Isnin, November 16, 2009

TUGASAN UNTUK HARI INI


dirty little MINI
Originally uploaded by sevenworlds16.

Panas sekejap-sekejap sahaja. Habuk lebih senang lekat atas kereta. Orang nak basuh pun tak berbaloi kerana musim hujan makin menjadi-jadi. Panas sekejap-sekejap sahaja. Habuk lebih senang lekat atas kereta.

Apa ni? Menulis dalam gaya loop.

Tugas anda hari ini adalah:
Gunakan jari dan tulis perkataan comel atas kereta kawan anda, Pilih satu:-
a) "Basuh saya doh."
b) "Biar kereta kotor, Hati jangan."
c) "Tuan kereta jimat air."
d) "Baru pulang dari perang"
e) "tokrimau.blogspot.com"
f) "4 Good Time, call 1-600-2349876"
g) "tak bayar installment 3 bulan"

Jangan tulis: "Sarkas sudah jinak." Itu dah ada "kawan baik" tulis atas kereta aku. Masa untuk dendam.

Jumaat, November 13, 2009

OLD BOYS



Bila kau dah baya aku, kat kenduri kahwin dah tak rewang-rewang lagi. Lepak je. Sekejap-sekejap nanti orang hantar bahulu, kerepek dan refill kopi. Sambil-sambil tu layan gudang garam on the house. Layan la wak-wak ngombrol.

"Kalau kau pergi pasar, kau tak boleh beli pisang sebarangan. Pisang keling, keling punya. Pisang raja, raja punya, Pisang tanduk, kerbau punya," ngomong Pak Long.

"Pisang apa yang kita punya?"

"Pisang awak, awak punya la. Ha! Ha! Ha!"

Terkena aku. Nak balas tak boleh sebab aku wak yang paling muda. Tak sopan nanti lawan orang-orang tua. Aku diam je. Sedut hela gudang garam panjang-panjang. Biar paru-paru penuh.

SENARAI SEMAK



Esok gua nak gi Melaka untuk cipta sejarah di bandaraya bersejarah tu. Gua nak buat show kat Barcamp Melaka. Gua akan kembara dengan Syed Syahrul dari Sireh Cengkih. Dia pun perform juga. Tidur tak tahu kat mana lagi. Selagi ada langit sebagai bumbung, bumi sebagai lantai, kami okay-okay sahaja.

Ini senarai barang gua bawak:

1. Handycam + DV Tape + Tripod. Ingat nak buat road movie satu.
2. Laptop + DVD Kiri + DVD The making + PPT presentation
3. Sleeping bag. Badan gua dengan simen memang tak serasi.
4. Jeans yang beli kat bundle + Tee yang ada statement. Kami rockstar Jay Bee. Kena jaga imej.
5. Sepasang persalinan spare. Just in case. Spender 3 helai.
6. Berus  gigi + ubat gigi, bedak baby jonson. Kulit gua cam baby. Kena jaga.
7. Poket penuh doa.

Okay. Cukup kot.

p.s.
Apasal penulisan gua berbaur gaya Pipiyapong ni? Pengaruh rakan sebaya kot.

Khamis, November 12, 2009

TERLAJAK KATA

Selalu kita dengar pengerusi majlis berkata, "Kita jemput tuan guru besar untuk menyampaikan sepatah dua kata." Bagus sangat la tu. Pepatah orang Russia ada berkata, "Tali yang yang berguna adalah tali yang panjang, kata-kata yang berguna pula, kata-kata yang pendek."

Di sebuah sekolah, di hari penyampaian hadiah, seorang guru besar mula berucap, "Izinkan saya berucap panjang..." Terus aku angkat kaki.

Isnin, November 09, 2009

SONATA MUSIM HUJAN



ACT 1

Ext. Luar stadium.
Kereta bersusun-susun. Manusia bergerak menuju stadium. Ada yang berbaju kuning. Dan ada yang berbaju merah. Tapi lebih ramai berjersey merah.

Ext. Luar pintu stadium.
Tiga orang penyokong pasukan merah sedang berbincang. Peminat fanatik dengan muka bercat merah.
Penyokong Merah 1: Tak boleh masuk. Habih. Takde tiket.
Penyokong Merah 2: Kita rempuh je.
Penyokong Merah 1: Mampuh kena pukul FRU nanti.

Tiba-tiba suara dari tepi.
Jinggo: Awang-awang semua ada masalah?

Penyokong Merah melihat ke tepi. Jinggo berdiri bebaju biru. Dengan jaket hitam.

Penyokong Merah 1: Mu sapo?
Jinggo: Sabar. Gua ada tiket. RM100? Mahu?
Penyokong Merah 3: Fuh! Jual tiket gelap. Nate mu. Patut tiket habih.
Jinggo: Mahu tak mahu? Game nak mula tu.

Kumpulan Penyokong Merah pegun tidak boleh buat keputusan. Jinggo mula bergerak meninggalkan mereka.

Penyokong Merah 1: Nanti. Ambo amik. (Mengeluarkan dompet)


ACT 2
Ext. Kawasan letak kereta.
Gelap. Rintik-rintik hujan mula gugur. Kedengaran gendang-gendang sorak di latar datang dari stadium. Jinggo berlari dengan meletak buku sajak Salon Eksotikata atas kepala. Dia berkira-kira untuk berlari ke arah keretanya di padang letak kereta.

Jinggo: Sial!

Kereta Kancil Jinggo terkepung dengan kereta penyokong-penyokong yang double park. Hujan semakin lebat. Jinggo berkira-kira mahu lari berteduh di stadium.

Honk! Honk!

Sebuah kereta Proton Saga berwarna merah memberi hon. Lampu flash sekali. Pemandunya memberi isyarat untuk Jinggo masuk. Dia masuk.

INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Pemandu wanita. Kurus macam model. Hitam manis orangnya. Memakai jersey pasukan Merah.

Safiah: Teduh dulu sini. Bukan boleh ke mana pun. Duduk sahaja dalam kereta. Temankan I.
Jinggo: Apasal tak masuk stadium?
Safiah: Hujan. Demam nanti. Lagipun mekap I luntur nanti.
Jinggo: Oh.
Safiah: You?
Jinggo: Masa Dunhill taja permainan tengok la. Kemudian, bila terbongkar judi juga taja permainan dah tak minat bola. Jual tiket je.
Safiah: Itu salah dari sisi undang-undang.
Jinggo: Dalam industri bola Malaysia ni, lagi banyak kesalahan besar yang mereka lakukan. Jual tiket ni kecil-kecilan je. Nak hidup.

Hujan semakin lebat. Hampir tidak nampak apa-apa atas kaca  windscreen. Safiah meminta lihat buku di tangan Jinggo.

Safiah: Salon Eksotikata.
Jingga: Buku sajak.
Safiah: Bagus ke?

Safiah mencapai buku dari tangan Jinggo.

Jinggo: Biasa-biasa sahaja.

Safiah membuka buku. Lantas dia membaca satu sajak.

Safiah: andai runtuh pagar ilusi/ dan kuluah segala isi/ apa pula jawabmu nanti?/ kita sehati?/ atau aku bertepuk sendiri?/

Safiah berhenti. Dia merenung mata Jinggo. Jinggo pun membalas renungan. Bayangan air yang mengalir di kaca kereta jatuh atas wajah mereka. Jinggo tersenyum.

Ext. Tempat letak kereta. Hujan melebat.
Kereta-kereta bersusun. Voice over suara watak sedang bersajak.

Safiah: Lust oleh yang mimi morticia.  Di malam malam dingin sebelumnya, sama seperti malam ini- ingatan tentang bibirmu di situ...
Jinggo:...tanganku ditengkuk mu
Safiah: ... tahi lalat mu yang di sebelah kiri itu
Jinggo: ...parut kecil di ubun ubun mu...
Safiah:... dan

Sorak sorai dari stadium menenggelamkan kata-kata mereka.

ACT 3
Ext. Lecak air. Rintik-rintik air atas lecak. Hujan gerimis atas cahaya lampu. awan hitam berarak. sipi-sipi wajah bulan terang di langit. Titik-titik air atas body kereta. Bendera yang lencun.

Ext. Peminat Merah 1, 2 dan 3 bergerak di celah-celah kereta. Mereka basah. Muka marah. Muka hampa. Muka macam sial.
Penyokong Merah 1: Kalau ambo tahu. Ambo tokse datang.
Penyokong Merah 2: Baik gi tengok wayang.
Penyokong Merah 3: Buat perabih pitih je.

Mereka berhenti di depan proton Saga merah.

INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Jinggo melihat kelibat lembaga berbaju merah di kaca tingkap. Dia menoleh sebelah kiri,  juga ada kelibat lembaga berbaju merah. Dia melihat muka Safiah. Muka Safiah cemas. Sebelah kiri dan kanan ada orang menjenguk ke dalam. Penyokong merah 1 mengetuk kaca tingkap dari luar. 

Safiah: Boyfriend I.
Jinggo: ...



Fade to black. End Credit.

Rabu, November 04, 2009

THE MAKING OF MASKARA SHORTIES 2


Rajah 1: Azzam (Topi Baseball) dan Naga (Topi Sami) sedang memagar kolam ikan air tawar di laman Rumah Pena agar tidak ada pengunjung yang mati lemas.

Sesampainya di Rumah Pena pada petang itu, semua Sol-jah mendongak ke langit. Bakal hujan ni. Semua Sol-jah kata kalau kita lambung spender ke atas bumbung, kita boleh alih mendung di langit ke lokasi lain. Mungkin ke Seremban. Tetapi tak seorang pun mahu tanggal spender mereka. Kata-kata tinggal kata-kata.



Rajah 2: Spyz menunjukkan kemahiran menyapu walaupun kat rumah sendiri dia agak malas.

Lepas Asar, Sol-jah mula menyusun kerusi di laman Rumah Pena. 30 minit kemudian rintik-rintik hujan dipanggil graviti. Kelam kabut Sol-jah bawa semula kerusi untuk berteduh. Bila kaki langit mula menguning dan menjingga, hujan pun berhenti. Sol-jah susun semula kerusi di laman. Tetapi kepala masih lagi mendongak ke langit. Awan kelabu masih berarak.


Rajah 3: Kawan-kawan yang kita suka menjampi tanah dengan tempurung kelapa sebelum memacak speakers.


Pengunjung mula sampai. 8.00 malam hujan lagi. Sol-jah buat andaian, hujan-hujan ni tidak ramai orang datang. Kalau kita buat kat dalam Pena pun mesti muat. Segera kami memindahkan peralatan ke dalam. Beberapa Sol-jah lain menyelamatkan kerusi lagi.


Rajah 4: Jigo dan Naga sedang membancuh susu untuk Dian sambil membuat pertukangan tangan.

Di dalam Rumah Pena, acara pun bermula. Rumah semakin lama semakin sendat. Bila aku keluar, baru perasan ada ramai lagi pengunjung kat luar rumah. Ada yang terjenguk-jenguk dari jendela rumah. Memang rugilah datang kalau tak dapat masuk.

Usai putar 5 filem, hujan pun teduh. Kami pindah keluar. Kerusi disusun semula. Itulah je kerjanya. Masuk keluar. Susun kerusi.



Rajah 5: Naga dan kawan-kawan menunggu hujan teduh. Esok tidak menoreh.

Sambung tayang filem lagi. Hujan renyai-renyai turun menguji kesabaran lagi. Ikutkan hati nak pindah masuk dalam semula. Peralatan letrik dan air memang tidak bersahabat tetapi melihatkan penonton duduk dalam hujan tak berganjak, rasa segan pula. The show must go on. Cover peralatan dengan plastik. Teruskan tayangan.


Rajah 6: Amir Muhammad, Ajami dan Rafidah 3R melancarkan buku filem Estet dan Pisau Cukur. Maaf, gambar kabur, kamera henpon orang miskin je ni.

Rasa-rasanya jam 10 malam baru hujan berhenti betul. Alaaa hujan air. Apa nak kesah kan, belum hujan api lagi. Terimakasih kerana sokongan.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perspektif lain tentang Maskara Shorties: Ulasan Maskara Shorties

Isnin, November 02, 2009

TAK LAKU




Rima: You tak percaya ke I dah ada boyfriend?
Ajan: Percaya.
Rima: You ingat I tak laku sangat.

Selama 60 saat suasana sarat dengan sepi.

Ajan: Rima.
Rima: Ya?
Ajan: You dah makan obat?
Rima: Jahattttt!

Khamis, Oktober 29, 2009

PEMBURU BUAYA DARAT


Sinopsis: Mengisahkan seorang pengembara masa merentas dari 2109 ke 2009 untuk membuat kajian tentang buaya darat. Tanpa disedari, bahaya sedang menanti Sang Pemburu. Jeng jeng jeng.

Durasi: 10 minit


Poster oleh HakimHH.Com
Melibas di Maskara Shorties, Rumah Pena. Kuala Lumpur. Oktober 31, 2009.

Selasa, Oktober 27, 2009

KUNCI SPARE




Malam masih muda walaupun embun jantan sudah turun. Asmawi bagun dari meja kopi dan meninggalkan kami.

"Nak kemana tu Asmawi?"
"Gua nak balik."
"Malam masih muda ni."
"Nanti bini gua mangga pintu, naya gua tidur luar."
"Lain kali buat la spare key."
"Memang pernah ada spare key tapi bini gua ada spare mangga."
"Ha! Ha! Ha!"

Kami redho. Dalam hati kami tahu, Asmawi cuma bagi alasan sahaja itu. Setiap malam Jumaat dia memang balik awal.

GUA NAIK MESIN MASA UNTUK CARI LAGU PATAH HATI YANG RARE


Ahad, Oktober 25, 2009

Jumaat, Oktober 23, 2009

ANAK SAPA KAT ANGSANA NI?


Selamba je budak ni baring kat lantai Komplek Angsana.

PROJEK KAYU


 
 
 

Isnin, Oktober 19, 2009

Jumaat, Oktober 16, 2009

LANUN ENTRI BLOG



Tengok entri Uncle Botak (3 Oktober 2009) dan bandingkan dengan Aku Yang Hitam (3 oktober 2009). Kurang ajar punya budak, kalau copy paste satu hal la, ini nak tunjuk daya kreativiti bagi sentuhan konon-konon sendiri punya masterpiece. Bukan ambil satu entri sahaja, bila gua bongkar arkib, banyak lagi entri gua dan orang lain telah "di beri nafas baru." Lahanat!

Mana dia nak lari, Internet ni sekangkang kera je. Kalau gua dapat budak ni, gua seligi sampai bersepai gigi.

p.s.
Sekitar 8.20am hari ini Kid79 kelam kabut padam blog dia. Gua hilang seorang pembaca setia. Nak nangis ke nak ketawa ni? Tapi kalau lu Google nama dia dan tekan cached, masih dapat baca.

Rabu, Oktober 14, 2009

BLOCKED, REMOVED, DELETED



Di lot tempat kereta itu cuma ada dua kereta. Sebuah Mini Cooper berwarna merah dan sebuah Land Rover Defender warna hijau pekat. Tiada orang dalam Land Rover. Kedua-duanya, Fridae dan Nur Sundae dalam kereta yang lagi satu. Fridae memandang kepada Nur Sundae. Masing-masing dengan Black Berry dan I-Phone.

"I dah block, remove dan delete you."
"I pun."

Fridae keluar dan berjalan menuju ke keretanya.

"Fridae."
Fridae menoleh.
"Ya?"
"Any last words?"
"Yes. I love you."
Nur Sundae membalas dengan senyuman yang terpaksa. Mana mungkin senyum dalam keadaan jiwa penuh sebak dan kesedihan. Dia pun menghidupkan keretanya. Lalu memecut laju. Sangat laju. Sepertinya laju seorang wanita sedang emosi.

Fridae? Fridae masih berdiri di tempat letak kereta dengan puing-puing asap dan habuk mula bertenang.

Dan esok adalah Saturday. Saturday yang kosong.

Isnin, Oktober 12, 2009

GUA SUKA BAJU ROBOT

Ini gua nak jawab meme tanya, apakah 3 tee kesukaan anda?


1. Robot mabuk cinta yang menculik wanita yang dikasihi.


2. Robot yang gembira kerana berkawan dengan seekor burung.


3. Robot yang sedih kerana kematian burung.

Gua memang suka baju cetak robot. Robot yang ada perasaan. Sekarang lu tahu nak bagi gua apa untuk sambut harijadi gua.

Gua tag lu pulak: Apakah 3 tee kesukaan lu?

Rabu, Oktober 07, 2009

TEASER TRAILER PEMBURU BUAYA DARAT

Teaser ini menunjukkan babak-babak yang dipotong keluar dari final cut Pemburu Buaya Darat, sebuah karya Tok Rimau. Pada masa hadapan cinta telah pupus maka seorang saintis merentas masa untuk membuat dokumentari tentang cinta. Tanpa disedari dia sedang sendiri diancam. Filem Peburu Buaya Darat akan melibas di panggung-panggung indie sekitar bima sakti.

Screenings:
Layar Gerila: 8.30 mlm 11 Okt. 2009. DSI, UTM Skudai. Masuk Percuma.
Maskara Shorties: 8.30 mlm 31 Okt. 2009. Rumah Pena. Kuala Lumpur. Masuk Percuma

Selasa, Oktober 06, 2009

GAMBAR RAYA




Anak sedara gua jumpa cikgu kaunseling dan kerjaya.

"My uncle is so damn cool. I wanna be like him but it's kinda hard to keep up with him."

Sabtu, Oktober 03, 2009

UNCLE BOTAK




"Atokkkkkk! Uncle botak datang," jerit budak depan rumah Pak Long. Pak Long pun keluar dari rumah untuk menyambut aku.

Aku keluar dari kereta dan bersalam dengan Pak Long.

"Apa la cucu Pak Long. Sedap mulut dia je panggil saya Uncle Botak."
"Engkau tak botak ke?"
"Botak."
"Dah tu?"
Cheh! Pak Long kalau mengenakan aku memang terbaik.
Pak Long tepuk bahu aku sambil berkata, "jangan la sensitif sangat."

[Letak transition fade through black bagi menunjukkan masa berlalu di sini]

Pak Long hantar aku ke kereta.
"Ayah kau sihat?"
"Sihat, Pak Long."
"Kirim salam sama dia."
"Nanti saya sampaikan kepada dia, Pak Long buncit bini hitam kirim salam."
"Sedap mulut je kata aku buncit bini hitam."
"Pak Long tak buncit dah? Mak Long tak hitam dah?
"Balas dendam la tu."
"Jangan la sensitif sangat Pak Long. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin."

Aku hulur tangan untuk bersalam dengan muka tersengih-sengih puas.

Khamis, Oktober 01, 2009

SLICK LADY JACKET FOR SALE

Sayangku,
Aku dengan rasminya membuka butik online untuk lelong prop dan wardrobe filem. Keji ke? Tidaklah. Aku bukan mencuri dan aku bukan minta sedekah. Silalah tengok barang dalam Butik Cakarama. Buat masa ni ada satu baju je. Bisnes kecil-kecilan.
Mat, sesuai ek baju ni untuk hadiahkan kepada awek lu. Buktikan kasih sayang mu. Minah, merengek la dengan boifren you. Minta belikan. :-)

...

Pakaian dari filem pendek Pemburu Buaya Darat untuk dilelong.
Brand: Neutralization | Size: 2 | Cotton: 97% | Polyurethane: 3% | Made in Japan | Pre-owned
Adjustable wasteline with hooks, long sleeves with hook cuffs, collar, button front, flap pockets, double breasted, underarm pores.
Bidding starts at RM50. Bid by stating your price and e-mail (Eg: tokrimau at gmaildotcom) in the Comment Section (Gigitan Mesra).
The winner will be contacted.
Sesuai untuk wanita yang aktif dan bergaya dalam pejabat/kuliah/kapal angkasa yang berhawa dingin. Stunning actress, time machine and magic lasso not included.





Rabu, September 30, 2009

RECYCLE A BICYCLE

DSCN0790.JPG

Basikal kuning Sarahmon sudah kecil. Mmm... Sarahmon yang sudah besar sebenarnya. Bila dia kayuh, lutut dia sangkut di handle. Sudah dua tahun basikal itu mengarat di dinding. Dua-dua tayarnya pun dah pancit.

Datang sekumpulan kanak-kanak beraya. Salah seorang itu datang dengan basikal bercat hitam. Cat sendiri. Pandai budak ni bela basikal. Aku pun tanya, "adik nak basikal?"

"Tidak mahu. Saya dah ada, tapi adik saya nak."
....

Semalam sekumpulan ibu-ibu datang bertandang. Maklum la hari raya. Rupanya ibu kepada budak yang dapat basikal itu. Justeru, dia bercerita tentang kasih sayangnya anaknya kepada basikal buruk itu. Basikal itu sekarang dah dibela elok. Tayarnya pun dah kembong. Dah jauh pun budak itu mengayuh.

...

Petang-petang, aku nampak budak itu wheelie basikal. Basikal itu gembira sekarang dapat tuan yang bawa dia berjalan dan bermain.

Selasa, September 29, 2009

SALUN EKSOTIKATA - Baby baru Sindiket Sol-Jah

Image Hosted by ImageShack.us

Seperti selalu-selalu, buku selonggok sajak Salun Eksotikata ini dicetak dalam jumlah yang sedikit. Makanya, sila beli naskhah anda dengan segera! Hubungi sindiketsoljah at gmail dot com dan katakan “NAK BELI SALUN EKSOTIKATA, JOHN! [Ya, kami dah hired eksekutif perniagaan kami yang baharu. Nama dia John.]

Atau anda boleh juga beli dengan penulis-penulis kesayangan anda -

Yang Mimi Morticia, Hafiz Hamzah, Iputempe, Elle H. Afandi, Amaluddin Zhafir, Imran Abdul Jabar, Danielle Corleone, Le Disordre, Ili Syazwani, Waterlily, Wahyudi MY, Abu aka D.A.R.A, Alina Abdullah

Details: Facebook Event Salun Eksotikata.

p.s.
Aku ada hantar puisi cinta untuk buku ni. Tak tau la, masuk ke idak.

Rabu, September 23, 2009

SEPUPU AKU BERNIAGA



Teruja benar untuk sampai ke Parit Mahang, Senggarang. Hari raya pertama lagi aku dah memandu ke sana. Teringin sekali jumpa Jamal, sepupu aku. Kata Pak Long, Jamal sekarang sudah bisnes drum. Perghhh! Macam Abdul Wahub Ismet Ulam Raja. Dia pun niaga alat muzik.

Sesampainya, di rumah Jamal, aku lihat ada satu gudang papan besar sebelah rumahnya. Atas dinding gudang itu ada papan tanda niaga, "Jamal Deram" dan gambar kuih deram. Cheh! Pak Long ni, kenakan aku lagi.

Sabtu, September 19, 2009

JALAN-JALAN CUCI MATA



Fasa satu Senai-Desaru Expressway (E22) sudah dirasmikan pada 10 Sept. 2009. Fasa satu menghubungkan Senai-Ulu Tiram-Cahaya Baru-Pasir Gudang (50Km). Dengan kelajuan 110km, Senai-Pasir Gudang (23 minit).

Memilih lorong tol mana nak masuk macam berjudi nasib. Macam loteri. Kalau bertuah, awek yang jaga satu pondok tol Ulu Tiram gila cun. Murah senyum pula tu. Sungguh!

Tapi ingat abang oiiii, judi itu haram.

Lawatan sambil Belajar
SENAI DESARU EXPRESSWAY

Khamis, September 17, 2009

SERIBU SATU MALAM


Malam itu bukan malam 10 terakhir Ramadhan. Tidak mungkin itu malam Lailatulqada.

Aku pulang dari berfoya-foya bersama kawan-kawan yang aku suka. Dari ibu negeri Malaysia menuju ke bandar diraja Selangor. Jarum jam sudah menunjukkan angka 3. 3 pagi. Masa berfoya-foya tadi lupa solat. Apa nak jadi entah. Maka aku pun ambil keputusan singgah di R&R Awan Besar untuk Isyak.

Ada beberapa orang lain sedang solat. Musafir barangkali. Aku pun tidak ambil pot sangat, teruslah tunaikan kewajiban.

Usai solat, aku pun nak keluar. Aku perasan ada satu pintu menuju ke satu ruang di bahagian belakang surau. Terang ruangnya. Terperanjat aku bila melihat orang-orang dalam ruang itu solat membelakangkan kiblat. Apa nak jadi ni? Aku pun menghampiri. Tiba-tiba, aku lihat seorang manusia yang sebiji macam aku. Tingginya. Parasnya. Gaya dirinya.

Pap! Aku tepuk dahi. Orang itu pun buat benda yang sama. Cheh! Mana punya penghias dalaman la yang dah letak cermin sebesar pintu kat belakang surau ni. Buat orang kaget sahaja.

Malam itu bukan malam 10 terakhir Ramadhan. Tidak mungkin itu malam Lailatulqada.

Rabu, September 16, 2009

MENGENAL DIRI


Aku kata dengan cikgu aku, aku bercita-cita mahu jadi pilot atau pelukis komik. Tetapi aku tidak pernah hantar lukisan aku kepada mana-mana penerbit. Aku buat suka-suka je.

Lukisan pertama yang dipuji orang adalah ketika aku darjah dua. Aku lukis pokok dengan ranting-ranting tanpa daun depan rumah aku. Aku tidak ingat siapa yang puji tetapi dia macam tidak percaya aku yang lukis pokok itu.

Masa kecil dulu aku gemar meniarap sambil melukis. Jika aku lukis kereta kebal dan jet pejuang, mulut aku juga mengeluarkan kesan bunyi. Dush! Dush! Kaboom!

Setiap kali cuti hujung tahun, aku akan gunting buang helaian-helaian dari buku latihan sekolah yang sudah tertulis. Baki halaman yang belum tertulis akan aku lukis komik. Komik itu aku seorang sahaja yang baca. Cuma sekali, adik aku bosan-bosan dan dia pun baca komik aku. Dia ketawa-ketawa.

Ketika remaja aku gemar menulis surat. Biasanya rakan pena aku adalah alamat-alamat yang aku kutip dari surat pembaca kepada majalah Gila-gila. Purata 3-4 pucuk seminggu. Kadang-kadang, surat pun tak macam surat. Cerita harian aku yang aku lukis dalam bentuk komik. Dapat la dua-tiga awek dengan cara ini. Hi! Hi! Hi!

Aku kira blogging dan bikin filem ini adalah evolusi dari tabiat lama aku bercerita dalam komik dan surat. Ya, aku tidak fikir akan kaya kerananya. Aku buat suka-suka je.

HENDAK GUGUR, GUGURLAH NANGKA



Aku dah cukup sengsara tetapi kenapa aku masih tidak pandai bikin sajak.

Gelisah aku gelisah. Aku nak telefon dia, aku tidak ada nombornya. Aku nak hantar e-mel, aku tiada alamatnya. Aku nak tinggalkan komen di status EFFBIE, aku bukan friend dia. Biar sahaja begini. Biar keinginnan ini terpasung. A poet needs needs pain and suffering.

Betullah kata orang tua, kalau berkasih jangan hadiahkan baju, kain dan stokin.

Aku dah cukup sengsara tetapi kenapa aku masih tidak pandai bikin sajak.

~Nota untuk sebuah skrip filem tanpa tajuk.

Selasa, September 15, 2009

CINTA TANPA DESTINASI


Semuanya mula dengan sebatang pensil patah. Entah apa simboliknya imej ini, aku pun tak tahu. Aku ada konsep tapi belum ada cerita.

Aku nak buat cerita cinta yang juga sebuah road movie. Cerita cinta tanpa destinasi. Ada babak trafik jem. Babak sesat. Babak isi minyak. Bab servis kereta. Babak tukar kereta. Babak tukar giliran memandu. Macam trafik hari-hari. Semua biasa-biasa je, tiada cliche rempit. Aku nak bila audien memandu pulang dari menonton, mereka akan ingat cerita aku.

Mungkin yang perempuan akan berkata kepada lelaki, "ini (berkereta berdua) lebih bagus dari menonton wayang (cerita aku)."

Aku nak heroin tu tak cantik macam cantik-cantik biasa. Aku nak dia cantik personaliti. Cantik hati. Cantik dalaman. cantik yang hanya boleh rasa dengan jiwa tapi tak boleh sentuh secara fizikal. Huh! Susah gila nak cari bakat. Tapi itulah kehendak sang sutradara.

Sepanjang cerita, couple tu berbual kemudian diam. Mostly, sembang tentang apa yang mereka lihat sepanjang perjalanan. Berbual lagi, kemudian diam. Tapi mereka tidak pernah gaduh. Sweet kan?

Heronya pula aku nak seorang anti-hero. Tidak sempurna.  Muka tak siap. Perangai pun tak mithali. Sinikal tapi budiman. Sepanjang jalan asyik kutuk orang itu, orang ini. Yang paling dia suka kutuk adalah kerajaan. Bukan semua orang pun begitu kan?

Tapi dia tak pernah kutuk orang sebelah dia.

"Sampai bila mesti begini?"  Begini itu maksudnya tanpa destinasi.

Mmm.. aku sudah ada watak. Aku dah ada setting. Konflik aku tidak ada. Setiap cerita perlu konflik. Aku tak ada konflik lagi. Bukan senang jadi tukang cerita.

Babak ending dia. Ada dua buah kereta atas lebuhraya. Kemudian, satu belok ke kiri dan satu lagi belok ke kanan. Mata hero akan ekori kereta lagi satu itu sehingga ia hilang dari pandangan.

Isnin, September 14, 2009

KU PETIK BINTANG-BINTANG


DSCN0767.JPG Originally uploaded by Jali.

Pergola with poly shading at the driveway complete. 90% of the paint job done. I added 6 star lanterns bought at Likedeco.com. More photos at Flickr. :-)

KU PETIK BINTANG-BINTANG (KENNY RENNY MARTIN)

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

Jumaat, September 11, 2009

PRA-TONTON

Buaya Darat sedang berjemur.


"Ini filem kau yang terbaik," komen Vovin. Aku yang minta dia komen masa sesi pra-tonton. Aku bagi kawan-kawan (Vovin, Stradust dan Faz) tengok first cut filem pendek Pemburu Buaya Darat semasa berada di Kuala Lumpur, ibu negeri Malaysia.

Orang kata, kalau belajar tanpa guru, itu belajar dengan syaitan. Siapa punya fatwa, aku pun tidak tahu. Zaman sekarang ni, kadang-kadang kita tidak mampu berguru kerana guru caj mahal sangat.

Ada tidak ada, belajar la dari pengalaman. Banyak sutradara memberi nasihat, cara terbaik untuk belajar bikin filem adalah dengan bikin filem. Tidak dapat tidak, mesti ada kesilapan. Yang penting belajar dari kesilapan itu. Bila jumpa dengan kawan-kawan dengan minat yang sama, tukar-tukar fikiran. Belajar dari kesilapan dan pengalaman mereka.

Walaupun Vovin kata ini filem aku yang terbaik, tidaklah boleh bangga sangat. Campur Pemburu Buaya Darat, aku cuma pernah direct dua filem. Dan kepada yang asyik cakap nak bikin filem tapi tak bikin-bikin, aku nasihatkan buat la segera. Aku pasti filem pertama itu akan jadi filem terbaik (kalau kalian ada satu filem je).

Khamis, September 10, 2009

KECANTIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN

Untuk gambar rajah 1 ( Pipiyapong ) dan 2 ( Mail ) , jurumekap sedaya upaya mencantikkan artis. Biar muda dan segar.

Untuk gambar rajah 3, jurumekap sedaya upaya menghodohkan artis. Biar tua dan kerepot. Inilah pengorbanan seorang seniman.

Isnin, September 07, 2009

HANGUS

Baru pulang dari KL. Trip kali ni macam masuk sekolah filem. Banyak yang aku pelajari dari:

Deansham, Shiro, Sameer, Pipi, Mail, Anip, Faz, An, Vovin, Razaisyam dan Rozinor.

Sesi kongsi pengalaman kami macam terasa macam berada di cafe sebuah sekolah filem. Rasa macam bagus.

Sebelum pulang, kami sempat berbuka puasa dengan master film maker. Dia belanja. Dalam dua jam duduk dengan dia kepala mula ting tong. Perghhhh! Ilmu dia punya la banyak, tak muat nak masuk kepala aku. Aku tidak boleh cerita di sini sebab ilmu itu tinggi sangat. Rasa macam kerdil sangat.

Tapi aku ingin memetik kata-katanya tentang mencari  lokasi filem sebagai penutup entri ini.
"I have paid my dues. Katakan mana ceruk nusantara yang aku belum pergi. Aku susur sungai-sungai di Kalimantan. Lepak dengan dayak telinga sampai pinggang. Aku jumpa buaya kuning. Aku jumpa beruk sebesar engkau (tunjuk ke arah Shiro)."

Khamis, September 03, 2009

PEMBURU BUAYA DARAT

Sinopsis: Mengisahkan seorang pengembara masa merentas dari 2109 ke 2009 untuk membuat kajian tentang buaya darat. Tanpa disedari, bahaya sedang menunggu dia. Jeng jeng jeng.

Pengarah: Tok Rimau
Durasi: 10 minit


Kalau Johor Bahru masih ada panggung Rex dan Lido, pasti aku tayangkan cerita ini di sana. Tetapi sekarang yang ada cuma lantai konkrit dan tiang-tiang dengan cerucuk besi menjulur. They paved paradise and put up a parkin' lot.

Maka kita tunggu Maskara Shorties, Rumah Pena Oktober 3 nanti.

Foto dan poster oleh HakimHH.Com

105 BIKE CULTURE YALA

Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...