Isnin, April 16, 2012

GAME TO MOVIE

Sekarang ni wayang dah jadi iklan panjang untuk mainan. Final Fantasy, Prince of Persia, Mortal Kombat, Resident Evil dan yang paling terbaru, Battleship.

Saya mahu mencadangkan Dam Haji: The Movie.

Sinopsis: Dua puak dari keturunan pendekar hitam dan pendekar putih  sering bertelingkah. Apabila mereka pulang dari mengerjakan haji, ilmu persilatan mereka naik ke tahap gaban. Badan mereka menjadi besar dan boleh melenting lebih tinggi sambil memancung 2-3 orang sekali gus. Ish, orang cari haji mabrur, dia cari haji untuk ilmu silat batin pulak.

Pak Long aku kata, "Tak la gempak sangat idea ko ni. Di Malaysia sudah ada mainan jadi wayang. Kita ada Congkak dan Jangan Pandang Belakang Congkak."

Potong stim la Pak Long ni.




2 ulasan:

Mrs. Hanani berkata...

dua orang main dam haji, siapa menang, dapat duit, main 10 tahun dapat pergi haji...amacam.haha

Laserquest berkata...

tak tahu pulak yang Prince of Persia tu dari game.tapi memang awesome gila citer dia !!

dam haji ? hahaha.tak de game lain ke.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...