Ketika memandu ke pejabat aku nampak seorang pelajar perempuan atas basikal menuju ke arah bertentangan. Dia berhenti sambil terteleng-teleng ke arah gear cassete. Benda pertama yang aku perasan, jenama basikalnya. Exitway MTB biasanya basikal marhaen. Saddlenya terlalu rendah di mana apabila duduk, tapak kaki boleh cecah jalan. Posisi ini tidak ergonomik untuk menunggang. Pastinya dia bukan penunggang tegar.
Orangnya bertopi lebar dan berskirt. Kemungkinan besar pelajar asing dengan basikal pijam atau terpakai. Kereta melepasi dia. Aku lihat di cermin pandang belakang, dia masih tidak bergerak. Dia masih memerhatikan cassete seperti ada masalah teknikal.
Kereta terus maju. Perempuan itu hilang dari pandangan tetapi kepala aku masih berkira-kira hisab moden tambahan algebra kalkulus samada mahu membantu atau tidak. Atau, aku tidak harus jaga tepi kain orang. Kemudian aku letak diri dalam kasutnya. Tentu dia sedang tertekan atau cemas.
Aku teringat semasa aku jatuh motor di El Paso, Texas 30 tahun dahulu. Orang tempatan di sana membantu hantar aku ke hospital.
Aku pun buat U Turn. Dari kejauhan aku nampak dia masih di tempat sama atas basikal tetapi kali ini membetul-betulkan skirt. Hmmm mungkin dia tidak perlukan bantuan. Aku park 50 meter dan perhatikan dari jauh dahulu.
Dia masih di situ meneleng ke belakang ke arah skirt. Mungkin dia ada masalah busana. Hmmm... apa aku tahu tentang gaya skirt? Nothing.
Matahari makin meninggi. Dia masih di situ berpanas. That's it.
Aku keluar dari kereta dan berjalan ke arahnya. "Do you need any help?" sapa aku.
Dia mendongak. Kini baru jelas mukanya di bawah soyok topi lebar itu. Seorang wanita caucasian. "My skirt got caught in the wheel..."
Aku lihat skirt dia bergulung celah kaset. Patutlah dia tidak turun basikal walaupun ada masalah teknikal.
"I shouldn't be wearing..." dia cuba terus menjelaskan.
Aku angkat belakang basikalnya agar roda tidak cecah tanah. Aku golekkan roda ke arah belakang langsung membebaskan skirtnya. Skirt itu terlepas dari gear cassete. Nampaknya hitam bergelumang minyak rantai dan tercarik sejengkal bahagian itu.
"You are good now," aku bersuara ceria.
Dia macam nak berkata sesuatu tetapi tidak jumpa perkataan.
"Take care." Aku pun berlalu pergi menuju ke arah kereta.
Dari cermin belakang aku nampak dia menyorong basikal ke arah redup pokok. I feel good today. Hati berbunga-bunga.
Kau jangan tulis komen, "And that's how I met your mother." Aku sudah terlalu tua untuk itu. I feel good sebab I was presented with the opportunity to do an act of random kindness. That's that.