Jumaat, Julai 19, 2013

RAMADHAN AFIMON



Semalam Afimon tidur sebelum buka. Kepenatan. Aku kejutkan bila azan Maghrib bergema. Dia bangkit komplen kenapa kejut dia lambat dan kenapa jam dinding terlalu cepat.

Lepas buka dia mandi, jebur jebur jebur.

Lantas dia pakai baju sekolah. Dan duduk di sofa memakai stokin sekolah. Beg sekolah di tepi.


La haiiiii. Dia ingat dia bangun sahur rupanya.

Tiada ulasan:

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...