Selasa, Januari 19, 2010

API

Budak-budak sekarang tak pernah bakar foto ex-girlfriend. Mereka tekan delete. Habis.

Mereka tak tau perasaan melihat api menari-nari atas foto. Ada tindak balas kimia antara api dan permukaan foto. Dan foto perlahan-lahan bertukar menjadi hitam. Lantas jadi arang.

Rapuh bila dipegang. Hancur bila cuba diselamatkan. Sudah terlambat.

2 ulasan:

Bukan Sepet berkata...

aikh! flash back nampak?

dah ler tu tok. barang lepas jgn di kenang... dah suratan alam tok tak sehensem mana...

patungcendana berkata...

hehe...atau melihat foto itu menjadi cebisan2 kecil yang yang dicampak ketanah...lalu dikutip oleh anak2 kecil... :-D

107 SUNGAI KARAS KE SUNGAI BEKOK

Kurang 12 jam sebelum ekspedisi Sungai Karas–Sungai Bekok, Toni telefon aku. “Berita buruk. Saya tidak dapat pergi kerana ada tugas rasmi ya...