak kelihatan miskin.

Sampai masanya, Cinderellas perlu pulang. Kita tidak mahu Kancil bertukar jadi labu. Kan? kami pun mengutip semula segan yang ditinggalkan di pintu masuk.

Gig yang berikutnya:
Maskara 6 live di Planet Pena :: 2 FEB 2008
Hujan turun di Taman U :: 2 FEB 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sekitar parti liar kotak susu: Flickr LanRasso dan Fotopages Pheewit.

Khamis, Januari 17, 2008

JOM LAYAN!



Lan,
Hani pesan jangan pakai batik pergi gig HEY UHM. Nanti dia tak ngaku kita ni kawan dia.

PERKEMBANGAN TERKINI BUKU K-EIGHT
Terimakasih kerana sokongan. Buku K-8 habis dibeli. Sesiapa yang tidak dapat buku itu, bolehlah meminjam dari rakan-rakan yang sudah membelinya. Kalau kalian fotokopi buku itu, jangan la bawa datang jumpa aku untuk otograf. Nanti aku otograf dengan tapak kasut.

Selasa, Januari 15, 2008

JIKA ENGKAU TERPUKAU PANDANGLAH KE LAIN


Awas Spoiler!
...........

Aku memang suka filem Mamat Khalid. Aku harap kalian sokong dia. Tengok filem dia agar dia boleh terus bikin genre filem Mamatism Khalidism. Filem terbarunya adalah Kala Malam Bulan Mengambang.

Aku belum berkesempatan masuk panggung lagi, jadi aku tanya Mobius. Dia dah tonton malam minggu lepas. Oleh itu, hari ini aku nak mengulas sebuah filem noir yang belum pernah aku tonton berdasarkan cerita dari Mobius.

Kala Malam Bulan Mengambang menyingkap semangat Melayu yang cenderung makan gaji. Sebulan sekali baru dapat gaji. Macam bulan yang mengambang sekali sebulan. Kualiti ISO macam mana pun kerja watak wartawan dalam filem ini, tetap dia mengharapkan berkerja bawah orang lain. Makan gaji sebulan sekali. Bonus setahun sekali.

Apakah signifikannya keris tujuh inci dalam filem ini dari sudut semiotik. Keris itu bertukar tangan ahli sihir kepada wartawan kepada harimau jadian kepada Doktor Rushdi. Keris itu adalah UMNO. UMNO dalam pimpinan orang baik, jadilah dia sesuatu yang baik. Dalam pimpinan orang jahat, jadilah dia sesuatu yang jahat.

Watak antagonis dalam filem ini adalah golongan komunis berbahasa Jerman. Sinis sekali Mamat Khalid menempelak orang kita yang mengagungkan produk Jerman. Contohnya, kita lihat ramai gadis-gadis suka pemandu kereta BMW (dan Mercedes). Pemandu kereta BMW (dan penumpangnya) juga suka dilihat dengan kereta seksinya. Kereta Kancil? Tiada siapa yang mahu lihat.

Watak wartawan protagonis naskah filem ini telah jatuh cinta dengan seorang (seekor?)pontianak. Ini merupakan dekonstruksi kepada taksubnya masyarakat kepada kecantikan yang berkala-kala. Bila memikat dia cantik dan bila mahu cekik, dia hodoh macam neraka. Tetapi pontianak ini pontianak baik. Dia cintakan pengamal media, wartawan. Kesimpulannya, tidak semua hantu itu jahat. Bukanlah masalah moral yang besar bercinta dengan hantu.

Abang kepada pontianak adalah seekor (seorang?) harimau jadian. Mungkin abang angkat kot. Mana mungkin harimau adik beradik dengan pontianak. Lain species. Apa yang Mamat Khalid mahu kupas di sini adalah peri pentingnya membaca blog Tok Rimau untuk mendapat maklumat terkini tentang kehidupan yang penuh pancaroba. Sesuai untuk lebai yang bukan lebai. Humornya segar seperti ikan yang masih dalam bot nelayan baru sampai darat. Tidak hanyir.

Sungguh ganjil Mobius menganalisa lapisan-lapisan makna kritikan sosial wacana Kala Malam Bulan Mengambang.

Aku tanya Mobius, "Kenapa ulasan dan cerita engkau tentang Kala Malam Bulan Mengambang ini unik? Lain dari ulasan blogger wayang lain dan juga ulasan dari surat khabar."

Mobius jawab, "Aku sebenarnya tak boleh fokus sangat kat panggung wayang tu. Aircond wayang itu sejuk sangat. Aku sibuk memanaskan awek aku. Awek aku sibuk memanaskan aku. Hi! Hi! Hi!"

Kurang asam! Mobius ini bukan boleh diharap sangat. Ini macam terpaksalah kita pergi panggung dan tonton sendiri Kala Malam Bulan Mengambang. Jom! (Tapi jangan ajak awek kalian.)


ORANG LAIN YANG MABUKKAN MAMAT KHALID. ORANG MELAYU KALAU MABUK MEMANG BURUK!




Isnin, Januari 14, 2008

BERUS GIGI BERMOTOR

Pintu bilik air dibiarkan terbuka. Mereka sudah terbiasa begitu.

"Orang Malaysia dah sampai ke angkasa, you masih lagi pakai berus gigi manual," kata Mobius sambil menayangkan berus gigi elektriknya.

"Pagi-pagi lagi dah nak bagi lecture," kata Farah. "Cepat la gosok gigi tu. I pulak nak guna sinki."

Farah mengetatkan kembannya yang longgar.

Mobius mengetuk berus giginya di kepala pili.

"I tak boleh gosok gigi la. Bateri berus gigi I habis."

"Gross! Jangan cium I hari ni."

............

Dan kalian pun berfantasi. Yang bukan-bukan. Ha! Ha! Ha!

.................


Trivia:
"CHERITA PALING NAKAL DARIPADA SEGALA KENAKALAN YANG PERNAH DI-NAKAL-NAKALKAN"
Tagline untuk filem Tiga Abdul seperti yang tertulis atas poster filem itu.

Jumaat, Januari 11, 2008

SEDIKIT STATISTIK FREAKONOMICS

Kes jenayah di Johor adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Tetapi sumber polis tidak cukup untuk menangani isu ini.

Nisbah polis Johor dengan penduduk adalah 1:478. 7000 lagi anggota polis diperlukan di Johor untuk mencapai sasaran nisbah 1:250.

Pun begitu, jika masuk lagi 7000 rekrut polis ke ketumbukan sedia ada, janganlah engkau cepat berasa selamat.

Mereka terpaksa mengikut arahan dari masa ke semasa. Arahan dari "langit". Arahan utama sekarang adalah mencari penjual-penjual DVD porno Politikus Yang Terlampau.

Kasihanilah mereka, bagilah mereka tugas yang lebih yang mencabar.


PUISI SEBARIS
1. I might be a fool, but I am not stupid.
2. I am willing to be your man, but not your boy.

Selasa, Januari 08, 2008

BUKAN LELAKI SUBPRIMA

Seel ternampak kami duduk di meja bahagian tepi kafe. Dia menghampiri meja kami.

"Kenapa duduk di sini?" tegur Seel. "Kenapa tidak di sana?" Seel menambah soalan sambil menunjukkan meja di depan gerai minuman.

Aku dan Deen memandang meja yang dikatakan itu. Ia laluan trafik. Meja itu amat strategik jika tujuan pengunjung datang ke kafe adalah untuk mencuci mata.

"Meja itu," jawab aku "adalah untuk mereka yang melihat orang."

"Meja ini," sambung Deen, "untuk mereka yang dilihat."

Aku dan Deen ketawa besar.

Dan seperti yang dijangka, orang melihat kami.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Wishlist hadiah harijadi aku: GADGETS & INNOVATIONS.

Isnin, Januari 07, 2008

MINYAK MASAK

Aku tidak faham. Kenapa sebuah negara pengeluar kelapa sawit tiba-tiba terputus bekalan minyak masak?

Macam mana aku nak amalkan apa yang aku belajar dari Take Home Chef, Hell's Kitchen, Inspirasi Koko dan Yan Can Cook. Macam mana? Naga menasihati aku rebus mi Segera sahaja.

Sia-sia ada rancangan pendidikan jika tiada bahan untuk memasak. Serupalah macam rancangan Mari Membina Igloo di Mesir dan Sembilu di Amerika Syarikat. Sia-sia.

Mana menteri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan pengguna? Adakah kamu berpihak kepada neo-kapitalisma?

Takkan nak tunggu DVD free diedarkan baru mahu bertindak.

Aku tidak faham. Kenapa sebuah negara pengeluar kelapa sawit tiba-tiba terputus bekalan minyak masak? Jawapannya mungkin sama dengan jawapan kenapa Negara Hutan Hujan Khatulistiwa terputus bekalan air.

Jumaat, Januari 04, 2008

BERSAMA MU

Menteri Pertanian menjerit slogan, Pertanian Adalah Perniagaan. Aku terfikir bahawa negara kita ini menuju ke arah negara kapitalis tulin.

Ya, seperti kalian lihat, aku pun turut serta terbabit. Sekarang sudah ada tertanam iklan di sisi kiri blog ini.

Jika kalian juga mahu jadi blogger beriklan, klik sahaja iklan di sisi kiri itu. Bolehlah tampung duit Cyber Cafe atau Streamyx.

Harga barang dan servis semua sudah melonjak. Nak masuk bilik air pun kena bayar RM0.50. Itu belum cerita pasal harga benda-benda asas lain seperti minyak, susu, gula, tepung dan rokok berfilter bukan seludup.

Kalau kalian tonton rancangan Bersama Mu di Tivi 3. Kasihan tahu. Kalian lihat orang miskin bertambah miskin.

"Sazali lihat ada rumah terbakar. Kasihan Sazali tengok. Sazali ambil duit dan bagi kepada mereka." -Filem Anakku Sazali


Tetapi ada satu keluarga dalam Bersama Mu itu, aku dikenalkan. Mereka diberita-anginkan sebagai miskin kerana mereka pilih untuk miskin. Mereka malas. Nak daftar surat beranak anak pun malas. Mmm.

Aku tidak malas. Jika kalian ini dermawan budiman, rajin-rajinlah klik iklan di sisi kiri itu. Sumbangkan kepada aku yang rajin. Sungguh ni. Aku rajin menulis blog.

Jerit bersama ku, Blogging adalah perniagaan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Projek penerbitan Offline + Online: Fray

2. Lan, tip pertama untuk jadi lelaki romantik adalah gunting botak kepala kamu. Awek zaman sekarang kata lelaki botak itu seksi. Tips selebihnya engkau klik ini: Tips untuk menjadi Romantik.

Rabu, Januari 02, 2008

INI RINDU

"Our next song is an old song entitled Ini Rindu which was made famous by Farid Hardja," umum vokalis kugiran dari Filipina berbaju rambu-rambu berkilat.

Kami pun bertepuk tangan meriuhkan dewan minum "The Ship" yang tidak cukup cahaya itu.

Sebelum aku tahu akan artinya cinta
Terlena ku dibawa nya ke sana

Setelah dia pergi baru aku mengerti
Kutelah jatuh cinta kepadanya


Aku separuh menjerit kepada Mobius, "Semua ahli politik berlumba-lumba buat statement. Mereka mahu Ah Lek resign kerana perbuatannya amat tidak bermoral."

Mobius merenggangkan gelas besar dari bibirnya. Dia berfikir sejenak.

Mobius berkata, "Ahli politik. Kenyataan mereka mestilah politically motivated." Dia minum sedikit dan merenggangkan lagi gelas itu dari bibirnya. "Semuanya hipokrit."

"Kenapa pulak?"

"Dalam hati mereka, kesalahan Ah Lek cuma satu. Satu sahaja. Ah Lek terkantol."

"Fuh! Dalam mabuk-mabuk pun ayat engkau ini ada benarnya," aku tersihir dengan analisanya. "Aku quote kata-kata engkau ini dalam blog aku nanti."

Mobius merenggangkan gelas besar dari bibirnya. Dia berfikir sejenak.

"Blogger. Tulisan engkau mestilah blogly motivated. Engkau pun hipokrit."

"Kenapa pulak?"

"Motif keji engkau adalah satu, hits dari kata kunci: chua soi lek, tape, skandal, sex, video, menteri, MCA dan DVD."

Mobius angkat tangan menarik perhatian pelayan. Dia pesan satu botol lagi.

Ooooo…aku rindu
katakan pada nya aku rindu

Ooo burung nyanyikan lah
katakan pada nya aku rindu


Vokalis itu berlagu sambil berjoget. Mula-mula dia buat aksi burung berkepak dengan tangannya. Kemudian, kedua-dua jari telunjuknya menunjuk ke arah bawah.

Ke arah burungnya.


..............
GLOSSARI:
BLOGLY MOTIVATED: Strategi yang dilancarkan dengan tujuan meningkatkan hits atau bilangan kunjungan ke blog.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Logo Trend For Designers
2. Youtube: Ini Rindu by Farid and Lucky

Isnin, Disember 31, 2007

K-8: Sebuah lagi hasil karya Sol-Jah



SOLD OUT! HABIS DIJUAL!

Cepat beli buku ini. Hampir Sold-Out. RM15 senaskhah (termasuk harga pos/Malaysia sahaja)Hubungi: sinaganaga1547 at yahoo dot com dan katakan, “Hai Kate!” Ha ha.
via sms 012-736 7772. Nyatakan hasrat anda. Arahan transaksi akan diberi via reply sms.


Sinopsis: Ada orang mati jatuh flat blok K-8 dan kematiannya menghantui kehidupan. Jeng! Jeng! Jeng!


Trailer. Sedutan dari bab-bab K-Eight:


Muka depan: bukan mitos burung stoik dan cacing epikurian.


Prolog: Kecualilah kalau kita Mawi atau Siti Nurhaliza atau Elyana.


Nyanyuk Uncle Nyamuk: Minggu lepas, mamat burger itu letak cicak mati di dalam burger istimewanya.


Bongek Kuasa Dua: Betina penculik kucing itu perlu diajar.


Dia Buang Piano: Siapa sangka, satu ketika pernah ikut jemaah tabligh, sekarang si Faiz tu dah colour rambut, pakai make up, dan pakai t-shirt ketat warna pink.


Nama Saya Is: Kalau kena tadi, aku terajang basikal kau!


In-a-gadda-da-vida: Joe Kupan tercegat di muka pintu sambil tangan kirinya erat memeluk bohsia yang tersenyum manja.


K-Nine: Nanti gua samaklah!


Usman: Pondan pun pondanlah. Janji tak masuk neraka.


Biawak Bersalut Coklat: Perempuan berlemak datang bawa Coke.


Halimunan: Darah Kate mula mengotorkan gambar Perdana Menteri Malaysia di muka hadapan, sedang berucap di satu simposium antarabangsa barangkali.


Epilog: Cerita terus panas mengaitkan Kate dan Kadir.


Muka belakang: Yippa!


...


Kalau beli secara jualan langsung dari aku ada diskaun. Potongan diskaun kalian bergantung kepada potongan muka kalian sendiri. Ha! Ha! Ha!
Keji orang tua ni.

TAHNIAH: AWET 2007

AWET 2007: Anugerah Weblog Terbaik 2007 Geng Jurnal. Pada 29 Disember 2007, satu majlis yang tidak membazir lagi berhemah telah diadakan di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Majlis yang anti-hendonistik. Ha ha ha. Atau tidak cukup duit.

Blog Terhebat dan Terbaik
Saharil
Aku andaikan ini pencapaian hebat sepanjang hayat (Lifetime achivement). Lagi pun siapa pernah dapat anugerah ini tidak boleh dapat lagi. Sekali sepanjang hayat.

Entri Blog Terbaik - Kategori Intelektual
Hairi Yusof - Kisah Pengangkutan
Entri ini ditulis bukan dengan termenung depan papan kekunci sahaja. Ada kajian literatur bagi menyokong hujah.

Entri Blog Terbaik - Kategori Emo
Jowo Pinter - Satu Hari di Hari Raya II
Siapa yang tidak sebak dan sayu bila ada yang bersedih di hari mulia.

Entri Blog Terbaik - Kategori Humor
Dugung Senyum a.k.a Basri MD
Ini contoh sahaja. Sebenarnya banyak entri-entri dugong yang mencuit hati. Sila bongkar arkibnya. Konsisten humor self-mockingnya.

Projek Dalam Forum Terbaik
Lumba Kata Top Lima - Op & The-Mulan
Berusaha memeriah forum walaupun tidak ramai yang kunjung. Sekurang-kurangnya, mereka bukan KEKWA yang terpaksa buat majlis di Dataran Merdeka bagi memastikan ramai orang di keramaian.

Projek Luar Forum Terbaik
Maskara - Sindiket SolJah.
Maskara mengumpulkan pencinta teks dari gulungan lengan baju bergulung hingga yang tidak berlengan baju. Dari gulungan tudung labuh hingga ke yang nampak pusat. Dari seni yang amat seni hingga engkau tidak faham hingga seni yang engkau akan kata, "cenggini seni ke?" Seni itu subjektif beb.

Blog Baru Terbaik
Studio Inspirasi
Baru lahir sudah pandai baca kitab. Ini memalukan sesetengah veteran blogger. Tapi adakah ia akan istiqamah? Kita tunggu dan lihat tahun hadapan.

Blog Paling Kreatif
Sinaganaga
Orang ini banyak celupar. Kerana gaya penulisannya, buku nahu bahasa Malaysia perlu ditulis semula. Komanya sahaja sudah sarat mengandung 9 bulan dengan makna.

Anugerah Khas Juri
Amyz
Jasanya kepada Geng Jurnal memang banyak. Mula-mula dia di belakang sebagai tukang sorak, kemudian dia ke hadapan meneraju majlis. Dia tidak meminta apa-apa. Dia riang ria berkerja macam kanak-kanak terlebih glukos.

Rabu, Disember 26, 2007

HARIMAU EDUCATED

Ini hari pertama dari saki-baki usia aku.

Rimau ini masuk sarkas lagi. Belajar loncat dari kerusi ke kerusi apabila cemeti dilibas. Juga, belajar terbang melalui gelung berapi. Cool eh?!

Nanti aku dah jinak, ekor sudah putus, aku keluar la dari sarkas ini.

Blog of the day:
John Hafiz: Lelaki ini yang mencintai (dirinya sendiri).

Isnin, Disember 24, 2007

FLAT MAHU ROBOH

Sesiapa yang berhutang sewa dengan kerajaan negeri, tidak akan diberi kunci rumah sehingga hutang mereka langsai. Begitulah cerita-ceriti yang meniti mulut penduduk Flet Bukit Chagar di ambang perpindahan mereka ke perumahan baru, Sri Stulang.

Seperti biasa, Mak Kiah, Mak Mah dan Mak Senah berbual sambil menunggu lif untuk turun. Masing-masing menjinjing beg plastik pulang belanja membeli lauk dari kedai runcit Maidin.

"Dah dapat kunci rumah?" tanya Mak Kiah.

"Sudah. Aku dapat blok Z," jawab Mak Mah sambil jarinya menekan-nekan butang lif mengharapkan lif turun cepat.

"Aku pun blok Z juga," kata Mak Senah sebelum sempat ditanya Mak Kiah.

"Setahu aku ada blok A sampai Y sahaja," kata Mak Kiah, "Mana ada blok Z."

Mak Mah dan Mak Senah cuma menyeringai. Mereka cuba sorokkan dengan surat khabar bahawa lauk hari ini cuma sayur hijau sahaja. Al maklumlah, mahu cukupkan wang untuk bayar hutang sewa.

Jumaat, Disember 21, 2007

TOM TOM BAK

1,500 keluarga di flet Bukit Cagar akan dipindahkan apabila perumahan di Sri Stulang (Sebelah Bakar Batu) siap sepenuhnya. Sekitar 2008.

Kak Ani melaporkan ada orang bertukang malam-malam hari. Kerja-kerja mengopak besi giat dijalankan di flet. Mereka kebas besi paip, besi tingkap, jeriji pintu, kabel elektrik dan besi tong sampah. Semua samseng kitar semula sudah angkut.

Kak Ani ketakutan bila duduk sendirian di rumah. Dia takut flet itu roboh sebelum sempat orang pindah keluar je.

Rabu, Disember 19, 2007

IRAMA LATIN

Lagi, catatan yang tidak mesra pembaca.

....
Oh Tuhan, liberate me ex infernis.

Dituduh dan diancam lagi. Ad nauseam. Ini sudah tidak seru. Aku tidak mahu main mainan ini lagi. Stercus accidit tetapi jangan seret aku lagi dalam tempias-tempias konflik jiwa engkau.

Tanpa beban ini, aku akan citius, altius dan fortius.

Aku sudah bosan dengan arahan ab absurdo. Sama ada lidah itu lidah rasminya atau engkau telah menjadi dia. Aku tidak akan menari mengikut rentak gendang ab irato.

Aquila non capit muscas.


Noktah.
Aku gulingkan satu titik hitam di penghujung kata-kata ku.
Aku tekan mata pena biar berlubang surat biru ini.
Noktah.



....

Jika ini semua berbunyi Latin kepada engkau, memang pun. Aku sedang selak buku abjad tadika Latin.

Kalau engkau rasa, engkau ada salah dengan aku dan mahu minta maaf, sila isi borang PERMOHONAN INI dan mail ke tokrimau[at]gmail[dot]com.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

Selasa, Disember 18, 2007

BASUH KERETA

"Setiap kali aku basuh kereta je, hujan," keluh Dean apabila melihat mendung berarak.

"Mmmm... Berhenti basuh kereta la. Kau boleh selesaikan masalah banjir di tiga negeri," kata aku sambil mengacau teh tarik.

.............



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Akan datang: K-Eight. Bagaimanakah kematian menghantui kehidupan? Bukan mitos burung stoik dan cecacing epikurean. (Jangan tanya aku, cari dalam Wiki.)

Isnin, Disember 17, 2007

SATU SEN

"Ini bakinya. Sila datang lagi," kata juruwang Kayefsii sambil menghulurkan RM20.30 kepada aku.

"Kurang satu sen," kata aku sambil menunjukkan wang tunai yang dia bagi tadi dan resit yang tertulis nyata - Baki RM20.31.

"Satu sen nak juga?"

"Eh! Itu duit saya. Satu sen pun duit juga. Kalau 10 orang awak tidak bagi satu sen, awak sudah dapat 10 sen. Kalau 10 hari, sudah satu ringgit. Kalau satu bulan? Kalau satu tahun?"

"Tapi kami sudah kehabisan syiling satu sen."

"Satu sen itu hak saya. Saya mahu duit itu!"

Barisan pelanggan mula memanjang di belakang aku tetapi aku belum mahu berganjak. Aku mula mengetuk-ngetuk kaunter dengan jari.

Juruwang itu capai tabung derma di depan mesin wang dan mengeluarkan siling satu sen. Dia menghulurkan siling itu kepada aku. "Nah!"

Aku jadi bengang. Tabung itu adalah dana untuk orang-orang yang tidak bernasib baik. Pelanggan-pelanggan yang pemurah memasukkan baki duit ke dalam tabung itu dengan niat untuk membantu orang lain. Bukan untuk membantu korporat Kayefsii menyediakan baki siling.

Pun begitu, aku terima juga siling itu. Dan. Aku masukkan semula siling satu sen itu ke dalam tabung.

Giliran juruwang itu pula bengang dengan aku. Dia kata, "Kalau begitu, tidak payahlah saya bersusah payah mengeluarkan siling itu tadi."

Aku jawab, "Duit saya. Suka hati sayalah mahu derma ke dalam tabung ini. Bukan macam awak, merompak dari tabung derma."

"Nanti saya pulanglah duit yang saya ambil itu," kata juruwang itu menarik muka.

"Ye la tu," aku.

Aku meninggalkan restoran itu sambil menjinjing kotak ayam goreng dan memberi ruang kepada pelanggan berikutnya. Dan. Terdengar wacana stok antara juruwang dan pelanggan dari jauh, "Welcome to Kayefsii. Makan sini atau bungkus?"

...



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, tidak susah lagi memastikan sama ada pasangan kalian curang atau tidak. Tidak perlu bomoh, perhatikan sahaja tabiat penggunaan telefon bimbitnya. Sila rujuk blog Madu Lebah: Nida, Noda dan Nada Dering untuk senarai 10 petua mengenal kecurangan berdasarkan pengalamannya.

Khamis, Disember 13, 2007

MONSUN




Amaran: Catatan ini tidak mesra pembaca.



.....

Pernah terpegang DVD filem belanjawan raksasa, Dragon Wars? Letak semula DVD itu. Janganlah membazir duit upah membanting tulang untuk membelinya. Kalian mungkin teruja dengan poster naga-naga bertempur di tengah bandar Malaikat, tetapi percayalah itu hanya ilusi halwa mata. Tidak semua yang cantik itu baik. Kesan khas itu tidak dapat sembunyikan cerita yang hanyir sampai ke langit ke tujuh.


Cucuh sahaja duit hijau kalian dengan kretek Djarum, itu lebih seru dari menonton Dragon Wars. Korea Selatan, pembikin Dragon Wars, patut menumpukan tenaganya kepada komedi romantik. Itu kekuatan mereka.

Juga. Petualangan aku petang semalam semasa monsun mengeraskan ototnya lebih berbaloi untuk dikenang dari bersengkang mata menonton Dragon Wars.

Semalam, tiga adiwira kebosanan di markas kerana musim bunga popi belum tiba. Dua anti-hero terlibat, seorang jenis Faustian dan seorang lagi Byronic. Dan yang ketiga adalah hero archetype persis Superman. Tinggi, kacak dan murah senyuman. Senyumannya melimpah tetapi tidak meruah. Sentiasa terkawal.

Ketika awan sarat mengandung dan menggores ledakan-ledakan listrik, ketiga-tiga hero ini pergi ke gerai mencari teh tarik kurang manis gelas besar dan cucur udang berkuah kacang di Taman Teratai. Sekonyong-konyong, bocorlah langit. Titis-titis air berebut-rebut menyahut panggilan graviti.

Kami terpaksa meninggalkan meja yang mula basah dengan tempias. Teh tarik kurang manis bertambah tawar bercampur jus langit. Berdirilah kami menanti awan berhenti menangis.

.....
Dean Sham pun berfalsafah, "Hujan ini membersihkan dosa dan noda dunia." Ringkas sahaja falsafahnya.

Aku pun menjawab, "Ya. Kaulah orang pertama yang perlu mandi dengan air hujan ini." Aku menunding ke arah hujan lebat.

Dean Sham kata, "Ha! Ha! Bukan aku seorang sahaja. Engkau dan aku perlu bersiram dengan monsun hujung tahun ini."
....

Superman senyum sahaja. Tanda setuju.

Dunia terlalu kotor. Langit belum puas dengan cuciannya. Dia tidak mahu mengalah. Mungkin langit yakin bahawa bumi perlu angkat hadas besar.

Ada meja kosong yang kering di gerai sebelah. Kami sambung pesan teh o limau dan karipap panas. Kami tetapkan masa bertenang dan masa untuk panik. Kami mesti pulang ke markas.

Masa untuk panik pun tiba tetapi hujan masih menyimbah bumi. Tiada tanda dia akan berehat memerah awan. Lantas, kami pun berlari menempuh hujan, berpayungkan tapak tangan masing-masing. Kelam kabut menyusup ke perut Honda. Enjin dihidupkan dan gear ditolak. Kami mula membelah hujan. Waktu hujan lebat begini, simpang jalan mula bertukar menjadi kolam. Lebuh raya mula berjerawat seperti medan ujian senjata. Kereta-kereta mula tersadai di tepi jalan merajuk kesejukan. Tapi kereta kami gagah menuju pintu masuk markas yang hujung.

Monsun ini lebih ganas dari yang di sangka. Sebahagian markas kami dilanda banjir kilat. Padang bertukar menjadi laut. Pintu masuk ke markas kelemasan. Ada Toyota Corrolla putih mati enjin separuh terjerumus ke dalam air deras berwarna teh tarik. Pemandunya terkial-kial menolak tetapi sia-sia kerana mengundur ke belakang bermakna mendaki bukit. Apa aku buat? Aku rakamkan foto dia dengan telefon mudah alih. Sibuk aku menekan punat telefon. Ini scoop!

Klik!

Klik!

Klik!

Dean Sham pun bekata, "Jom kita tolong."

Aku simpan telefon dalam saku dan berkata, "Jom!"

Ini cerita hero. Hero mesti bantu orang. Kami membuka kasut dan menghampiri lelaki dalam kecemasan itu. Lelaki itu seorang Arab.

Dia berkata, "I thought I could pass through. But I got stuck."

Aku pun menjawab seperti aku, "You need a boat for that (flood)." Sambil ketawa.

Dia tidak ambil hati. Dia tahu kami datang untuk membantu. Kami dorong kereta itu keluar dari air yang keruh.

Mula-mula Arab itu kata , "Thank you." Kemudian dia kata "Terimakasih." Dia mahu pastikan kami tahu bahawa pertolongan kami dihargai.

Aku jawab, "It's okay. It's our pleasure to help you. You'd do the same."

Jika dia ada blog, pastinya dia menukilkan betapa budimannya rakyat Malaysia. Jika dia seorang alim, pastinya dia mendoakan kesejahteraan kami berdua. Semoga jauh dari api neraka.
Kami pulang ke dalam kereta sedikit basah. Kami khabarkan kepada Superman yang dari tadi hanya menunggu di dalam kereta, "Kami ini Samaritan yang bagus. Kami kan masuk syurga."

Superman menghidupkan Hondanya lalu berkata sinis, "Jangan terlalu yakin, korang banyak dosa yang perlu ditebus."

Dia membuat belok U untuk menuju ke pintu pangkal markas. Pintu pangkal markas juga tenggelam. Ujian kami belum selesai. Kami cuba pintu tengah pula. Banjir juga tetapi boleh dilalui oleh kenderaan sedan. Kami masuk dan berlegar dikawasan markas untuk memantau keadaan banjir. Serius. Tahap kod amaran merah jambu ni. Bank Muamalat tempat aku selalu pergi bayar hutang pun dinaiki air hingga ke paras lutut. Pun begitu pejabat kami tidak dinaiki air.

Bila senja mula melabuhkan langsir merah di kaki langit, hujan mula reda. Monsun mula simpati kepada kami yang tidak keruan hanya kerana air berlebihan.
.......................................

Aku jarang buat entri panjang sebegini. Biasanya aku buang kemaruk ayat aku dan hanya ambil bahagian yang italic sahaja agar entri menjadi lebih langsing, sedap dipandang dan mesra pengguna. Tapi hari ini bukan hari biasa. Malas mahu siang lemak keluar dari dagingnya. Pandai-pandailah kalian menghadamnya.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Astro Kirana Short Film Award - Top 10 bukan rezeki aku. Mereka belum bersedia untuk aku.

2. Paras air di U*M di paras kod amaran merah jambu. Baca kat SINI.

Isnin, Disember 10, 2007

MEMANG



Kebetulan, Ghazali dari Parit Mahang, Batu Pahat, terserempak dengan Asad dari Marrakech, Maghribi. Kedua-duanya sedang mencari kasut masing-masing di pintu masjid. Mereka senyum, bersalaman dan berpelukan. Bertanya khabar masing-masing dan berbasa-basi.

Tidak seperti ramai pelajar tempatan yang cenderung untuk tidur di sudut dewan masjid selepas solat Jumaat, pelajar Arab aktif berbual di luar masjid. Mereka senyum, bersalaman dan berpelukan. Meriah betul bangsa ini. Ghazali pun kadang-kadang terikut-ikut budaya sahabat Arabnya itu

Ghazali: Apa makna nama kamu dalam bahasa kamu?

Asad: Singa.

Ghazali: Apa makna nama aku, Ghazali?

Asad: Kijang.

Ghazali: Ada lagi?

Asad: Mungkin ada lagi satu.

Ghazali: Apa?

Asad: Makanan singa. Ha! Ha! Ha!

Ghazali: Suka la tu dapat kenakan aku.

Asad: Jangan marah-marah. Jom! Aku belanja kau sheesha.

p.s.
Aku teringat lagu rakyat lama tentang helah bela diri, "Oh! Bangau." Dalam liriknya, soalan terakhir kepada ular adalah, "Kenapa engkau makan katak?" Ular jawab, "Memang makanan aku." Memang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Blog of the day: Keremehan Yang Penting oleh Chikadior Nurulism

2. Bacaan sekarang:

Khamis, Disember 06, 2007

RALAT



Sebelum baca entri ini, kalian ambil satu beg plastik.

Beli Berita Harian, 6 Disember 2007. Khamis. Rujuk mukasurat B15.

Kalian akan lihat satu foto dengan caption "MEMBERI SOKONGAN: Khalayak lelaki antara yang memberi sokongan pada Maskara V."*

Silap ayat tu.

Opee, Jigo dan Dugong pasti setuju dengan aku. Mereka pun turut duduk bersila bersama lelaki botak berbaju bintang dalam foto itu.

Caption yang sepatutnya: "MEMBERI SOKONGAN: Khalayak lelaki KACAK antara yang memberi sokongan pada Maskara V"

Selepas baca entri ini, sila muntah ke dalam beg plastik tadi.







LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Blog of the day: Hilang Punca oleh PipiYapong.

2. "I am enclosing two tickets to the first night of my new play, bring a friend... if you have one." George Bernard Shaw to Winston Churchill. More Insults with Class.

3. Kalau ada masa terluang, pergilah ke Rantai Art Event.

Selasa, Disember 04, 2007

SELUAR DI JEMURAN




"AHAD."

Ibu Naufal menulis dengan marker di atas getah seluar dalam anaknya.

Ibu Naufal ambil sehelai lagi dan tulis "ISNIN" pula. Begitulah seterusnya hingga genap tujuh hari untuk tujuh seluar dalam milik Naufal.

Naufal adalah anak manja yang baru belajar hidup sendiri di asrama. Dia mesti belajar tentang kebersihan diri. Tukar seluar dalam setiap hari. Basuh seluar dalam setiap hari. Itu pesan ibu. Dakwat marker itu sebagai ingatan.

Pulang dari asrama untuk bercuti, dia membawa pelbagai cerita tentang pengalaman barunya.

"Naufal terkejut bila lihat di ampaian, ada pelajar yang pengotor. Satu bulan tak tukar seluar dalam," Naufal.

"Cis! Macam mana engkau tahu," tanya aku.

"Naufal nampak kat seluar dalam tu bertulis "RAMADHAN""

Aku diam sejenak. Befikir apa yang tidak betul dalam situasi ini.

"Oitt! Itu bukan nama bulan. Itu nama dia la."

"Oh! Ya ke?"



.....................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. All you need to know about Online Learning Environments

2. "Penulisan hendaklah tidak dielitkan. Biarlah ia dirakyatkan." - Pengenalan Kepada Gaya Penulisan Baru

3. Blog of the day: Deyna Sofea

Isnin, Disember 03, 2007

RINDUKAN ANGIN

Di atas hidung Naufal ada plaster melekat melintang. Dia berlagak macho dengan plaster di hidung.

"Konon-konon cool la tu. Baru lepas cedera bergaduh la tu," sindir aku. "Tapi engkau tidak boleh tipu aku. Engkau bukan samseng. Kenapa hidung engkau tu?"

"Segan nak cakap." Naufal.

"Apa la nak segan-segan. Macam baru semalam kenal."

"Ada jerawat besar tumbuh atas hidung Naufal ni."

"Engkau tidak perlu segan. Remaja seperti engkau memang selalu diserang jerawat. Al maklumlah, hormon tidak stabil. Baru kenal cinta. Baru kenal rindu. Engkau pasti rindukan awek engkau? Kan? kan? Sampai tersembul jerawat tu."

"Pandai je baca isi hati orang."

"Aku bukan lahir semalam."

"Agak-agak, dia rindu kepada saya tak?"

"Kalau engkau nak tahu sangat, engkau telefon la dia. Tanya dia, ada jerawat tumbuh atas hidung tak?! Ha! Ha! Ha!."
................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Laporan Maskara 5.

Rabu, November 28, 2007

ENGKAU PERLU PIL BIRU

Mungkinkah cinta itu satu penyakit mental? Kita lihat bukti-bukti yang mengaitkan cinta dengan penyakit mental.

mania: buaian mood yang abnormal, senyum sendirian, kembung semangat berlebihan, pembelian hadiah yang mahal, bil telefon meningkat.

depressi: tangisan, cemburu buta, tidak boleh tidur, tidak boleh fokus, tugasan yang tidak sempurna, menjeruk rasa.

obsessive compulsive disorder: asyik periksa friendster, asyik periksa blog untuk kemaskini terbaru, layan lagu-lagu jiwang, bersolek lebih dari biasa sebelum pertemuan.

Menurut Tallis (2005), cinta lelaki lebih berahi berbanding cinta wanita. Wanita memilih pasangan berdasarkan peningkatan status dan kestabilan kewangan. Manakala lelaki pula lebih berkompaskan nafsu. Lelaki mahukan yang seksi dan cantik. Jadinya wanita lebih rasional dan praktikal. Itu kata Tallis la. Bukan aku.

Ustaz ada pesan, nafsu lelaki satu dan nafsu wanita sembilan. Kemungkinan saiz nafsu yang satu itu lebih besar dari sembilan nafsu terkumpul. Agaknya.

Apa pun, setiap penyakit ada ubatnya. Menurut Ibnu Sina (Doktor Iran, 10 masihi) seeloknya orang yang sedang sakit putus cinta itu menyibukkan dirinya dengan urusan yang berat. Beliau mencadangkan pergi memburu. Pergilah memanah rusa, harimau atau pelanduk.

Hmmm.

........
P.S.
Ingat janji temu kita? Jumpa di Rumah Pena untuk Maskara. Pakai blusher pekat okay.

Isnin, November 26, 2007

SOYA DAN SATE

Petua murah rezeki: Jika membeli tiga bungkus air soya dan 30 cucuk sate, pastikan bungkusan air soya dijinjing sebelah kiri dan bungkusan sate pula dijinjing sebelah kanan.

Aku belajar pelajaran yang amat mahal semalam. Di pasar malam, aku letak kedua-dua bungkusan di tangan kiri. Tangan kanan? Aku belek DVD-DVD cetak rompak.

Kemudian aku terus meronda. Dari pangkal pasar malam sampai ke hujung, dan patah balik ke pangkal.

Sebelum masuk kereta untuk pulang, aku dapati air soya sudah berkurangan. Misteri nusantara betul. Asap dari gerai tahu bakar membuat suasana bagai berkabus, menambah misteri kepada nusantara.

Rupanya tiada misteri pun. Cuma lidi-lidi sate sudah mencucuk dan membocorkan plastik air soya. Hmmm... Aku telah menyiram jalanraya sepanjang pasar malam dengan air soya.

Alahai! Terimalah takdir bahawa air soya itu bukan rezeki aku.

.......................
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Sol-Jah kulup. Hi hi hi. Gambar Ehsan: MagMyPic.

2. How to Command Respect: Don’t play or fidget with your mobile phone when someone’s talking to you. It shows avoidance... MORE TIPS.

3. Ingat janji kita untuk berkencan di Rumah Pena, 1 Disember 2007 sempena Malam Perempuan-Perempuan Naik Tocang.

Khamis, November 22, 2007

SOTONG GORENG TEPUNG TERAKHIR

Restoran Bintang di tepi Selat Tebrau menjadi saksi. Meja mereka penuh dengan lauk. Ikan tiga rasa. Lala masak sambal. Sotong goreng tepung. Udang goreng mentega. Kailan goreng. Dan laici satu jag. Tetapi itu dua jam yang lepas. Sekarang makanan-makanan itu sudah hampir habis.

Pah suruh Juju habiskan sotong goreng tepung yang terakhir. "Mak I bilang, kalau you habiskan lauk last ni, you akan dapat suami soleh."

Juju pun tersenyum. Dia ambil sotong goreng terakhir tu dan sumbat dalam mulutnya.

"Agaknya, suami soleh akan dapat isteri gemuk," kata Juju sambil mengunyah sotong goreng tepung. "Apa tidaknya, kerja dia asyik menghabiskan sisa makanan."

Meja mereka riuh dengan derai ketawa. Comel betul bila mereka ketawa. Sungguh.


............

This is no street magic, this is Vector Magic.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. 250 Public Speaking Tips

2. The Best of 2007 According to Esquire.

3. Books of The Year 2007

Rabu, November 21, 2007

TELEKUNG DI JEMURAN

Adam bukan Ustaz. Pun begitu, bahasa dan adabnya amat terpuji. Dia tidak pernah mencarut babi, sial atau celaka. Pukul perempuan apatah lagi.

Aku mengusik Adam pada suatu petang yang mendung, "Hujan-hujan ni, sejuk-sejuk ni, cepat je engkau nak balik rumah."

Adam senyum sahaja bila kena perli begitu. "Mana pulak balik rumah. Aku ada urusan lain la," kata Adam. "Lagi pun, orang rumah aku basuh telekung hari ini."

Aku ketawa kecil. Adam pun ketawa kecil. Bertamaddun sekali bahasanya.

Dulu. Prof. Elerick pernah berpesan kepada aku, lelaki budiman mesti halus bahasanya. Aku setuju dengan beliau. Mestilah aku setuju sebab beliau yang bagi gred untuk matapelajaran Linguistics kepada aku.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Malam Perempuan-perempuan naik tocang. Sabtu Malam Ahad. 1 Disember 2007.
"I held my father's hand as he died in that hospital room and realized I'd never held his hand before that moment."True stories, told in One Sentence

Selasa, November 20, 2007

PANAS

Panas! Panas! Panas!

Selama tiga jam entri Teori Provokasi disiarkan.

Atas sebab-sebab tertentu entri Teori Provokasi diturunkan.

Ia akan disiarkan semula jika mendapat kelulusan bahagian Keselamatan Dalam Negeri.

Panas! Panas! Panas!

Khamis, November 15, 2007

MASUK SURAT KHABAR

Aku selak suratkhabar muka tujuh. Tajuk atas sekali adalah, "Salam Aidilfitri Dari Perantauan." Beberapa keping gambar pelajar-pelajar Malaysia di luar negara mengenalkan diri masing-masing sambil membuat ucapan Hari Raya. Bangga sekali mereka berada di luar negara.

Aku: Macam mana gambar engkau sesat di sini?

Naufal: Kitaorang pakai baju tebal. Pergi belakang asrama. Waktu malam. Dan snap gambar. Kemudian kitaorang e-mel ke surat khabar. Sangkut kat surat khabar ni. Hi! Hi! Hi!

Aku tenung gambar anak saudara aku yang baru tingkatan dua, posing bersama-sama kawan-kawan dia. Mereka pelajar di sekolah asrama penuh di Pulau Pinang tapi caption gambar tertera,


Kami pelajar dari Universiti Ontahdimano, Hawaii mengucapkan selamat hari raya
kepada Guru-guru Sekolah Menengah Asrama Penuh terutama sekali kepada Tuan
Pengetua, Haji Saari bin Shukri. Dengan pesanan, "Berhati-hati bermain mercun?"

Aku: You beat the system. Congratulations.

Macam-macam cara orang nak masuk surat khabar.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
All that Jazz at the Urban Forest, JB
To do list blog + blook

Selasa, November 13, 2007

MAINAN AFIMON


Kedekutnya papa engkau. Sekali sekala pergi la Toy R Us atau Toy City. Apa ke jadah beli mainan kat Toyogo Plastic Products?

Isnin, November 12, 2007

CARI PENYAKIT

Aku, Gom dan Pyzul menyedut asap keluar masuk kerongkong di beranda. Masing-masing ada kotak sendiri, tidak perlu meminta-minta.

Sidang anti-perokok di dalam rumah melabel kami, Skuad Berani Mati. Rokok menjadi punca banyak penyakit. Label itu kena tepat pada kami.

Orang yang tidak merokok pun akan berisiko jika terdedah kepada asap rokok. Satu doktor berkata, "malah pakaian yang terdedah kepada asap rokok bahaya kepada mereka yang mengidap asma."

Sidang anti-perokok di dalam rumah menyeru kami supaya menghisap rokok dalam keadaan bogel agar pakaian kami tidak berbau asap.

Mmm, idea yang bagus juga itu. Mulai sekarang kami akan berkempen, "Bogel Demi Keselamatan Orang Awam. Katakan YA!" Semoga kalian rasa lebih selamat selepas ini.

...........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Best Weblogs 2007



........


Di sebuah kedai buku di Kulai.

Khamis, November 08, 2007

TAYANGAN FILEM




Sempurnalah perjalanan Bumbung Aku Lantai Orang. Dari entri blog ke buku, dan akhirnya ke layar perak.

Tayangan Filem. Rabu. 7 Nov. 2007. Pulai Spring Resort Cineplex.

"Secara fizikalnya, Bumbung Aku Lantai Orang bermakna rumah flat, Flat Bukit Chagar itu sendiri. Subteksnya pula menunjukkan betapa seseorang itu tidak dihargai. Bumbung yang dijunjung adalah lantai yang dipijak-pijak oleh orang."- Tok Rimau

Agenda: Jamuan :: Habuan Gaji :: Tayangan Di Sebalik Tabir :: Tayangan Filem :: Wacana

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Banyak lagi foto skandal artis-artis Malaysia di cineplex oleh Rasso. Klik SINI.
Filem Amir dengan lokasi Flat Bukit Chagar juga. Punggok Rindukan Bulan.

.....................

Hari Raya is about asking for forgiveness and owning your mistakes. I do think, this song can be a good raya song.

Sorry, Blame it on me by Akon
"As life goes on, I’m starting to learn more and more about responsibility. And I realize that everything I do is affecting the people around me. So I want to take this time out to apologize for things that I’ve done, things that haven’t occurred yet, and things that they don’t want to take responsibility for. "

"...Even though the blame's on you, Even though the blame's on you, Even though the blame's on you, I'll take that blame from you"

Selasa, November 06, 2007

AYAH KITA BOS

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatulqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Isnin, November 05, 2007

PERCAYA KEPADA NERAKA 4




Kelab Malam itu penuh dengan manusia yang terkinja-kinja. Muzik berdentum-dentam. Berbual pun kena menjerit-jerit.

Mobius menjerit, "Gua malas nak pergi kerja la hari Isnin ni."

Safar yang lebih rasional menjawab, "Nanti bos lu marah."

"Gua boleh beli MC la dari Klinik Raju."

"What the f**k. Klinik Raju jual MC mahal. Kertas naik harga kata dia."

"Habis?"

"Nenek orang tingkat atas rumah gua baru meninggal siang tadi. Lu fotokopi je sijil report kematian dia."

"Cantekkk!"

Asap rokok bagai kabus menjadikan ambien penuh meriah. Macam babak kayangan Jula-juli Bintang Tujuh. Gadis-gadis montok melambai punggung memanggil mereka untuk berdansa. Pastinya bukan ikut irama lagu nasyid yang engkau suka.

Jumaat, November 02, 2007

PANCAROBA

Pada 1923, pendaki gunung Inggeris, George Leigh Mallory, ditanya oleh The New York Times kenapa dia mahu mendaki Gunung Everest, dan jawabnya, "Kerana ia ada di situ." Kata-kata ini dalam versi Inggerisnya, "Because it's there" menjadi terkenal.

Mallory ingin sekali menakluki Everest. Dia ingin sekali mengalahkan Everest dan membuktikan dia boleh. Mallory hilang di Everest setahun kemudian.

Kadang-kadang tidak masuk akal kenapa manusia mahu membuktikan kejuaraannya. Seboleh-bolehnya mahu jadi nombor satu. Dalam kamusnya tidak ada perkataan "menyerah kalah." BUkan sedikit orang yang cedera, kudung dan mati mendaki Everest.

Walaupun aku ini bukan lebai, tetapi ada juga sirah yang aku ingat. Muhammad pernah membiarkan Aishah menang ketika berlumba lari. Mungkin sirah ini tidak berapa releven dengan kes gunung tadi, tetapi itulah yang lebih baik, kalian tahu kalian boleh menang tetapi kalian mengalah.

Memang benarlah kadang-kadang kita punya saku penuh dengan muslihat. Dalam lengan baju ada daun-daun terup yang masih belum digunakan. Kita boleh menang. Usaha tanpa jemu itu bagus tetapi apa erti kepuasan jika yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Adakah trofi yang direbutkan atau ego yang diraikan?

Pada 1999, 75 tahun kemudian, mayat George Mallory ditemui di Everest. Dan anaknya, John Mallory memperkecilkan usaha ayahnya, "pada saya, satu-satunya cara untuk ke puncak adalah pulang dalam keadaan hidup. Kerja ini separuh siap jika engkau tidak pulang ke bawah."


...........
Dan Tuhan lebih mengetahui.
...........


KATA-KATA HIKMAT
"Win as if you were used to, lose as if you enjoyed it for a change."- Ralph Waldo Emerson

“Courage is as often the outcome of despair as of hope; in the one case we have nothing to lose, in the other, everything to gain”- Diane de Pointiers quotes

"Kalahkan diri sendiri dahulu sebelum mengalahkan orang lain." - Tok Rimau

105 BIKE CULTURE YALA

Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...