Rabu, November 07, 2001

3 JAM BERSAMA UDIKA, FAJAR & AKU
Tersebutlah kisah, Udika menyeberangi selat pada bulan Syaban. Seperti yg diketahui umum, Udika telah mengembara ke Kolumpo pd 24-26 Syaban. Sebelum sampai di Kolumpo dia telah singgah di Tg. Puteri untuk bertemu Sang Fajar dan Tok Rimau. Mereka membuat ikrar untuk bertemu selepas waktu maghrib di Petak Pusat. Tok dan Fajar lewat tiba kerana Sang Ishwara Tok Rimau tersesat. Dipendekkan cerita, Tok pergi sekolah rendah dan Fajar menunggu di sekolah menengah. Setelah berbalas-balas tepon, mereka bertemu depan to'kong. Tok pun memacu Sang Ishwara dgn laju menuju Petak Pusat tetapi mereka dihalang lagi oleh susunan ratusan besi bertayar bersesak-sesak menuju Pulau Temasik. Tok cuba mempengaruhi fajar untuk turun dari Ishwara, panjat pagar, dan lari 300 hasta ke Petak Pusat, namun begitu Fajar tidak bersemangat untuk mengikut perintah lari berhalangan yang dicadangkan oleh Tok. Mereka terus meredah kesesakkan itu.

Akhirnya bertemulah Fajar dan Tok dengan Udika yanf sedang mnyokong dinding Petak Pusat. Oleh kerana cerita ini sudah diulang-ulang oleh penglipur lara yg lain, maka di sini Tok akan ceritakan sahaja siapa Udika yang Atok Kenali. Tok sangkakan Udika bercakap laju dalam tepon kerana mahu jimatkan kos, rupa-rupanya memang dia berbicara laju macam bertih goreng diluar tepon jua. Luar biasa orangnya, dia juga banyak menjuarai kejohanan2 gezbuk. Antara yg terbaru adalah Piala Rimau yang menghadiahkan VCD Jemapoh dan Piala Charity Maxalon yang menawarkan hadiah misteri. Dia bukan sahaja gemar masuk gezbuk orang, secara fizikal pun dia suka lawat rumah kawan-kawan dia. Klau ikut hati dia, mahu lepas sampai ke Langkawi budak ni. Tidak rugi berkawan dgn dia kerana jika kita sakit dia akan ziarah kita.

Tentu tuan-tuan yang bujang ingin bertanya pendapat Atok samada Udika ini sesuai dibuat isteri. Atok tahu ramai juga yang masih single. Jawapan atok hanya, itu bergantung kepada mata engkau orang. Tok sangkakan budak arab semuanya bersaiz macam Saripah Aini, tapi rupanya Udika ini kecil molek. Kalau kau suka Sheila Majid, engkau tentu suka Udika. Tidak rugi dibuat Isteri kerana orangnya cergas, jalan pun macam bersukan. Kalau dikerah masak, basuh kain, cat rumah, basuh keter tentu tidak menjadi halangan. Hitam manis orangnya. Dan jika engkau impikan hidung mancung tenggelam dalam pipi engkau, Udikalah orang yang engkau cari. Dari segi inteleknya pula, Udika ini amat bijak. Orangnya bercita-cita tinggi untuk jadi saudagar kitab.Kalu engkau budak bengap, janganlah mimpi boleh se pelamin dgn Udika.

Amboi-amboi tersenyum Encik Abang tu. Asyik pikir tentang orang ajer, engkau pun kena ukur baju dibadan sendiri. Engkau kena lihat kemampuan engkau sebelum meminang Udika tu. Pertamanya, telinga engkau mestilah mempunyai stamina yang kuat. Al maklumlah, Udika ni suka bercerita, udah la itu, ceritanya pula laju. Kalau ada Red Bull tu jangan diminum, tuang ajer dalam telinga engkau. Mudah-mudahan tenaganya kuat menghadapi dugaan.

Itulah Udika yang Tok Kenal melalui sesi psikoanalisis di Petak Pusat dan Stesen Bas bersama Fajar. Arakian, Sang Fajar ini masih menyembunyikan rahsia dengan cara mendiamkan diri. Tok tak salahkan dia kerana diaa tengah tidak sihat. Fajar adalah jenis manusia yg sanggup berkorban walau apa pun. Demam-demam pun dia sanggup entertain kawan kawan dia. Opsss... buat apa atok cerita pasal Si Fajar ni, atok sebenarnya dah cerita dalam siri yang lalu. Dia masih begitu, tidak berubah. Begitulah ceritanya.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...