Selasa, Ogos 14, 2012
Khamis, Ogos 09, 2012
PENAIK-TARAF KENDIRI
Aku mula buat algoritma untuk pembiakan. Jika aku rosak, pastinya akan akan alat ganti untuk aku. 3012 algoritma untuk pembikan siap. Menjelang 3013, ada 100 aku dalam dunia.
Emosi dengki mula dominan. Aku mula bikin algoritma untuk membunuh. Aku bunuh aku satu demi satu. 3015 hanya tinggal aku sendiri.
Dan aku bunuh diri aku sendiri.
Yang Benar
Cyborg Penaik-taraf Kendiri
Selasa, Ogos 07, 2012
MOBILES PHONES IN EDUCATION
You can't beat them, join them. Look at the positive side, teachers can utilize those mobile phones to their advantage.
Isnin, Julai 30, 2012
KECEMASAN
Kau pernah tengok tulang keluar dari kulit? Pertama kali aku tengok adalah malam Sabtu lepas.
Sekitar pukul 10 malam setiap hujung minggu Team WKNDRS main bola keranjang. Ketika permainan sedang rancak, seorang dari mereka meloncat melepasi aku. Pendaratannya tidak sempurna, dia terus tumbang.
Kawan-kawan terus mendapatkan dia. Kami lihat tulang terkeluar dari kulit di bahagian buku lali. Kelam kabut kami. Pemain segera memeluknya agar dia tidak melihat kakinya. Ada juga yang memalingkan muka dan lari jauh kerana lemah semangat tidak boleh tengok luka atau darah.
Ambulan segera dihubungi.
Aku nak ambil gambar tulang kaki itu tapi aku ragu-ragu tentang etika ambil gambar orang yang sedang kesakitan. Jadi, aku ambil gambar sudut-sudut selamat sahaja.
Sekarang pemain itu di hospital. Mengikut doktor, tulang itu tercabut dari soketnya. Dan terdapat ligamen yang koyak. Pemain itu masih di hospital menunggu waktu pembedahan selanjutnya.
Pengajaran dari episod ini adalah: Sentiasa simpan nombor ambulan dan polis. Kau tidak tahu bila kau akan terdesak.
Sabtu, Julai 28, 2012
KKS SAHUR
Khamis, Julai 26, 2012
KARIPAP KAMBING
Tiaraayzan: Dalam tu ada kambing ke?
Tok: Taklah, kambing yg tukang klem karipap tu.
Tiaraayzan: ~ :-|
RIMBA TERJUN
"Mak, kenduri arwah bukan dari ajaran Islam, ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak," Alimin memecah sunyi.
Emak diam sahaja.
Along tiba-tiba menambah, "Menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi sedikit pun. Ia adalah bid’ah."
"Dah berzaman orang kampung ni amalkan, baru sekarang sibuk nak haram," celah Angah.
Emak melihat Angah. Emak pegang tangan Angah tanda terimakasih kerana menyokong kemahuan emak untuk mengadakan kenduri arwah.
Along sambung hujahnya, "Amalan kenduri arwah ni adalah warisan jahiliyyah yang..."
"Lepas kenduri nanti," emak tiba-tiba bersuara, "mak nak bagi geran tanah ayah kau. Pandai-pandai la kau tiga beradik bahagi-bahagikan."
"Ayah ada tanah?" tanya Alimin kehairanan. Dia tidak pernah tahu ayahnya ada tanah.
"20 ekar di Rimba Terjun," celah emak.
Suasana di dalam Proton Saga putih itu kembali sepi. Kereta menyusur jalan kampung menuju rumah mereka.
....
Empat bulan selepas kematian ayah, Along, Angah, Alimin dan emak memandu ke arah Rimba Terjun. Mereka teruja mahu menjenguk tanah pusaka yang ayah wariskan. Kereta mereka menyusur tebing laut.
"Berhenti di sini," arah emak.
"Mana tanahnya?" tanya Along.
"Tu," jawab emak menunjuk arah laut.
"Astaga, betullah. Kalau ikut geran ni tanah ayah dalam laut," Alimin menjerit dengan geran masih di tangannya.
Angah terduduk. Laut telah menghakis tanah ayah. Yang pastinya laut tidak boleh dimiliki oleh mana-mana individu. Ia milik negara.
Rabu, Julai 25, 2012
BOLA ITU BULAT
Hari ini Pontian FC kalah teruk 0-6 menentang Rengit FC.
"Gua sudah cuba sedaya upaya tetapi ini sahaja yang gua mampu, " kata Kames, kapten Pontian FC.
"Gua mintak lu bikin 0-7, lu bagi 0-6. Gua tak menang, gua takde duit. So takde duit untuk lu juga," jawab Wang Loo
Kames mengetap gigi. Dia berazam lain kali dia akan lebih gigih. Dan lebih bersungguh-sungguh untuk tepati ramalan Wang Loo.
Selasa, Julai 24, 2012
1 Tan Bahulu Vol
Ramuan bahulu vol adalah rempah ratus terpilih dari dua khutub Planet Abal. Ia diadun dengan tepung dan telur. Kemudian, dibakar menggunakan lava gunung berapi. Kulitnya ranggup tetapi isinya berkrim setelah disuntik dengan ais kering. Gurih sekali.
"Maaf Encik, minimum bagasi adalah 7 kilo sahaja," kata pegawai Teleporter Travel.
Sekarang Mobius terdampar di perlabuhan Planet Abal dengan 1 tan bahulu vol. Dan semua duitnya sudah habis untuk menambah had berat bagasi teleportasi.
Rabu, Julai 04, 2012
The Pirates of Malaysia - I pirati della Malesia
The Pirates of Malaysia (Italian: I pirati della Malesia) is an exotic adventure novel written by Italian author Emilio Salgari, published in 1896. It features his most famous character, Sandokan, and is a sequel to The Tigers of Mompracem.
Salgari used as a source the book A Visit to the Indian Archipelago in H.M. Ship Maeander: With Portions of the Private Journal of Sir James Brooke, K.C.B. by Henry Keppel.
Synopsis
Sandokan and Yanez, the protagonists of The Tigers of Mompracem, are back, righting injustices and fighting old foes. Tremal-Naik's misfortunes have continued. Wrongfully imprisoned, the great hunter has been banished from India and sentenced to life in a penal colony. Knowing his master is innocent, Kammamuri dashes off to the rescue, planning to free the good hunter at the first opportunity. When the good servant is captured by the Tigers of Mompracem, he manages to enlist their services. But in order to succeed, Sandokan and Yanez must lead their men against the forces of James Brooke, "The Exterminator", the dreaded White Rajah of Sarawak. Pangeran Macota, Sandokan's ally, was in fact one of James Brooke's bitterest enemies.
Selasa, Julai 03, 2012
Khamis, Jun 28, 2012
SOKONG SCENE SASTERA
i) Iskandar Dzul Karnain H.M
ii) Dr. H.M Tuah Iskandar
dan
Majlis Penyampaian Hadiah
Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi
9 pg. -12.30 tgh
30 Jun 2012 (Sabtu)
Balai Seminar DBP Wilayah Selatan
Larkin Perdana
JB.
Isnin, Jun 25, 2012
Selasa, Jun 19, 2012
Isnin, Jun 18, 2012
PROMETHEUS: SATU FILEM YANG JAHAT
Ini filem mesti tonton hanya kerana ianya diarah oleh Ridley Scott, sutradara master yang mengarah Alien (1979) dan Blade Runner (1982). Kedua-duanya sci-fi epik dari segi kesannya kepada budaya.
Tomatometer 73% dan IMDB bagi 7.7, lebih lagi sebab mesti tonton.
Dikatakan Prometheus ini prekuel kepada Alien. Sekurang-kurangnya, kedua-duanya berasal dari cakrawala yang sama. Paling tidak pun, semua watak utama berkerja untuk Weyland-Yutani Corporation.
--> IKLAN: PROJEK FIKSYEN SAINS <---
Untuk melengkapkan satu naratif, mesti ada watak, konflik, klimaks dan resolusi. Dalam Prometheus (2012) watak utamanya adalah Elizabeth Shaw. Cerita ini pasal Elizabeth Shaw, seorang saintis. Motivasi utamanya adalah mahu bertemu The Engineer (pembuat manusia) dan membongkar misteri kewujudan manusia. Konflik berlaku apabila The Engineer mempunyai motif lain. Motif The Engineer adalah menyebarkan sebatian yang boleh mengubah makhluk kepada bentuk lain. Macam tukang masak memasukkan ramuan rahsia kepada masakannya dan tengok apa jadi lepas tu. Setakat maklumat yang ada, sebatian ini akan menghasilkan makhluk yang kuat membunuh.
Bayangkan. Kek cawan yang kau buat datang jumpa kau dan bertanya, kenapa? Dan kau sira dia dengan coklat. Sekarang dia jadi kek cawan coklat. Berhenti bayangkan.
Jika penonton ingin tahu kenapa The Engineer cenderung buat begitu, tiada jawapan diberi. Cuma pembayang dalam prolog awal ditunjukkan sudut pandang The Engineer. Dia minum sebatian dan badannya hancur masuk ke dalam air kemudian membentuk sel baru, kemungkinan besar menjadi manusia. Itu sahaja maklumat yang kita ada.
Elizabeth berkonflik dengan The Engineer. Klimaksnya, The Engineer mati kena makan dengan makhluk yang terhasil berpunca dengan sebatian pengubah DNA. Padan muka. Resolusinya pula adalah Elizabeth menggunakan kapal The Engineer yang lain untuk terbang ke planet asal The Engineer. Elizabeth masih lagi manusia yang mahu membongkar tentang misteri kewujudan manusia.
Kalau watak antagonis adalah binatang buas yang cuma mahu membiak macam Alien (1979), penonton tidak peduli sangat latar belakangnya. Sekarang kita tahu antagonis adalah makhluk yang bijak dari segi teknologi. Kita ingin tahu motif. Dan kenapa motif ini tidak dijawab. Kelopongan dalam naratif ini buat kita rasa kosong. Kosong. Kosong. Kosong... kosong... setiap detik diperhatikan. Kau cari cara putar belitkan. Kau jadikan diriku kosong... kosong. (Hi hi macam mana ada lirik Najwa Latif pulak ni.)
Aku kata filem ini jahat kerana ia buat aku kecewa tidak ada jawapan. Dan aku terpaksa google asal usul alien. Kitaran hidupnya. Dan aku google juga ulasan-ulasan orang lain. Masih lagi aku tak puas hati kerana aku tidak ada jawapan. Oleh kerana sudut pandang filem ini adalah sudut pandang anak kapal Prometheus, maka had itu sahaja yang kita tahu. (Ridley mengelat bagi sudut pandang Engineer dalam prolog).
Maka, jika kita masih peduli, kita perlu ikut Elizabeth Shaw naik kapal asing dan pergi ke planet The Engineer. Mungkin dalam sekuel ada jawapan. Jahat filem ini. Kita mesti tonton sekuel pulak.
Sabtu, Jun 09, 2012
SEPARUH MATI
Ajan: Separuh lagi bila?
Rima: Jahat
.......
Dia: Kita selisih semalam.
Aku: Mana ada. Saya tak pergi mana-mana. Selisih faham?
Dia: Tak. Kita selisih malaikat 44.
Aku: Deep.
Khamis, Jun 07, 2012
Bengkel Penulisan Fiksyen
Isnin, Jun 04, 2012
SHOWDOWN DALAM KEDAI KASUT
Jumaat, Jun 01, 2012
JOHOR BEBAS ASAP ROKOK
Smoking affects practically all parts of your body, and your sexual and reproductive systems are no exception. Smoking can cause problems that can ruin your sex life. It may also interfere with your ability to father a child, and it increases your chances of developing cancer of the penis.Bahayakan. Kan?
Bayangkan ada pameran anti smoking seperti di bawah yang menekan kanser alat kelamin. Agak-agak ada tak replika gergasi untuk disentuh-sentuh?
![]() |
| Photo: The Star |
Khamis, Mei 17, 2012
LAGU TIGA KUPANG
Lirik Lagu Tiga Kupang -A.Romzi & The Hooks
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Korus
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung… hidung… hidung
Sing a song of sixpence
Sing a song of sixpence,
A pocket full of rye.
Four and twenty blackbirds,
Baked in a pie.
When the pie was opened,
The birds began to sing;
Wasn't that a dainty dish,
To set before the king?
The king was in his counting house,
Counting out his money;
The queen was in the parlour,
Eating bread and honey.
The maid was in the garden,
Hanging out the clothes;
When down came a blackbird
And pecked off her nose.
SHORT FILMS OVERDOSED
MASKARA GEYLANG SHORT FILMS
8pm. 26 May 2012, Rumah Pena, Kuala Lumpur
Free Entrance
1. KITCHEN QUARTET
Nicole Midori Woodford | Mandarin & English | 21 mins | Singapore
2. HOTEL 66 (CURATOR'S PICK)Anthony Chen | Chinese Dialect (Cantonese) | 15 mins | Singapore & United Kingdom
3. MASALA MAMA
Michael Kam | Tamil, Hokkien & English | 9 mins | Singapore
4. PROMISES IN DECEMBER
Elgin Ho | English, Mandarin & Bahasa Indonesia | 17 mins | Singapore
5. NATIONAL DAY He Shuming | Mandarin, Chinese Dialect (Hainanese) & English | 19 mins | Singapore
6. PLATFORM 1932
Nawwar Syahirah | English | 23 mins | Singapore
7. CHILDREN OF ABRAHAM (BANI IBRAHIM)
Raihan Harun | English | 15mins | Australia & Singapore
Details HERE
.............
TAYANGAN FILEM PENDEK HARI BELIA NEGARA
menara KBS, Precint 4 Putrajaya
24/5/2012 – khamis (8-11malam)
1. Kontradiksi (10 Minit Teaser)
-Aloy Paradoks & Nazri M. Annuar
2. Kopi 3 Rasa
-Nazri M. Annuar
3. Eskep
-Fasyali Fadzli
4. Mimpi Iman
-Aliff Ihsan Rahman
5. Pemburu Buaya Darat
-Tok Rimau
6. Kotak
-Ariff Zulkarnain
7. Jiwa Suci
-Dean Sham
8. Kasturi
-Ridhwan Saidi
9. Tikam
-Razaisyam Rashid
25/5/2012- sabtu (8-11malam)
1. Apa Khabar Surat Khabar
-Aliff Ihsan Rahman
2. Khilaf
-Kamarul Arifin Zazali
3. Pagar
-FikriKacak
4. Sidji (satu)
-Zulhilmi Zahir
5. Nesan Tak Terukir
-Muz Amer
6. Risalah Untuk Cinta
-Ashroff Nor Shaid
7. Epal Hijau di Luar Pagar
-Syahrul Fitri Musa
8. PILY
-Faliq Shariff
9. Adiwira
-Peikin Ibrahim
Sabtu, Mei 05, 2012
HIDUNG BERDARAH
![]() |
| Hidung Aku Sudah Bengkok. Patah? |
Hidung aku bengkak macam hidung Jackie Chan. Ini semua pasal bola keranjang.
Bola yang dibaling tidak masuk dalam keranjang. Ia kena gelung besi dan melantun keluar. Aku fokus kepada hala tuju bola. Aku melenting ke udara. Bayu pun melenting ke udara. Kami berebut bola di udara.
Bila kaki aku mendarat ke gelanggang, siku Bayu mendarat pantas menikam batang hidung aku. Tepat.
Aku rasa macam nak pitam. Darah mula menitik-nitik keluar dari lubang hidung. Menjejeh-jejeh atas simen. Permainan dihentikan.
Aku biarkan darah itu terus mengalir keluar. Seorang kawan datang bawa sekotak tisu. Mmm mana dia dapat tisu sekotak ni? Dari beg sukan dia? Misteri nusantara betul.
Man Gabak yang tadinya asyik memerhati diluar, datang dekat. Aku ingat nak bagi bantuan kecemasan, rupanya dia nak snap gambar dengan telefonnya. Kilk! Klik! Klik!
Man Gabak: Sakit? Macam mana boleh berdarah hidung ni?
Aku: Tak sakit. Sedap. Aku tengok awek seksi lalu, terus memancut darah.
Lama kelamaan darah berhenti mengalir. Bayu minta maaf. Aku kata tidak mengapa. Bukan sengaja pun. Sebenarnya Bayu dan aku dalam satu team. Kami terlalu tumpu kepada bola, tidak perasan dengan siapa kami berebut.
Aku rasa ambil dua tiga hari juga untuk hidung Jackie Chan ni surut.
Jumaat, Mei 04, 2012
SENTAP
Tetapi. Jika yang datang sembelih engkau adalah orang yang rapat dengan engkau. Sayang dengan engkau. Lain.
Rasa dia lain sikit bro.
Sakit dia bukan kat leher. Sakit dia bukan kat darah yang memancut keluar itu. Bukan di jantung yang habis darah nak pam. Bukan pada paru-paru yang sudah tiada udara nak sedut.
Bukan. Sakit dia kat hati.
Bukan hati fizikal. Hati yang tidak nampak.
Engkau pun mati. Lantas, datang seeokor kucing hitam dan langkah mayat engkau.
Jika engkau hidup semula selepas mati kena pancung. Kau bukan cari dia untuk balas dendam. Kau akan cari dia untuk jawapan. Kenapa? Kenapa sampai hati?
Rabu, Mei 02, 2012
WISHLIST: THINKING OUT LOUD
Local
0:10 Pemburu Buaya Darat (Tok Rimau | @tokrimau )
0.07 Skodeng: Kebenaran Yang Nakal (Produksi Enjit Semut | @FasyaliFadzly)
0.10 My Perfect Ana (Nazri V @NazriVovinski)
0.10 Tikam (Razaisyam Rashid | @Razaisyam )
0:09 My father and my celluloid Daven R tekan next 10:32
0.10 Melayu 106 - Mamat Khalid
0:10
0.10
Foreign
0.10 ? Benting - Ahmad Hasan Yuniardi
0.11 Ikan Langka - Basil Mironer
0.10 The Forest Spirits - Ting Szu Kiong
0:17 Lost Sole - Sanif Olek
Trilogy
0:10 Hangus (Dean Sham)
0:23 Kerajaan laut Dean Sham (Dean Sham)
0.30 Bumbung Aku Lantai Orang (Dean Sham)
Jumaat, April 27, 2012
SIGHTING
Saya nampak tokrimau kat fountain di Johor Premium Outlet sabtu lepas....tapi macam percaya tak percaya je...heheTok rasa macam bigfoot. Penampakan Tok adalah jarang-jarang. Sepatutnya dia snap gambar. Hi hi hi
Khamis, April 26, 2012
JALAN BARU SENAI-JB-AIRPORT
Gila lama jalan ni nak siap. Dah dua tahun merana kena melencong 5 km untuk pergi kerja. Selalu pula jalan jem kerana kontraktor lembab.
Isnin, April 23, 2012
BUKU TSUNAMI RINDU
Saya mahu terbitkan Tsunami Rindu. 50 hingga 60 mukasurat. Di dalamnya ada catatan blog saya yang berkaitan dengan entri Ajan dan Rima serta Mobius.
10 cerita Ajan dan Rima telah dibukukan dalam buku Ayah Kita Bos (sold out).
a) Saya bagi dialog.
b) Awak bikin lukisan hitam putih (lihat contoh). Stroke dan gaya awak sendiri.
c) Awak bagi softcopy lukisan itu kepada saya dalam saiz A4 JPG.
d) Hakcipta bersama, awak bebas buat apa yang awak nak buat dengan komik itu, saya pun begitu. Contoh: Hantar ke Gila-gila atau anda boleh terbit dlm komik sendiri.
e) Oh ya, saya bagi awak satu salinan buku Tsunami Rindu bila ianya siap cetak.
(UPDATE) SAYA SUDAH DAPAT PELUKIS YANG SAYA PERLUKAN
![]() |
| Tukang Ayat: Tok Rimau, Tukang Lukis: Sinaganaga, dari buku Ayah Kita Bos |
Selasa, April 17, 2012
Isnin, April 16, 2012
GAME TO MOVIE
Saya mahu mencadangkan Dam Haji: The Movie.
Sinopsis: Dua puak dari keturunan pendekar hitam dan pendekar putih sering bertelingkah. Apabila mereka pulang dari mengerjakan haji, ilmu persilatan mereka naik ke tahap gaban. Badan mereka menjadi besar dan boleh melenting lebih tinggi sambil memancung 2-3 orang sekali gus. Ish, orang cari haji mabrur, dia cari haji untuk ilmu silat batin pulak.
Pak Long aku kata, "Tak la gempak sangat idea ko ni. Di Malaysia sudah ada mainan jadi wayang. Kita ada Congkak dan Jangan Pandang Belakang Congkak."
Potong stim la Pak Long ni.
Jumaat, April 13, 2012
Isnin, April 09, 2012
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG
Menurut Wikipedia:
A pen name, nom de plume, or literary double, is a pseudonym adopted by an author. A pen name may be used to make the author's name more distinctive, to disguise his or her gender, to distance an author from some or all of his or her works, to protect the author from retribution for his or her writings, or for any of a number of reasons related to the marketing or aesthetic presentation of the work. The author's name may be known only to the publisher, or may come to be common knowledge.
Semalam masa acara PESTA (Pentas Seni Teks Alternatif), aku nampak seorang pelajar aku. Dia ke sana untuk promosi acara lain. Kami bersalaman, dan aku pesan dia supaya bercakap dengan pengerusi majlis bagi memberi laluan dia buat promosi.
Dia tidak tahu siapa pengerusi.
Bila majlis bermula, dia baru dia tahu. Akulah pengerusinya. Ha ha ha!
Kemudian dia rapat kepada aku dan minta permisi untuk naik pentas buat promo. Aku beri laluan.
Hari ini aku dapat e-mel.
Wow, sir i never knew u were THE TOK RIMAU, i have heard ur name.... never have i met u in person.... n all this while,u were teaching me ENGLISH, in school....OMG,..... (kinda cool as well...haha)
Aku tidak campur business and pleasure kerana sebab musabab seperti yang dikatakan oleh Wikipedia di atas. Harap siapa Tok Rimau tidak tersebar luas di sekolah.
Rabu, April 04, 2012
KLCC TERBAKAR
PHOTO: Part of KLCC on fire today via
Semua orang sayang KLCC sebab dia mercu tanda kebanggaan negara. Pun begitu, ramai juga yang benci KLCC sebab barang-barang di situ mahal-mahal belaka. KLCC ni macam bekas makwe yang tinggalkan kita. Kita sayang dia tapi kita tidak boleh miliki dia.
Bila kita sebut KLCC terbakar, kita rasa nak mempersendakan dia.
Kita lihat apa senda di Twitter tentang ini.
Eleh KLCC terbakor sikit kecoh, kat jb Komtar roboh semua orang buat derk jek... @jimbotiram
KLCC terbakar aku tk kisah. Jangan Kinokuniya yang terbakar sudah. @aimannnn
klcc terbakar#Mestikenabuatanorang @abnzar
Adele was setting the fire to the KLCC. @noynaismail
org tgh hangat KLCC terbako ni. RT @hmetromy: Pelajar lelaki cedera ditetak: KULIM: Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun cedera ditetak.. @kaydaheartless
KLCC terbakar nampak di TL, hati terbakar siapa tahu? @tokrimauThat awkward moment when KLCC is on fire at the moment, a guy on a wheelchair appears and shouting "kita bako saja,bako saja.." -_- @facktura
Isnin, April 02, 2012
Rabu, Mac 28, 2012
Isnin, Mac 26, 2012
PEMBEDAHAN KECIL DIY
Hari ini mari kita belajar membedah kuku sendiri apabila terkena cagu. Katakan kau beli kasut yang cantik tetapi kasut itu tidak mesra dengan jari kau. Dan kau kena cagu.
Cagu berlaku apabila ada pendarahan bawah kuku. Simptomnya kuku jadi hitam.
1. Mula-mula guna ketip kuku untuk keluarkan darah.
2. Apabila darah sudah dialirkan keluar, isi dan kuku tidak akrab lagi. Gunakan ketip kuku untuk buang kuku yang tidak melekat dengan kuku. So much for pepatah isi dan kuku.
3. Buang kuku lama yang hodoh. Proses ini mungkin ambil masa berbulan-bulan.
4. Kuku baru akan tumbuh mengantikan yang lama.
5. Jijikkan entri ini. Kalau kau tengok jari kaki model di atas dan fikir saiz kemaluannya, lagi jijik tau.
THE HUNGER GAMES
Aku panggil genre The Hunger Games sebagai genre last man standing.
Ceritanya macam Akademi Fantasia. Peserta bertanding untuk tempat pertama dan saingan disingkirkan. Ada pra-pertandingan program dalam TV. Ada pasca-pertandingan program dalam TV. Tidak cukup dengan itu, ada juga cubaan mengusik-ngusik hal keluarga dan percintaaan untuk menaikkan rating.
Ceritanya macam Survivor (reality tv series). Peserta-peserta buat persengkokolan walaupun hanya akan ada seorang pemenang di akhir game.
Ceritanya macam The Running Man (1987). Arnold Schwarzenegger terpaksa masuk satu game tv di mana dia dikejar oleh beberapa pembunuh yang stailo hardcore ganas.
Ceritanya macam Predator (2010). Andrien Brody dan beberapa kawan-kawan ganas terperangkap dalam ruang game dan dikejar oleh anjing alien. Dalam Predator (1987), Arnold Schwarzenegger camouflage dirinya dengan lumpur; dalam The Hunger Games juga ada babak ini.
Kelainan The Hunger Games cuma dari sudut pendekatan. Pengarah menumpukan kepada emosi lebih, pacuan watak, berbanding dengan aksi, keganasan dan efek CGI. 2 jam 22 minit, dan game sebenar muncul pada minit ke 144. Tersiksa juga menunggu halwa mata. Tapi cerita latar asas watak ini berbaloi kerana ia memperkuatkan separuh kedua cerita.
Pengkritik-pengkritik di Rotten Tomatoes bagi 85%, dan aku jadi teruja mahu menonton. Aku layan tanpa tertidur tapi not my cup of tea kerana aku asyik terfikir filem-filem lain seumpamanya.
Kalau kau macam aku, 2.5 bintang sahaja.
Kalau kau suka Twilight (2008-2011), ini filem untuk kau. Depressing habis.
BTW, kalau kau suka Lady Gaga, kau akan suka pakaian watak-watak dalam filem ini.
Isnin, Mac 19, 2012
ULASAN FILEM BUNOHAN
Plink! Masin mulut gua. Cakap itu doa. Gua cakap je, Syed Syahrul rakam.
Oleh kerana mulut gua ni semakin masin, gua kena hati-hati berkata-kata. Kena cakap yang baik-baik je.
Mmmm...
Alangkah baiknya kalau Nora Danish...
Selasa, Mac 13, 2012
TAYANGAN KOPI 3 RASA ARAHAN NAZRI M ANNUAR
Arts & Craft Bazaar, Launching, Concert, Screening and much more...
March 2012, Sat 24 & Sun 25 | 12 - 8pm
Admission Free!
YELLOW MALAYSIANS HAVE ASSEMBLED. Green Malaysians have assembled. Rainbow Malaysians tried to assemble. And Purple Malaysians are assembling. Where would Malaysia be if colours stayed in the closet? Come celebrate all the different ways colours can assemble at The Annexe Gallery's popular art bazaar cum fringe fest.
Check out our 50 colourful arty crafty booths, including those of Jerome Kugan, Carolyn Joan Lau, Buku Fixi, Bibichun, They, Nizam Abdullah, Distrobuku, I Heart Badges, and also many Art For Grabs virgins. The free booths sponsored by Annexe Gallery for our favourite causes include Gerai Orang Asli, Pawsome animal shelter, Raleigh International, Ecopalooza, Tanma Federation (of Burmese refugee women groups) plus the Gentle Birthing Group up in the loft with an alternative delivery method and philosophy for moms!
Sat 12pm 24 March
KOPI – BUKU FIXI
Pelancaran Buku & 3 Filem Pendek
Jumaat, Mac 09, 2012
MALANG BERBAU
- Siapa kata malang tidak berbau? Masa aku hiking kat Taman Negara Endau-Rompin aku terpijak tahi orang. Malang itu berbau.
- Dulu aku chemo, Addy sokong dgn botakkan kepala. Bila Addy mula pakai pendakap gigi, aku sokong dgn pakai klip kertas di gigi. Padeli berhenti main besi di gym. Badan dia mula naik. Aku nasihatkan dia agar pakai bra.
- Mizah mengarahkan Harris agar tidak kacau dia lagi secara halus. Mizah kata dia berpindah ke kawasan yang tiada signal telefon.
- "Orang2 besar ni sama dgn ikan paus, w/pun besar jarang kita nampak," keluh seekor bilis kebanyakan.
- Roti telur lebih mahal dari roti kosong. Ghulam pun kata kpd pelanggannya roti kosong habis, tinggal roti telur shj.
- "Guru mengorban diri utk anak bangsa. Guru boleh diibaratkan sebagai apa?" "Rokok?"
- Pikap line kat #twtupJohor , "Awak @polan kan? Saya peminat awak!" Tengok nametag. "...lihat ni buku yg saya jual."
- Dlm dunia ini banyak patut. Patut ini dan patut itu. Patut yg paling patut adalah patut siapkan kerja.
- Harris tebalkan bukunya dgn membesarkan font. Kemudian dia letak label "Buku Mesra Mata" di atas kulit.
- Awak tak boleh buat rumah atas pokok ni. Ini pokok majlis bandaran.
- Walaupun kekasih ku sudah lama pergi, aku masih DM dia goodnight dan goodmorning setiap hari, tidak pernah gagal.
- "Aku dah pakai baju band ni. Takkan tak boleh ikut lagi?" rayu Abang Misai. "Baju the Teruna ni."
- "Cukup-cukup la bertwitter di opis tu Midah," bisik hati Midah. "Aku nak balik dan bertwitter di rumah pulak."
- Tiba-tiba dia tahu apa yang nak dikatakan tapi, tiada yang mahu mendengar. Cuping2 telinga terpotong di atas lantai bukan boleh mendengar.
- Din catering tekun menanti kredit namanya keluar di hujung filem. Tiba2, tukang projektor matikan filem dan budak jaga buka pintu panggung.
- Dia: Hari ini International Women's Day. Aku: Kena bagi hadiah lagi ke?
ULASAN PAUS GAGAL
"#PausGagal sangat epik. saya ulat buku. saya bagi tok 10/10 :D sangat." @liyanazin
"Saya perlukan kurang dari setengah jam nak habiskan buku tok. now i'm craving for more... :'(." @liyanazin
"I don't know about you but I giggled while reading Paus Gagal by @tokrimau. Kudos!" @YatAbdulGhani
"Cerita kontot dari @tokrimau . Dark comedy + elegance writing dari seorang warga senior," @Razaisyam
" #pausGagal sangat mudah dan seronok utk dibaca... nasib baik sempat beli semalam :) GOGOGO! TokGhimauuuu :P" @mynameisfatilah
"#pausgagal by @tokrimau sangat lawak dan ianya bukan #lawakhambar okay! Tahniah tok!" @yatrehayati
"i didnt buy it actually .my fren bought it n he left it in my bag .so i read it .anyway its funny ..." @zaquanMOHAMAD
"#PausGagal very entertaining, light, relaxed and apt. Looking forward for more!," @hadifahz
Selasa, Mac 06, 2012
TWTUPJOHOR DIPOLITIKKAN
Gua memang ada terlibat sipi-sipi dengan program TwtUpJohor ni. Gua jadi kurator tayangan filem pendek. Sepanjang yang gua tahu, tidak pernah ada cerita pasal kempen tarik pengundi dalam TwtUpJohor ni. Tup-tup keluar dalam surat khabar TwtUp nak tarik undi.WTF!
Kepada gua, tiada objektif politik langsung. TwtUpJohor ni adalah program ramah mesra antara kenalan-kenalan Twitter. Selebihnya selingan hidup. Pengisian masa. Noktah.
Isnin, Mac 05, 2012
ULASAN PAUS GAGAL
Sukacita dimaklum buku Paus Gagal [Koleksi Cerpen Twitter dan Cerita Kontot] habis dijual dalam masa satu hari.
Berikut adalah ulasan-ulasan pembaca mengenainya:
Ulasan-ulasan dari e-mel:
“Saya suka sebab himpunan ni mempunyai segala emosi, sama ada lucu, marah, sedih atau bahagia dan cinta.” @shahzere
“Banyak perkara yang boleh disampaikan walau singkat penulisannya.” @dandelionkuning
“Tiada alasan untuk tidak membaca.” @fikrikacak
"I find the book very amusing to read in any situation." @AlfianMohamed
Video Review oleh seorang penternak cengkerik, @SyedSyahrul:
Sesiapa yang gagal membeli, sila tunggu Edisi Kedua Paus Gagal, akan berenang ke darat pada 1 Jun 2012.
UPDATE
Paus Gagal 2nd Edition Available. RM5 + Shipping Fee. Contact sales agent below:
Garam (013-7904006)
Bunga (019-5384071)
gerobok.bukuATgmail.com
Isnin, Februari 27, 2012
FESTIVAL FILEM PENDEK TWTUPJOHOR
Masa: 3pm - 7pm
Tarikh: 3 Mac 2012
Lokasi: Aras Mezanin, IMIC (Iskandar Malaysia Information Centre), Danga Bay, JB
Tiket: PERCUMA
(Sesiapa ada mixer dan dua speaker besar tolong pinjamkan)
TAYANGAN FILEM PENDEK #TwtUpJOHOR
3.00 Kata Aluan Kurator Anda: Tok Rimau dari Sindiket Sol-jah
3.10 Jelajah Bukit Vol. 1 and 2 (Amirul Izwan & Zulfaiz Zulkini) 30 minit
3.40 Kapal Kertas (Fazleena Hishamuddin | @fazleenaH ) 30 minit
4.10 Bundle of Joy - (Syed Syahrul Zarizi Syed Abdullah | @syedsyahrul ) 20 minit
4.30 Rehat | Intermission (30 minit)
5.00 Pemburu Buaya Darat (Tok Rimau | @tokrimau ) 10 minit
5.10 Skodeng: Kebenaran Yang Nakal (Produksi Enjit Semut | @FasyaliFadzly) 10 minit
5.20 My Perfect Ana (Nazri V @NazriVovinski) 10 minit
5.30 Tikam (Razaisyam Rashid | @Razaisyam ) 10 minit
5.40 Bumbung Aku Lantai Orang (Dean Sham) 30 minit
6.20 Penutup
6.30 Tamat
.........
Hal-hal Lain #TwtUpJohor
Follow @twtupjohor on twitter for details
Date: March 3rd, 2012
Time: 10 AM - 11 PM
Venue: IMIC ((Iskandar Malaysia Information Centre), Danga Bay Entrance free
-Performances / Band
-Indie Book Sales
-Fixie and BMX Freestyle
-Johorean Food Stalls
-PS3 Winning Eleven Challenge
-Traditional Games
-Lucky Draw
-Carboot Sales
Rabu, Februari 22, 2012
FIKSYEN KILAT 2
""#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh," twit rakan serumah baharunya. Samad pun balas, "#ehSamalah."
Selasa, Februari 21, 2012
FIKSYEN KILAT
Bila kakak marah, dia akan menyendiri sental bilik air. Itu pasal, bila kakak datang rumah saya, saya sering buat dia marah.
"Sapa paling banyak friends FB, kita lantik dia jadi ketua kelas," ujar Cikgu Ghazali.
Khamis, Februari 16, 2012
Selasa, Januari 31, 2012
Rabu, Januari 18, 2012
Rabu, Januari 11, 2012
Isnin, Januari 09, 2012
3 ORANG SATU MOTOR
Inilah gambar gua lepas makan.
Originally uploaded by Jali.
Ini bukan gambar aku. Ini Man Kunang. Man Kunang ni kuat bercerita. Ini salah satu cerita benar yang diceritakan.
.........
Seorang lelaki balik ke kampungnya di pendalaman menunggang motosikal.
Tiba-tiba dia ditahan oleh seorang pakcik. Pakcik itu minta tumpang. Lalu diboncengkan.
Maka mereka pun meneruskan perjalanan.
Kemudian, motosikal itu ditahan lagi. Kali ini oleh seorang budak sekolah. Budak itu minta ditumpangkan.
Selepas berbincang dengan pakcik dan memerhatikan bahawa budak itu bukanlah besar sangat, maka diboncengkanlah budak itu.
Tanpa pengetahuan mereka, ada sekatan jalanraya oleh polis trafik di hadapan menuju jalan masuk kampung.
Maka, polis pun memberi isyarat tangan menahan motosikal itu.
Pemuda itu nampak akan polis tetapi dia tidak berhenti. Dia cuma memberi isyarat tangan sambil menjerit, "Takda ruang dah. Dah penuh."
Motor itu pun lewat lalu. Polis-polis di sekatan jalanraya berdiri pegun terkesima dengan reaksi penunggang motor itu. hi hi hi.
Jumaat, Januari 06, 2012
KOMEDI BERDIRI
Ada satu mamat lumur cat hijau seluruh badan konon-konon dia toyol. Gua tengok macam Hulk kurus sahaja lagaknya. Gua kira-kira ambil masa sejam juga dia nak menghijaukan tubuhnya.
Satu minit sahaja dia sudah disuruh turun.
Bukan dia sahaja begitu, peserta-peserta lain juga begitu.
Satu minit sahaja sudah disuruh turun.
Gua pun batal sahaja niat gua jadi pelawak. Langsung tidak berani mendaftar ujibakat Raja Lawak.
Sebenarnya, sebagai guru, gua tidak perlu takut khalayak lari. Hari-hari gua praktis lawak gua. Murid-murid mahu tidak mahu kena layan dengar gua.
"Please, teacher may I go out."
"Wait til I finish my lecture."
Syukirin dong gua berlatih melawak. Kalau gua membel macam ibu-ibu guru lain gimana sih?!
Eh! Apasal gua tiba-tiba ngomong Indonesia ni?
Ngak dong. Bukan gua pacarin dengan bibik orang sebelah.
Sebenarnya sejak kebelakangan ni gua banyak nonton Youtube gerakan Indonesia Stand Up Comedy Club. Seru banget dong.
Antaranya adalah Raditya Dika, dia penulis blog. Macam gua. Kemudian jadi penulis blook. Macam gua juga. Kemudian dia berlakon. Macam gua juga. Kemudian dia jadi stand up comedian. Macam gua?
Gua pernah la cuba di Rumah Pena acara Maskara. Tapi macam semua aktivitas gua sebelum ni, semuanya kecil-kecilan. Ngak grand. Hangat-hangat tahi ayam. At least gua mencoba. Lu ada coba?
Ya, tanpa banyak soal. Gua persembahkan Raditya Dika, dan lu cuba juga subscribe pada channel standupcomedyindo. Banyak lagi pelawak lain. Ada yang jadi, ada yang ngak.
Wassalam.
Isnin, Januari 02, 2012
RINDU ITU MACAM HANTU
Ini drafnya.
......
Rindu itu macam hantu
Malam-malam datang menganggu
Seram sekali
Rindu itu selalu mengacau
Buat aku meracau-racau
Geram sekali
Rindu itu mengilai-ngilai
Peluh aku berjurai-jurai
Ku sangka
rindu itu juga menghilang
bersama mimpi-mimpi ku,
rupanya
dia masih bertenggek di hujung ranjang,
dengan mata galak merenung aku.
Johor Bahru, Dis 2011
....
Okay, kasar sekali. rima ke mana meter ke mana. Draf kasar memang begitu. Nanti-nanti aku betulkan lagi.
Kalau ada kalian nak tambah, silakan.
Khamis, Disember 29, 2011
BULI
Bila ibu mereka tidak ada di rumah, Feena sering membuli adiknya.
Semalam Feena mencekak leher adiknya di bawah ketiak. Meronta-ronta Fadlee cuba melepaskan diri tetapi tidak berdaya. Cekak itu kemas dan teguh.
"Lepaskan la kak!" rayu Fadlee.
"Cakap aku cantik dulu," kerah Feena.
"Lepaskan la! Tolong."
"Cakap aku cantik dulu!"
"Ya, ya. Engkau cantik dulu."
Dush! Dush! Dush!
Apabila ibu mereka pulang, Fadlee mengadu, "Akak ni, orang dah buat apa dia suruh pun dia tetap jotos kepala orang."
Selasa, Disember 27, 2011
ACTION MOVIE FX
Gua bikin beberapa video guna Action Movie FX app untuk iPhone. Gua harap akan pecah kotak pejabat mengalahkan Ombak Rindu.
Tajuk: Akibat Berlumba Di Pagi Hari
Tajuk: Akibat Bangun Lewat pagi Hari
Tajuk: Cars
Tajuk: Budak Kecik Ada Power
.........
Thanks to Bad Robot, iPhone and iPad users can now insert themselves into a high-end action special effect. The company behind Lost, Alias, Mission: Impossible – Ghost Protocol and Super 8 has just released a cool, free iPhone app called Action Movie FX that allows users to shoot a short scene on your phone or tablet and then layer in a big explosion, attack or crash just like in a movie. Read more and watch all the effects in action after the jump.
The app, which you can download here, is currently free and comes with two preloaded effects: Missile Attack and Car Smash. For $0.99 you can then download extra effects such as Chopper Down, Tornado, Air Strike and Fire Fight. Watch all of them in action below.
Rabu, Disember 21, 2011
Jumaat, Disember 16, 2011
HANTUK KEPALA
Masa kecil-kecil dulu, masa main kejar-kejar, polis sentry atau galah panjang, selalu sahaja kepala terhantuk.
Entah dari mana mulanya satu tradisi, budak-budak akan hantuk kepala semula setiap kali mereka terhantuk. Two negatives cancel each other, kaedahnya.
Semalam masa main basketball, kawan aku terjatuh masa berebut bola. Kepala dia pula terhantuk testikel pemain lain yang berebut bola dengan dia.
Terbongkok-bongkok budak tu menahan senak. Kasihan.
Agak-agak, kalau kawan aku hantuk semula kepalanya ke testikel budak tu, boleh hilang tak sakit dia dia?
Jumaat, Disember 09, 2011
PEMASARAN FILEM
Sebelum filem itu dilepaskan ke panggung-panggung, satu tayangan ujian dibuat. Kerusi dalam pawagam dibahagikan kepada empat (quadrants).
1. Lelaki atas 25
2. Lelaki bawah 25
4. Wanita atas 25
5. Wanita bawah 25
Filem yang boleh memuaskan semua quadrants dianggapkan sebuah filem berjaya. Orang yang mencipta sistem ujian ini bernama Joseph Farrel. Beliau baru sahaja mati.
......
I have never posted anything like this. But, I need to keep this piece of news. It's important to me.
9 Dec 2011
Khamis, Disember 08, 2011
ADIDAS COMMANDER LITE
Kasut lama gua pun dah haus tapak dan koyak. Dah tiba masanya memanjakan kaki.
Adidas COMMANDER LITE TD. G20817
With a lightweight upper and a feathered outsole to support multi-directional movement, the adidas Commander Lite TD basketball shoe is a winning choice for centers and power forwards focused on fast moves, jump shots, blocking and rebounds. Lightweight arch support enhances surface adaptation and stability.
Harga di Al-Ikhsan Sports Online RM 299.00
Harga di Adidas Johor Premium Outlet RM 134.55
Harga di Amazon US$65 = RM203.48
Rabu, Disember 07, 2011
MIKODI - Draft Copy
Isnin, Disember 05, 2011
Festival Dokumentari Malaysia 2011
Hari ni gua dapat email dari wakil FINAS, menjemput gua ke Festival Dokumentari Malaysia 2011. Memang dasar IT kerajaan diamalkan. Paperless.
Apa yang peliknya adalah kad jemputan diberi dalam format .doc (Mircosoft Word).
Diorang nak suruh gua edit ke apa?
Berikut gua panjangkan isi kandungam majlis.
Tayangan Filem Dokumentari
Sempena Festival Dokumentari Malaysia 2011
6 hingga 10 Disember 2011
2.30 petang – 9.30 malam
Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS
Simposium Antarabangsa
10 Disember 2011
9.00 pagi – 6 petang
Conference Hall 3,
Kuala Lumpur Convention Centre
11 & 12 Disember 2011
9.00 pagi – 6 petang
Plenary Theatre,
Kuala Lumpur Convention Centre
Segala soalan tentang majlis, hubungi: 03 – 4104 1385 / 1327 Cik Azura/ En. Ahmad Faizal (kehadiran)
Jika anda berminat untuk dapat dana bikin dokumentari, lawat web ini: Crossing Borders - The Eurasia-Pacific Documentary Training
Khamis, November 24, 2011
MAINAN TIDUR
Malam tadi gua dapat mimpi buruk. Seorang lelaki telah mencuri iPhone gua.
Gua pun bersedih.
Tiba-tiba alarm 6.00 pagi berbunyi. Gua terjaga dari tidur.
Alarm itu dari iPhone gua.
Gua pun gembira.
Khamis, November 17, 2011
UJIRASA EIGHTLIDO
![]() |
| Klik untuk gambar saiz ekonomi. |
Petang semalam gua kosongkan perut sebab Sicksand (JBfoodClub.com) jemput temankan dia buat ujirasa resepi di Eightlido, sebuah restoran barat baharu, baru buka di tepi laut Johor Bahru. Lokasinya di jalan pantai Lido, 100 meter dari Msuite hotel, sebelah Lost Malaya.
8 malam, gua terpacak di restoran tersebut. Perut gua berkeroncong.
Bersama-sama kami ada beberapa orang kuat sosial media Johor Bahru yang akan juga turut serta membuat ujirasa resepi. Kami sembang-sembang sambil makan dalam ruang restoran yang penuh watak sudut hiasan dalamannya.
Kami disajikan dengan menu-menu menarik yang mempunyai nama barat. Khabarnya, Spanish Cuisine.
{The chef will email the menu list. Insert menu here later - Editor}
Sedikit peringatan, ada di antara menu di sini yang dimasak dengan campuran alkohol. Sila tanya chef bila anda buat pesanan.
Oleh kerana ini pertama kali gua makan Spanish Cuisine, maka gua tidak boleh bagi markah sebab tidak tahu nak bandingkan atas piawai apa. Cukuplah gua kata, semua yang dihidangkan habis gua bedal.
Gua balik sampai rumah sekitar jam 12 tengahmalam. Gua terus pergi dapur cari nasi. Perut Jawa memang tidak sah tidak berkencan dengan nasi satu hari.
Isnin, November 14, 2011
BAKAT BOLA KERANJANG
Sedang gua jalan-jalan di Sunway Piramid, sebuah kompleks membeli belah yang bekonsepkan kubur Firaun, tiba-tiba gua ternampak sebuah kedai mempamerkan jersey putih Team Shohoku nombor 10 milik Hanamichi Sakuragi. Harga RM80. Terus gua sambar tanpa banyak bicara. Gua memang pembeli kurang bijak. Beli ikut hati.
Gua memang minat habis manga Slamdunk (Pembolos Bola Keranjang). Gua ada satu set lengkap komik dia. Gua memang boleh rasa watak utama, Hanamichi Sakuragi, kerana gua pun asal lemah dan kena berlatih asas bola keranjang untuk main sampai tahap sekarang. Itu pun banyak lagi yang gua kena belajar.
Gua tengok ramai dengan bangganya pakai jersey pemain ternama Manchester walaupun main bola pun tidak. Gua tak boleh. Kalau gua pakai jersey Kobe dari Team Lakers atau Jordan dari Team Bulls, gua rasa tidak serasi sebab gua tidak handal macam mereka. Gua tidak layak. Itu bukan gua.
Hanamichi Sakuragi ini lain. Dia berlagak tapi semangat membara sebagai bakat pembolos bola keranjang. Ada sikit macam gua. Ha! Ha! Ha! Gua main dalam gelanggang pun lincah. Asyik menang je. Kawan-kawan panggil gua Sakuragi sekarang. Kalau gua ada rambut, gua dah dye merah. Ha! Ha! Ha!
Seminggu kemudian, gua terjumpa di Internet, jersey Shohoku yang sama dengan harga RM50 sahaja. Tidak guna! Gua terasa tertipu. Gua rugi RM30.
Untuk mengurangkan kerugian, gua sambar jersey Shohoku warna merah pula dari Internet. Kita jumlahkan dua helai jersey itu, RM130. Purata sehelai, RM65. Jadi gua rugi RM15 sahaja.
Bijak tak gua?
Khamis, November 03, 2011
SANDAL BASAH
Sampai depan pintu surau, aku tukar sandal. Aku pakai sandal surau dan masuk ke tandas.
Bila aku selesai, aku pun keluar. Aku dapati sandal yang aku tinggalkan depan pintu tadi basah.
Nampaknya ada orang lain menggunakannya untuk masuk ke tandas.
:-(
p.s
Mungkinkah sandal yang aku bawa masuk ke tandas tadi juga milik orang lain?
105 BIKE CULTURE YALA
Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Aku mahu meracau-racau pun bukan ada yang mahu dengar. Semua sudah ke sekolah dan ke tempat kerja. Aku masih terlantar, terdampar atas sofa ...
-
Pelancaran Buku Blog. 9 pagi - 5 petang. 1 April 2006*. Sabtu. Gerai 33. Laman Seni Kuala Lumpur . KLIK SINI >> MAKLUMAT TENTATIF ...











































