Rabu, Mac 28, 2012

MASKARA MAKWE2 31 MAC



Also available in limited release:

Edisi Kedua PAUS GAGAL zine


Semboyan Zine

Isnin, Mac 26, 2012

PEMBEDAHAN KECIL DIY

Dah makan bellum? Kalau baru lepas makan tanguh baca blog ini kerana boleh buat kau muntah.

Hari ini mari kita belajar membedah kuku sendiri apabila terkena cagu. Katakan kau beli kasut yang cantik tetapi kasut itu tidak mesra dengan jari kau. Dan kau kena cagu.

Cagu berlaku apabila ada pendarahan bawah kuku. Simptomnya kuku jadi hitam.

1. Mula-mula guna ketip kuku untuk keluarkan darah.



2. Apabila darah sudah dialirkan keluar, isi dan kuku tidak akrab lagi. Gunakan ketip kuku untuk buang kuku yang tidak melekat dengan kuku. So much for pepatah isi dan kuku.



3. Buang kuku lama yang hodoh. Proses ini mungkin ambil masa berbulan-bulan.



4. Kuku baru akan tumbuh mengantikan yang lama.

5. Jijikkan entri ini. Kalau kau tengok jari kaki model di atas dan fikir saiz kemaluannya, lagi jijik tau.

THE HUNGER GAMES



Aku panggil genre The Hunger Games sebagai genre last man standing.

Ceritanya macam Akademi Fantasia. Peserta bertanding untuk tempat pertama dan saingan disingkirkan. Ada pra-pertandingan program dalam TV. Ada pasca-pertandingan program dalam TV. Tidak cukup dengan itu, ada juga cubaan mengusik-ngusik hal keluarga dan percintaaan untuk menaikkan rating.

Ceritanya macam Survivor (reality tv series). Peserta-peserta buat persengkokolan walaupun hanya akan ada seorang pemenang di akhir game.

Ceritanya macam The Running Man (1987). Arnold Schwarzenegger terpaksa masuk satu game tv di mana dia dikejar oleh beberapa pembunuh yang stailo hardcore ganas.

Ceritanya macam Predator (2010). Andrien Brody dan beberapa kawan-kawan ganas terperangkap dalam ruang game dan dikejar oleh anjing alien. Dalam Predator (1987), Arnold Schwarzenegger camouflage dirinya dengan lumpur; dalam The Hunger Games juga ada babak ini.

Kelainan The Hunger Games cuma dari sudut pendekatan. Pengarah menumpukan kepada emosi lebih, pacuan watak, berbanding dengan aksi, keganasan dan efek CGI. 2 jam 22 minit, dan game sebenar muncul pada minit ke 144. Tersiksa juga menunggu halwa mata. Tapi cerita latar asas watak ini berbaloi kerana ia memperkuatkan separuh kedua cerita.

Pengkritik-pengkritik di Rotten Tomatoes bagi 85%, dan aku jadi teruja mahu menonton. Aku layan tanpa tertidur tapi not my cup of tea kerana aku asyik terfikir filem-filem lain seumpamanya.

Kalau kau macam aku, 2.5 bintang sahaja.

Kalau kau suka Twilight (2008-2011), ini filem untuk kau. Depressing habis.

BTW, kalau kau suka Lady Gaga, kau akan  suka pakaian watak-watak dalam filem ini.




Isnin, Mac 19, 2012

ULASAN FILEM BUNOHAN

Gua makin malas nak menulis. Alangkah baiknya kalau gua cakap, kemudian ada orang rakam.

Plink! Masin mulut gua. Cakap itu doa. Gua cakap je, Syed Syahrul rakam.




Oleh kerana mulut gua ni semakin masin, gua kena hati-hati berkata-kata. Kena cakap yang baik-baik je.

Mmmm...

Alangkah baiknya kalau Nora Danish...
 

Selasa, Mac 13, 2012

TAYANGAN KOPI 3 RASA ARAHAN NAZRI M ANNUAR

ART FOR GRABS - Colourful Assembly
Arts & Craft Bazaar, Launching, Concert, Screening and much more...
March 2012, Sat 24 & Sun 25 | 12 - 8pm
Admission Free!

YELLOW MALAYSIANS HAVE ASSEMBLED. Green Malaysians have assembled. Rainbow Malaysians tried to assemble. And Purple Malaysians are assembling. Where would Malaysia be if colours stayed in the closet? Come celebrate all the different ways colours can assemble at The Annexe Gallery's popular art bazaar cum fringe fest.

Check out our 50 colourful arty crafty booths, including those of Jerome Kugan, Carolyn Joan Lau, Buku Fixi, Bibichun, They, Nizam Abdullah, Distrobuku, I Heart Badges, and also many Art For Grabs virgins. The free booths sponsored by Annexe Gallery for our favourite causes include Gerai Orang Asli, Pawsome animal shelter, Raleigh International, Ecopalooza, Tanma Federation (of Burmese refugee women groups) plus the Gentle Birthing Group up in the loft with an alternative delivery method and philosophy for moms!


Sat 12pm
24 March
KOPI – BUKU FIXI

Pelancaran Buku & 3 Filem Pendek
 
KOPI ialah kumpulan 19 cerpen Fixi yang diilhamkan oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, ada yang pahit, dan sudah pasti ada yang kaw-kaw. Turut akan ditayang ialah 3 filem pendek yang berdasarkan cerpen-cerpen dalam buku ini: Kopi 3 Rasa (cerpen Shaz Johar, arahan Nazri M Annuar) Kopi Percik (cerpen Amal Hamsan, arahan Azizul Hakim) dan Kopi dan Dia (cerpen Syaihan Syafiq, arahan Fikri Jermadi). You're guaranteed to stay awake, because there's free espresso sponsored by Coffex Coffee Malaysia!

Saksikanlah lakonan gua dalam babak adengan ranjang dalam filem KOPI 3 RASA. :-)

Jumaat, Mac 09, 2012

MALANG BERBAU

Sneak Preview:: PAUS GAGAL 2nd EDition Coming soon Jun 2012

  1. Siapa kata malang tidak berbau? Masa aku hiking kat Taman Negara Endau-Rompin aku terpijak tahi orang. Malang itu berbau. 
  2. Dulu aku chemo, Addy sokong dgn botakkan kepala. Bila Addy mula pakai pendakap gigi, aku sokong dgn pakai klip kertas di gigi. Padeli berhenti main besi di gym. Badan dia mula naik. Aku nasihatkan dia agar pakai bra.
  3. Mizah mengarahkan Harris agar tidak kacau dia lagi secara halus. Mizah kata dia berpindah ke kawasan yang tiada signal telefon.
  4. "Orang2 besar ni sama dgn ikan paus, w/pun besar jarang kita nampak," keluh seekor bilis kebanyakan.
  5. Roti telur lebih mahal dari roti kosong. Ghulam pun kata kpd pelanggannya roti kosong habis, tinggal roti telur shj.
  6. "Guru mengorban diri utk anak bangsa. Guru boleh diibaratkan sebagai apa?" "Rokok?"
  7. Pikap line kat #twtupJohor , "Awak @polan kan? Saya peminat awak!" Tengok nametag. "...lihat ni buku yg saya jual."
  8. Dlm dunia ini banyak patut. Patut ini dan patut itu. Patut yg paling patut adalah patut siapkan kerja.
  9. Harris tebalkan bukunya dgn membesarkan font. Kemudian dia letak label "Buku Mesra Mata" di atas kulit.
  10. Awak tak boleh buat rumah atas pokok ni. Ini pokok majlis bandaran.
  11. Walaupun kekasih ku sudah lama pergi, aku masih DM dia goodnight dan goodmorning setiap hari, tidak pernah gagal.
  12. "Aku dah pakai baju band ni. Takkan tak boleh ikut lagi?" rayu Abang Misai. "Baju the Teruna ni."
  13. "Cukup-cukup la bertwitter di opis tu Midah," bisik hati Midah. "Aku nak balik dan bertwitter di rumah pulak."
  14. Tiba-tiba dia tahu apa yang nak dikatakan tapi, tiada yang mahu mendengar. Cuping2 telinga terpotong di atas lantai bukan boleh mendengar.
  15. Din catering tekun menanti kredit namanya keluar di hujung filem. Tiba2, tukang projektor matikan filem dan budak jaga buka pintu panggung.
  16. Dia: Hari ini International Women's Day. Aku: Kena bagi hadiah lagi ke?
ULASAN PAUS GAGAL
"#PausGagal sangat epik. saya ulat buku. saya bagi tok 10/10 :D sangat." @liyanazin

"Saya perlukan kurang dari setengah jam nak habiskan buku tok. now i'm craving for more... :'(." @liyanazin

"I don't know about you but I giggled while reading Paus Gagal by @tokrimau. Kudos!" @YatAbdulGhani

"Cerita kontot dari @tokrimau . Dark comedy + elegance writing dari seorang warga senior," @Razaisyam

" #pausGagal sangat mudah dan seronok utk dibaca... nasib baik sempat beli semalam :) GOGOGO! TokGhimauuuu :P" @mynameisfatilah

"#pausgagal by @tokrimau sangat lawak dan ianya bukan #lawakhambar okay! Tahniah tok!" @yatrehayati

"i didnt buy it actually .my fren bought it n he left it in my bag .so i read it .anyway its funny ..." @zaquanMOHAMAD

"#PausGagal very entertaining, light, relaxed and apt. Looking forward for more!," @hadifahz

Selasa, Mac 06, 2012

TWTUPJOHOR DIPOLITIKKAN



Gua memang ada terlibat sipi-sipi dengan program TwtUpJohor ni. Gua jadi kurator tayangan filem pendek. Sepanjang yang gua tahu, tidak pernah ada cerita pasal kempen tarik pengundi dalam TwtUpJohor ni. Tup-tup keluar dalam surat khabar TwtUp nak tarik undi.WTF!

Kepada gua, tiada objektif politik langsung. TwtUpJohor ni adalah program ramah mesra antara kenalan-kenalan Twitter. Selebihnya selingan hidup. Pengisian masa. Noktah.

Isnin, Mac 05, 2012

ULASAN PAUS GAGAL


Sukacita dimaklum buku Paus Gagal [Koleksi Cerpen Twitter dan Cerita Kontot] habis dijual dalam masa satu hari.

Berikut adalah ulasan-ulasan pembaca mengenainya:



Ulasan-ulasan dari e-mel:

“Saya suka sebab himpunan ni mempunyai segala emosi, sama ada lucu, marah, sedih atau bahagia dan cinta.” @shahzere

“Banyak perkara yang boleh disampaikan walau singkat penulisannya.” @dandelionkuning

“Tiada alasan untuk tidak membaca.” @fikrikacak

"I find the book very amusing to read in any situation." @AlfianMohamed

Video Review oleh seorang penternak cengkerik, @SyedSyahrul:



Sesiapa yang gagal membeli, sila tunggu Edisi Kedua Paus Gagal, akan berenang ke darat pada 1 Jun 2012.

UPDATE
Paus Gagal 2nd Edition Available. RM5 + Shipping Fee. Contact sales agent below:
 
Garam (013-7904006)
Bunga (019-5384071)
gerobok.bukuATgmail.com


Isnin, Februari 27, 2012

FESTIVAL FILEM PENDEK TWTUPJOHOR

Festival Filem Pendek #TWTUPJOHOR

Masa: 3pm - 7pm
Tarikh: 3 Mac 2012
Lokasi: Aras Mezanin, IMIC (Iskandar Malaysia Information Centre), Danga Bay, JB
Tiket: PERCUMA
(Sesiapa ada mixer dan dua speaker besar tolong pinjamkan)

TAYANGAN FILEM PENDEK #TwtUpJOHOR


3.00 Kata Aluan Kurator Anda: Tok Rimau dari Sindiket Sol-jah
3.10 Jelajah Bukit Vol. 1 and 2 (Amirul Izwan & Zulfaiz Zulkini) 30 minit
3.40 Kapal Kertas (Fazleena Hishamuddin | @fazleenaH ) 30 minit
4.10 Bundle of Joy - (Syed Syahrul Zarizi Syed Abdullah | @syedsyahrul ) 20 minit
4.30 Rehat | Intermission (30 minit)
5.00 Pemburu Buaya Darat (Tok Rimau | @tokrimau ) 10 minit
5.10 Skodeng: Kebenaran Yang Nakal (Produksi Enjit Semut | @FasyaliFadzly) 10 minit
5.20 My Perfect Ana (Nazri V @NazriVovinski) 10 minit
5.30 Tikam (Razaisyam Rashid | @Razaisyam ) 10 minit
5.40 Bumbung Aku Lantai Orang (Dean Sham) 30 minit
6.20 Penutup
6.30 Tamat





 .........




Hal-hal Lain #TwtUpJohor 
Follow @twtupjohor on twitter for details 
Date: March 3rd, 2012 
Time: 10 AM - 11 PM 
Venue: IMIC ((Iskandar Malaysia Information Centre), Danga Bay Entrance free 
-Performances / Band
-Indie Book Sales
-Fixie and BMX Freestyle
-Johorean Food Stalls
-PS3 Winning Eleven Challenge
-Traditional Games
-Lucky Draw
-Carboot Sales

Dapatkan buku 
PAUS GAGAL
[Koleksi Cerpen Twitter dan Cerita-Cerita Kontot]

Rabu, Februari 22, 2012

FIKSYEN KILAT 2

"#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh," twit rakan serumah baharunya. Malam itu dia tidak boleh tidur.
""#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh," twit rakan serumah baharunya. Samad pun balas, "#ehSamalah."

Selasa, Februari 21, 2012

FIKSYEN KILAT

Sebaik sahaja keluar dari panggung, Danish bertanya kepada ayahnya, "Werewolf tu najis mughalazah ke?"

Bila kakak marah, dia akan menyendiri sental bilik air. Itu pasal, bila kakak datang rumah saya, saya sering buat dia marah.

"Sapa paling banyak friends FB, kita lantik dia jadi ketua kelas," ujar Cikgu Ghazali.

Isnin, Januari 09, 2012

3 ORANG SATU MOTOR


Inilah gambar gua lepas makan.
Originally uploaded by Jali.

Ini bukan gambar aku. Ini Man Kunang. Man Kunang ni kuat bercerita. Ini salah satu cerita benar yang diceritakan.

.........
Seorang lelaki balik ke kampungnya di pendalaman menunggang motosikal.

Tiba-tiba dia ditahan oleh seorang pakcik. Pakcik itu minta tumpang. Lalu diboncengkan.

Maka mereka pun meneruskan perjalanan.

Kemudian, motosikal itu ditahan lagi. Kali ini oleh seorang budak sekolah. Budak itu minta ditumpangkan.

Selepas berbincang dengan pakcik dan memerhatikan bahawa budak itu bukanlah besar sangat, maka diboncengkanlah budak itu.

Tanpa pengetahuan mereka, ada sekatan jalanraya oleh polis trafik di hadapan menuju jalan masuk kampung.

Maka, polis pun memberi isyarat tangan menahan motosikal itu.

Pemuda itu nampak akan polis tetapi dia tidak berhenti. Dia cuma memberi isyarat tangan sambil menjerit, "Takda ruang dah. Dah penuh."

Motor itu pun lewat lalu. Polis-polis di sekatan jalanraya berdiri pegun terkesima dengan reaksi penunggang motor itu. hi hi hi.

Jumaat, Januari 06, 2012

KOMEDI BERDIRI

Hari itu gua tengok ujibakat Raja Lawak di Angsana Mall. Susah siot. Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Ada satu mamat lumur cat hijau seluruh badan konon-konon dia toyol. Gua tengok macam Hulk kurus sahaja lagaknya. Gua kira-kira ambil masa sejam juga dia nak menghijaukan tubuhnya.

Satu minit sahaja dia sudah disuruh turun.

Bukan dia sahaja begitu, peserta-peserta lain juga begitu.

Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Gua pun batal sahaja niat gua jadi pelawak. Langsung tidak berani mendaftar ujibakat Raja Lawak.

Sebenarnya, sebagai guru, gua tidak perlu takut khalayak lari. Hari-hari gua praktis lawak gua. Murid-murid mahu tidak mahu kena layan dengar gua.

"Please, teacher may I go out."
"Wait til I finish my lecture."

Syukirin dong gua berlatih melawak. Kalau gua membel macam ibu-ibu guru lain gimana sih?!

Eh! Apasal gua tiba-tiba ngomong Indonesia ni?

Ngak dong. Bukan gua pacarin dengan bibik orang sebelah.

Sebenarnya sejak kebelakangan ni gua banyak nonton Youtube gerakan Indonesia Stand Up Comedy Club. Seru banget dong.

Antaranya adalah Raditya Dika, dia penulis blog. Macam gua. Kemudian jadi penulis blook. Macam gua juga. Kemudian dia berlakon. Macam gua juga. Kemudian dia jadi stand up comedian. Macam gua?

Gua pernah la cuba di Rumah Pena acara Maskara. Tapi macam semua aktivitas gua sebelum ni, semuanya kecil-kecilan. Ngak grand. Hangat-hangat tahi ayam. At least gua mencoba. Lu ada coba?

Ya, tanpa banyak soal. Gua persembahkan Raditya Dika, dan lu cuba juga subscribe pada channel standupcomedyindo. Banyak lagi pelawak lain. Ada yang jadi, ada yang ngak.

Wassalam.




Isnin, Januari 02, 2012

RINDU ITU MACAM HANTU

Tiba-tiba aku dapat konsep sebuah puisi bertemakan Rindu itu Macam Hantu.

Ini drafnya.

......

Rindu itu macam hantu
Malam-malam datang menganggu
Seram sekali

Rindu itu selalu mengacau
Buat aku meracau-racau
Geram sekali

Rindu itu mengilai-ngilai
Peluh aku berjurai-jurai

Tersedar dari tidur

Mimpi-mimpi ku hilang


Ku sangka
rindu itu juga menghilang
bersama mimpi-mimpi ku,
rupanya
dia masih bertenggek di hujung ranjang,
dengan mata galak merenung aku.

Johor Bahru, Dis 2011

....

Okay, kasar sekali. rima ke mana meter ke mana. Draf kasar memang begitu. Nanti-nanti aku betulkan lagi.


Kalau ada kalian nak tambah, silakan.

Khamis, Disember 29, 2011

BULI

Feena berbadan besar menghampiri tahap obes, tetapi adiknya Fadlee berbadan kecil menghampiri tahap cicak kobeng. Beza umur mereka 6 tahun. Feena dalam tingkatan satu dan adiknya baru darjah satu.

Bila ibu mereka tidak ada di rumah, Feena sering membuli adiknya.

Semalam Feena mencekak leher adiknya di bawah ketiak. Meronta-ronta Fadlee cuba melepaskan diri tetapi tidak berdaya. Cekak itu kemas dan teguh.

"Lepaskan la kak!" rayu Fadlee.

"Cakap aku cantik dulu," kerah Feena.

"Lepaskan la! Tolong."

"Cakap aku cantik dulu!"

"Ya, ya. Engkau cantik dulu."

Dush! Dush! Dush!

Apabila ibu mereka pulang, Fadlee mengadu, "Akak ni, orang dah buat apa dia suruh pun dia tetap jotos kepala orang."

Selasa, Disember 27, 2011

ACTION MOVIE FX


Gua bikin beberapa video guna Action Movie FX app untuk iPhone. Gua harap akan pecah kotak pejabat mengalahkan Ombak Rindu.


Tajuk: Akibat Berlumba Di Pagi Hari


Tajuk: Akibat Bangun Lewat pagi Hari


Tajuk: Cars


Tajuk: Budak Kecik Ada Power

.........
Thanks to Bad Robot, iPhone and iPad users can now insert themselves into a high-end action special effect. The company behind Lost, Alias, Mission: Impossible – Ghost Protocol and Super 8 has just released a cool, free iPhone app called Action Movie FX that allows users to shoot a short scene on your phone or tablet and then layer in a big explosion, attack or crash just like in a movie. Read more and watch all the effects in action after the jump.
The app, which you can download here, is currently free and comes with two preloaded effects: Missile Attack and Car Smash. For $0.99 you can then download extra effects such as Chopper Down, Tornado, Air Strike and Fire Fight. Watch all of them in action below.

Rabu, Disember 21, 2011

HARIMAU KERTAS




ASICS Origami : This is fantastic. It is simple and honest. Beautiful.

Jumaat, Disember 16, 2011

HANTUK KEPALA



Masa kecil-kecil dulu, masa main kejar-kejar, polis sentry atau galah panjang, selalu sahaja kepala terhantuk.

Entah dari mana mulanya satu tradisi, budak-budak akan hantuk kepala semula setiap kali mereka terhantuk. Two negatives cancel each other, kaedahnya.

Semalam masa main basketball, kawan aku terjatuh masa berebut bola. Kepala dia pula terhantuk testikel pemain lain yang berebut bola dengan dia.

Terbongkok-bongkok budak tu menahan senak.  Kasihan.

Agak-agak, kalau kawan aku hantuk semula kepalanya ke testikel budak tu, boleh hilang tak sakit dia dia?


Jumaat, Disember 09, 2011

PEMASARAN FILEM

Bagaimana mereka menguji penerimaan khalayak terhadap sesuatu filem? Saya tidak tahu di Malaysia, tetapi di Hollywood ada cara ujian tertentu.

Sebelum filem itu dilepaskan ke panggung-panggung, satu tayangan ujian dibuat. Kerusi dalam pawagam dibahagikan kepada empat (quadrants).
1. Lelaki atas 25
2. Lelaki bawah 25
4. Wanita atas 25
5. Wanita bawah 25

Filem yang boleh memuaskan semua quadrants dianggapkan sebuah filem berjaya. Orang yang mencipta sistem ujian ini bernama Joseph Farrel. Beliau baru sahaja mati.

......


I have never posted anything like this. But, I need to keep this piece of news. It's important to me.

9 Dec 2011

Khamis, Disember 08, 2011

ADIDAS COMMANDER LITE

Gua jalan-jalan di JPO (Johor Premium Outlet) pakai kasut And1 bundle. Secara kebetulan betul-betul depan kedai Adidas, tapak kiri dan kanan tercabut. Mmm... tahu-tahu je kaki ni mengecek kasut baru.

Kasut lama gua pun dah haus tapak dan koyak. Dah tiba masanya memanjakan kaki.
Adidas COMMANDER LITE TD. G20817
With a lightweight upper and a feathered outsole to support multi-directional movement, the adidas Commander Lite TD basketball shoe is a winning choice for centers and power forwards focused on fast moves, jump shots, blocking and rebounds. Lightweight arch support enhances surface adaptation and stability.
Harga di Al-Ikhsan Sports Online RM 299.00
Harga di Adidas Johor Premium Outlet RM 134.55
Harga di Amazon US$65 = RM203.48

Rabu, Disember 07, 2011

MIKODI - Draft Copy

Sudah menjadi tradisi tempat kerja saya, setiap kali ada staf pindah, kami akan bikin satu video selamat tinggal. Kali ini giliran Wati.

Isnin, Disember 05, 2011

Festival Dokumentari Malaysia 2011


Hari ni gua dapat email dari wakil FINAS, menjemput gua ke Festival Dokumentari Malaysia 2011. Memang dasar IT kerajaan diamalkan. Paperless.

Apa yang peliknya adalah kad jemputan diberi dalam format .doc (Mircosoft Word).



Diorang nak suruh gua edit ke apa?


Berikut gua panjangkan isi kandungam majlis.


Tayangan Filem Dokumentari
Sempena Festival Dokumentari Malaysia 2011
6 hingga 10 Disember 2011
2.30 petang – 9.30 malam
Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS


Simposium Antarabangsa
10 Disember 2011
9.00 pagi – 6 petang
Conference Hall 3,
Kuala Lumpur Convention Centre

11 & 12 Disember 2011
9.00 pagi – 6 petang
Plenary Theatre,
Kuala Lumpur Convention Centre

Segala soalan tentang majlis, hubungi: 03 – 4104 1385 / 1327 Cik Azura/ En. Ahmad Faizal (kehadiran)

Jika anda berminat untuk dapat dana bikin dokumentari, lawat web ini: Crossing Borders - The Eurasia-Pacific Documentary Training

Khamis, November 24, 2011

MAINAN TIDUR

Hubungan gua dengan iPhone bertambah serius.

Malam tadi gua dapat mimpi buruk. Seorang lelaki telah mencuri iPhone gua.

Gua pun bersedih.

Tiba-tiba alarm 6.00 pagi berbunyi. Gua terjaga dari tidur.

Alarm itu dari iPhone gua.

Gua pun gembira.

Khamis, November 17, 2011

UJIRASA EIGHTLIDO

Klik untuk gambar saiz ekonomi.

Petang semalam gua kosongkan perut sebab Sicksand (JBfoodClub.com) jemput temankan dia buat ujirasa resepi di Eightlido, sebuah restoran barat baharu, baru buka di tepi laut Johor Bahru. Lokasinya di jalan pantai Lido, 100 meter dari Msuite hotel, sebelah Lost Malaya.

8 malam, gua terpacak di restoran tersebut. Perut gua berkeroncong.

Bersama-sama kami ada beberapa orang kuat sosial media Johor Bahru yang akan juga turut serta membuat ujirasa resepi. Kami sembang-sembang sambil makan dalam ruang restoran yang penuh watak sudut hiasan dalamannya.

Kami disajikan dengan menu-menu menarik yang mempunyai nama barat. Khabarnya, Spanish Cuisine.

{The chef will email the menu list. Insert menu here later - Editor}

Sedikit peringatan, ada di antara menu di sini yang dimasak dengan campuran alkohol. Sila tanya chef bila anda buat pesanan.

Oleh kerana ini pertama kali gua makan Spanish Cuisine, maka gua tidak boleh bagi markah sebab tidak tahu nak bandingkan atas piawai apa. Cukuplah gua kata, semua yang dihidangkan habis gua bedal.

Gua balik sampai rumah sekitar jam 12 tengahmalam. Gua terus pergi dapur cari nasi. Perut Jawa memang tidak sah tidak berkencan dengan nasi satu hari.



Isnin, November 14, 2011

BAKAT BOLA KERANJANG


Sedang gua jalan-jalan di Sunway Piramid, sebuah kompleks membeli belah yang bekonsepkan kubur Firaun,  tiba-tiba gua ternampak sebuah kedai mempamerkan jersey putih Team Shohoku nombor 10 milik Hanamichi Sakuragi. Harga RM80. Terus gua sambar tanpa banyak bicara. Gua memang pembeli kurang bijak. Beli ikut hati.

Gua memang minat habis manga Slamdunk (Pembolos Bola Keranjang). Gua ada satu set lengkap komik dia. Gua memang boleh rasa watak utama, Hanamichi Sakuragi, kerana gua pun asal lemah dan kena berlatih asas bola keranjang untuk main sampai tahap sekarang. Itu pun banyak lagi yang gua kena belajar.

Gua tengok ramai dengan bangganya pakai jersey pemain ternama Manchester walaupun main bola pun tidak. Gua tak boleh. Kalau gua pakai jersey Kobe dari Team Lakers atau Jordan dari Team Bulls, gua rasa tidak serasi sebab gua tidak handal macam mereka. Gua tidak layak. Itu bukan gua.



Hanamichi Sakuragi ini lain. Dia berlagak tapi semangat membara sebagai bakat pembolos bola keranjang. Ada sikit macam gua. Ha! Ha! Ha! Gua main dalam gelanggang pun lincah. Asyik menang je. Kawan-kawan panggil gua Sakuragi sekarang. Kalau gua ada rambut, gua dah dye merah. Ha! Ha! Ha!

Seminggu kemudian, gua terjumpa di Internet, jersey Shohoku yang sama dengan harga RM50 sahaja. Tidak guna! Gua terasa tertipu. Gua rugi RM30.

Untuk mengurangkan kerugian, gua sambar jersey Shohoku warna merah pula dari Internet. Kita jumlahkan dua helai jersey itu, RM130. Purata sehelai, RM65. Jadi gua rugi RM15 sahaja.

Bijak tak gua?


Khamis, November 03, 2011

SANDAL BASAH

Aku suka sandal aku kering.

Sampai depan pintu surau, aku tukar sandal. Aku pakai sandal surau dan masuk ke tandas.

Bila aku selesai, aku pun keluar. Aku dapati sandal yang aku tinggalkan depan pintu tadi basah.

Nampaknya ada orang lain menggunakannya untuk masuk ke tandas.

:-(


p.s
Mungkinkah sandal yang aku bawa masuk ke tandas tadi juga milik orang lain?

Isnin, Oktober 31, 2011

TIADA TAJUK

Mesyuarat tergempar Kelab Kelahi Selatan dipanggil malam tadi di Sayed Gym. Empat orang sahaja yang dapat hadir tepat pada waktu. Aku, Nol, Jim dan Iwan.

Agenda utama mesyuarat adalah membebaskan Rejam dari tahanan pihak berkuasa. Berita terakhir yang kami tahu, dia adalah suspek penyimpan barang curi. Mengikut polis pegawai penyiasat, dia akan ditahan 7 hari untuk membantu siasatan.

Beberapa minit kemudian, Amy, rakan nita Rejam datang menyertai kami dalam meja bulat. Kami minta Amy cerita perkembangan terbaru.


Amy gagal menghubungi polis pegawai penyiasat. Amy gagal menemui Rejam. Lawatan tidak dibenarkan.


Nampaknya semua berita negatif.

Sama ada Rejam bersalah atau tidak itu tidak menjadi isu langsung kepada kami. Kepada kami Rejam adalah seorang adik yang rajin berkerja dan jika diajak rewang kenduri, dia pasti datang.

Kalau aku perlu kawan untuk menggali kubur mencari bahan untuk buat minyak dagu, aku pilih Rejam.  Aku kata kalau. Kalau. Jangan serius sangat boleh?

Kami membentangkan beberapa pilihan jalan untuk membebaskan Rejam. Kami tanya, siapa ada kawan polis? Mungkin kawan itu boleh membantu. Siapa ada kawan peguam? Mungkin peguam boleh bagi maklumat selok belok prosedur undang-undang.

Kami kemudiannya membuat beberapa panggilan. Tiada jawapan pasti. Kami agak buntu. Muka masing-masing ketat.

"Tapi ada satu berita positif," celah Amy.
Kami semua menanti berita positif itu dengan penuh debar.

"Kakak I ada kenal satu makcik di Pontian."

Siapakah makcik ini? Adakah dia polis? Peguam? Majistret? Yang berhormat?

"Makcik ni pandai mengubat. Dia boleh bacakan kasik lembut hati polis pengawai penyiasat tu."

Adoyai! Kami semua meletak tapak tangan di muka. Amy. Amy.


Khamis, Oktober 27, 2011

LEGGING



Aku pernah menegur seorang gadis kerana pergi berjogging memakai legging dengan garisan seluar dalamnya kelihatan jelas timbul. Buruk nampaknya.

Legging adalah seluar ketat yang biasanya diperbuat dari campuran lycra, spandex, nylon, kapas atau polyester. Dulu, ianya dipadankan dengan baju besar yang menutup punggung. Tetapi dewasa ini, gadis-gadis memakainya tanpa peduli untuk menutup punggung dengan baju besar.

Sejak dari teguran aku, gadis itu pergi berjogging masih memakai legging, tetapi tanpa seluar dalam.

Selasa, Oktober 25, 2011

PAPI


Afimon sudah pandai mengeja. Tidak sia-sia hantar taska.

Baru-baru ni dia asyik eja, "PA... pa, PI... pi. Papi." Itu je dia asyik ulang.

Dalam bilik air pun, "PA... pa, PI... pi. Papi."
Di dapur pun sama,  "PA... pa, PI... pi. Papi."

"Pandainya Afi eja."
"Mestilah.  PA... pa, PI... pi. Papi."
"Papi tu apa?"
"Papi pun tak tau."
"Apa dia?"
"Papi anak anjing la."

Aduhai! Dwibahasa budak ni.


Isnin, Oktober 24, 2011

MENCARI KETAM

Photo by Bakri Hafiz


Minggu lepas, aku pergi menonton di program Freedom Filem Fest. Selepas tayangan, terdapat sesi bual bicara. Beberapa orang asli Seletar juga hadir sempena dokumentari Laut, Rumah Saya.

Aku sentap kerana selama ini mereka berada amat hampir dengan aku tetapi halimunan di mata aku. Aku tidak nampak mereka. Tidak kenal mereka. Tidak tahu sengsara mereka.

"Saya cuma ingin mencari ketam tetapi saya dihalau," keluh orang asli Seletar.

Dulu kawasan-kawasan pesisir pantai selatan Johor adalah kawasan mereka, tetapi kini sudah ditambak dan dibangunkan bangunan-bangunan batu dan kilang yang entah milik siapa.

Pembangunan pesat ini akan memanfaatkan mereka yang punya kemahiran, pengetahuan dan kewangan yang selaras dengan tuntutan urbanisasi. 

Orang yang hidupnya terikat dengan amalan tradisional terus terpinggir, malah teraniaya.

Dulu laut itu, paya itu, pantai itu tempat mainan mereka. Kini, bukan lagi.

"Saya cuma ingin mencari ketam tetapi saya dihalau," keluh orang asli Seletar.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Save Orang Seletar. Photos by Bakri Hafiz
Cadangan Bacaan:  Konflik masyarakat orang Seletar dan pembangunan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia

Selasa, Oktober 11, 2011

FINE

Dua orang yang mengakhiri perbualan dengan perkataan yang sama tidak semestinya setuju antara satu sama lain.

Akhirnya dia jerit, "fine!", aku pun balas "fine!"

Dan kami beredar ke arah bertentangan.

PARKING KOMTAR

"Bang seringgit bang."
"Kenapa gua perlu bagi lu seringgit?"
"Saya jagakan motor abang."
"Lu jagakan motor gua?"
"Tu, kadbod atas seat abang tu, saya yang letak."
"Kadbod ni ada power jaga motor gua?"

Adi ambil kotak dari atas tempat duduk RXSnya. Adi keluarkan penggores api dari kocek jeans. Dia gores dan bakar kotak itu.

Mat Gian jaga motor tergamam.

Adi campak kotak yang sudah separuh terbakar ke arah Mat Gian. Ia jatuh tepat depan kaki Mat Gian itu. Adi muka puas.

Adi pusing belakang ke arah motornya.

Adi dapati lapan Mat Gian jaga parking lain berdiri mengadap Adi.

Khamis, Oktober 06, 2011

FREEDOM FILEM FEST

Dapatkan tiket percuma di sini: FFF

Rabu, Oktober 05, 2011

GASAK

Saya sedang mengusahakan buku antologi cerpen lawan-lawan. Working title: Gasak. Saya perlukan 20 penulis. Jika anda berminat untuk turut serta sila rujuk Blog Gangguan (Blog Projek Buku Saya).

Frasa pembuka untuk cerpen saya:

Kajian menunjukkan ramai orang lebih gentar membuat ucapan awam berbanding dengan menghadapi mati.

Lihatlah itu. Pengusti itu berdiri di tengah-tengah stadium dengan hanya berseluar dalam. Dia memegang mikrofon dan berucap di hadapan beribu-ribu khalayak.

Pengusti adalah lelaki sebenar. Lelaki yang penuh keyakinan diri. Lelaki tanpa rasa gentar.
Bersambung.



Selasa, September 27, 2011

MUSANG

Sudah lama saya ingin menulis tentang terjemahan musang dalam Bahasa Inggeris.

Ramai orang menterjemah musang sebagai fox. Dan fox sebagai musang. Sebenarnya mereka adalah binatang yang berbeza.

Musang adalah civet. Fox adalah rubah.
Manusia dan musang

Rubah  
Ketika membuat kajian teliti untuk entri ini, saya cuba google gambar "fox." Yang banyak keluar adalah foto sexy Megan Fox.  Itu pasal saya terlewat kemas kini blog ini.

Selasa, September 06, 2011

ICE LEMON

Masukkan hirisan lemon dalam air kosong

Bekukan dalam peti ais atau di khutub utara.

Hidangkan dalam minuman berkarbonat.

Selasa, Ogos 23, 2011

BLU RAY DVD 9


  1. 127 HOURS
  2. 28 DAYS LATER
  3. 30 DAYS OF NIGHT
  4. 40-YEAR-OLD VIRGIN, THE
  5. AMELIE
  6. ARMORED
  7. BLACK SWAN
  8. BOAT THAT ROCKED, THE
  9. BOUNTY HUNTER, THE
  10. BROOKLYN'S FINEST
  11. BUCKET LIST, THE
  12. BUTCH CASSIDY AND THE SUNDANCE KID
  13. CAPOTE
  14. COLD MOUNTAIN
  15. DATE NIGHT
  16. DRAMA QUEEN
  17. EAT PRAY LOVE
  18. ENGLISH PATIENT, THE
  19. EYES WIDE SHUT
  20. GRADUATE, THE
  21. HAMBURGER HILL
  22. HAUNTING IN CONNECTICUT, THE
  23. IP MAN 2
  24. IT'S COMPLICATED
  25. JUST WRIGHT
  26. KILLING FIELDS, THE
  27. KING'S SPEECH, THE
  28. KNOWING
  29. KRAMER VS KRAMER
  30. LAST KING OF SCOTLAND, THE
  31. LOVE HAPPENS
  32. LOVELY BONE, THE
  33. MEMENTO
  34. NAPOLEON DYNAMITE
  35. ONE FLEW OVER THE CUCKOO'S NEST
  36. ONG BAK 3
  37. PASSION OF THE CHRIST, THE
  38. PAUL
  39. RAGING BULL
  40. REC 2
  41. RESERVOIR DOGS
  42. SAINTS AND SOLDIER
  43. SEVEN POUNDS
  44. SOCIAL NETWORK, THE
  45. STAR TREK
  46. TO SAVE A LIFE
  47. TOURIST, THE
  48. TRAINSPOTTING
  49. UNTHINKABLE
  50. W


Khamis, Ogos 18, 2011

KEK LAPIS



Ayim telefon kata kek lapis Kakda murah lagi sedap. Satu jongkong harga RM20 je. Aku pun buat pesanan 3 jongkong untuk kudapan bulan puasa ni.

Kek tu siap keesokan harinya. Memang sedap. satu setengah jongkong aku lantak. Aku rancang nak buat pesanan raya pula.

Ayim telefon melapor Pure Creamery Butter cap Golden Churn disahkan JAKIM sebagai tidak halal kerana mengandungi DNA babi. Ayim menambah, "Kakda kata kek lapis dia guna mentega brand itu.
August 15, 2011 15:50 PM
Jakim Confirms 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Is Non-Halal
KUALA LUMPUR, Aug 15 (Bernama) -- The Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) today confirmed that the 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' sold in Malaysia is non-halal.
 Aku dah makan satu setengah jongkong malam tadi. Tak boleh makan lagi.

Aku pun panggil jiran Cina sebelah.

"Gua tak boleh makan ini kek, minyak ada babi dalam. Lu amik la."
"Apa pasal satu setengah?"
"Gua dah termakan semalam."
"Kata haram?"
"Semalam gua tak tau maaa."
"Takpe takpe, lu tak sengaja. Minta maaf sama Tuhan."
Pandai pulak Cina ni. Rezeki dialah kek itu.

Sekarang aku nak kumur air tanah 1 gelas. Air mutlak 6 gelas.

Rabu, Ogos 17, 2011

TAK MUAT


Rima: I nak baju ni boleh?

Ajan: I bukan tak mahu bagi you baju ni tapi...

Rima: Tapi apa? You kedekut?

Ajan: Bukan kedekut. Tapi baju ni tak muat.

Rima: Tengok orang la sikit. I dah slim tau.

Ajan: Bukan tak muat badan you tapi tak muat almari you. Almari you dah sendat sangat dengan baju. Kalau sehari you pakai sehelai, dua tahun pun tak tentu habis pakai semua.

Rima: Jahat.

Selasa, Ogos 16, 2011

OFFICIAL TIGER TEES

Tiger Girly tees are also available. Click and search for "tiger"!

Rabu, Ogos 10, 2011

BOMOH


Minggu lepas, seorang pembaca menelefon. Dia melaporkan dia mengalami gangguan selepas membaca buku Gangguan.

"Gangguan yang macam mana?" tanya aku.

"Masa mengemas rumah, ada lembaga hitam bertenggek atas meja. Dia bertenggek betul-betul atas buku Gangguan," bersungguh dia bercerita.

Alamak. Berita-berita macam gini boleh buat saham buku Gangguan menurun.

"Kau buat apa?" tanya aku lagi.

"Tak ada apa-apa. Nampak imbasan je. Padang sekali lagi, dia hilang dah."

"Mmm... malam ni letak Surah Yasin atas buku Gangguan. Kalau lembaga hitam tu datang nak duduk lagi, bontot dia akan terbakar."

"Serius?"

"Cubalah dulu."

Tiada panggilan dari dia lagi sampai sekarang. Dah okay la tu. Ada bakat aku jadi bomoh. Boleh mula bisnes. Besok aku nak beli mesin nombor giliran macam kat bank.

Selasa, Ogos 09, 2011

TAPAK

Pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat, kasut aku tercabut tapak. Kasut buruk lagi kodi, begitulah.

Kalaulah aku ini wanita, sudah tentu ada dua tiga pasang kasut spare dalam kereta. Boleh tukar segera.

Tetapi aku ini lelaki. Aku pakai selipar surau buat sementara waktu. Esok aku pulangkan.

Ahad, Julai 31, 2011

GANGGUAN ON SALE NOW

Klik untuk besarkan
Hampir setahun kita tunggu buku ini keluar.

Harga buku RM15 + Shipping RM5 = RM20.
Pesan buku dgn hubungi penulis:

1. kumprinxATgmail.com,
2. miszazieATgmail.com,
3. nashiqahATgmail.com,
4. fikri.mistiATgmail.com,
5. msay_5ATyahoo.com,
6. akulerdonATgmail.com,
7. rahiminidrisAThotmail.com,
8. gua.kringetATgmail.com,
9. kusyihirdanATgmail.com

10. tokrimauATgmail.com (Stock Available but Fast Selling) SOLD OUT


Assalamualaikum,


Transaksi Jualbeli Buku Gangguan dengan Tok.
Transfer/Deposit RM20 ke
Bank: akaun Saving CIMB.
No Akaun: 0104 0059596 526
Nama: Ghazali Bunari (Agen Tok)
E-mel Notification:tokrimauATgmailDOTcom
Tel: 012-7367772


Selepas transaksi berjaya, sila e-mel dgn tajuk: SAYA DAH BAYAR GANGGUAN
a) tarikh dan butir transaksi (tarikh, masa, lokasi etc.)
b) nama penuh, telefon dan alamat penuh untuk saya pos Gangguan.


Kadang2 duit masuk tapi saya tak terima e-mel. Tok tak tahu nak pos ke mana buku tu.


Terimakasih kerana menyokong Gangguan.

PS
Ada orang deposit duit ke bank tapi takde bagitau alamat. Kira sedekah ke ni?


Rabu, Julai 27, 2011

EUTHANASIA SIPUT SEDUT


Aku tak makan siput sedut. Tapi dulu, masa kecik-kecik memang pantang jumpa. Suka sangat.

Nama sainsnya adalah cerithidea obtusa. Nama kampung dia, siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Memang sedap kalau masak lemak.

Suatu hari abah bawa balik siput sedut segar. Hidup lagi. Dia merayap-rayap dalam mangkuk. Comel sangat.

Untuk masak, siput itu perlu dimasukkan dalam air panas menggelegak. Kasihan. Tak sampai hati nak nengok. Terus aku berhenti makan. Sampai sekarang ni.

Tak baik menyiksa binatang dengan api atau air panas. Kalau masukkan dia dalam peti ais kat tempat beku tu mungkin lebih berperikemanusiaan. Biar dia mati hipotermia.

Kalau aku boleh berhenti hisap rokok, macam aku berhenti makan siput kan bagus. Padahal hari hari aku siksa tembakau tu dengan api. Alahai!

ps.
Lama tak blogging. Menulis pun macam menari tak ikut rentak.

Selasa, Julai 12, 2011

KUTU


Nett: Tumpang tanya. Kenapa digondolkan kepala Afimon?

Gua: Cikgu dia kata rambut dia ada kutu. Cikgu dia dah sikatkan dan dapat banyak mak kutu. Masih banyak telur kutu atas rambut dia.

Nett: Lantas?

Gua: Botakkan je senang.

Nett: Tumpang tanya lagi.

Gua: Apa dia?

Nett: Tok pun botak sebab rambut Tok banyak kutu ya?

Gua: Cheh!


Isnin, Julai 04, 2011

GREAT BALL OF FIRE


Gua tengah layan NBA kat mamak, tiba-tiba Man Lipas dan Usop Libas datang duduk meja gua.

"Lu main bola team mana sekarang?" gua.
"Lutut dah buruk tak boleh main lagi. Gua main golf je sekarang," jawab Man Lipas sambil mencucuh rokok.

Dulu Man Lipas ni memang macam lipas kudung gelecek bola. Lepas kena tebas kaki dia, terus dia slow.

"Lu pulak? Main takraw lagi?" gua.
"Gua lama dah pencen takraw. Perut dah boroi, tak boleh nak terbang lagi," jawab Usop Libas sambil mengupas kulit pisang montel yang mamak letak atas meja.

Dulu, kalau Usop Libas lipat bola macam peluru perginya. Macam nak retak court dibuatnya.

"Ini kami baru main golf la ni," kata Usop Libas lagi.

"Bola golf tu kecik," kata Man Lipas, "Semakin kita tua, semakin kecik bola yang kita main."

Man Lipas. Berdekah-dekah Man Lipas dan Usop Libas ketawa.

Gua pun sambung, "Gua masih main basketball. Bola paling besar dalam keluarga bola."

Usop Lipas sambung, "Lu ingat lu tak tua-tua? Ha ha ha!"

Malam tu gua belanja Man Lipas dan Usop Libas teh tarik dan capati.

BLOGGER PUN RINDU KAT GUA

Blogger Bot hantar email kat gua sebab lama tak update.

Blogger Support no-reply@blogger.com to me. 9:56 AM (1 hour ago)

Hi there,

Your blog, http://tokrimau.blogspot.com/ , is associated with the Google Account username tokrimau AT gmail DOT com . Please use this Google Account username to log in to Blogger and access your blog.

If you've forgotten your password, you can reset it by clicking this link: (*hide)

Isnin, Jun 27, 2011

BIR HALAL

Gambar hiasan: Dua lelaki pura-pura mabuk

Mengejutkan apabila tersebar berita ujian makmal yang dijalankan terhadap Barbican yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol.

Diluar 7-Eleven Teluk Muroh ada iklan Barbican harga Rm2.50. Din pun masuk bertanya tentang minuman itu.

Cashier: Iklan lama tu bang. Kami tidak jual Barbican buat masa ini atas arahan pengurusan.
Din: Kenapa?
Cashier: Ada isu tentang Barbican mengandungi alkohol.
Din: Ye ke? Tapi beer lain ada jual pulak.
Cashier: Hi hi hi, saya cuma mengikut arahan je bang.

Kemudian keluar lagi satu berita yang menyebut  ujian makmal menunjukkan tiada alkohol dalam `bir halal’ tersebut. Alahai!

84 ULU KASAR

8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...