Kawan aku tersalah faham tema kayuhan “Rambo” sebagai “Rainbow.” Panjang lebar aku ceritakan tentang asal-usul filem Rambo (1982) arahan Ted Kotcheff yang diadaptasi daripada novel First Blood (1972) karya David Morrell. Tapi dia pula mencadangkan supaya aku pakai kemeja-t tie-dye berwarna-warni ambil inspirasi daripada tujuh warna pelangi. Beginilah jadinya bila Gen X berbual dengan Gen Y.
Misi Bikepacking Recce Sungai Emas, Kahang berlangsung pada 1 hingga 2 November (Sabtu–Ahad) dengan ketumbukan pasukan 17 peserta. Seperti biasa Jeneral Puak Pelampau, Cikgu Nazri, merancang strategi pejalanan dengan kemas. Objektif utama misi ini ialah meninjau kawasan, dengan tema “Rambo” yang menggalakkan peserta berpakaian celoreng atau berlenggeng terus.
Kayuhan bermula dari tempat letak kereta Masjid Ladang Zamrud pada jam 8.00 pagi, meliputi jarak anggaran 20 kilometer. Kami tiada maklumat rupa bentuk muka bumi dan keadaan kem nanti. Kita cuma berpandukan cerita-cerita rakyat dan beberapa potongan video di Internet dari group 4WD dan scrambler. Kita akan meneroka dan meneka dalam kesamaran.
Puas sudah mencari silapku
Puas sudah meneka hatimu
Tiada kutemui jawapanmu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri
[Selingan runut bunyi Meneka Dalam Kesamaran (2005), Ibnor Riza]
Peserta dinasihatkan menggunakan kelengkapan ringan dan kalis air kerana laluan melibatkan banyak anak sungai serta denai diramalkan berlumpur. Kayuhan depan diketuai oleh Irwan Komando selaku pakar rintis negara, dibantu oleh Baan, manakala Radzi dan Jijan bertugas sebagai sweeper. Seperti biasa, jeneral mengingatkan semua peserta agar menjaga konsep dan maruah sepanjang ekspedisi. [Bersambung bila pulang ekspedisi nanti, Insyallah]
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan