Berikut adalah petikan ucapan wakil-wakil Resolusi Tupai-Tupai
"Ada muzium jamban di Jepun."- 
Naga mempamerkan pengetahuan amnya berkenaan negara Jepun.
"Anak aku tanya, Sabtu ini tak ke mana ke?" - 
Spyz melaporkan panggilan yang diterima dari proxy Shila setelah mendapati dia gagal pulang setelah usai kerja.
"Salem ini aku beli kotak lembut kemudian pindahkan ke kotak keras" - 
Tok R menjawab komen tentang isu Salem kotak keras lebih bahaya dari Salem kotak lembut.
"Nasib baik jam depan sini, sempat la aku tertoleh lokasi Tupai-tupai di sini rupanya." - 
Jigo bersyukur kerana kerajaan menyediakan pusat-pusat kesesakan bagi memudahkan pemandu yang selalu sesat mencari tanda jalan.
"Untuk lelaki 
Jiwa Kacau. Untuk wanita, kita namakan 
Kena Kacau" - 
Basri menetapkan jenama pada produk terbarunya.
"Aku lewat sebab tunggu mem habis kursus" - 
Op membentangkan alasan agar namanya dicatatkan dalam minit sebagai 
lewat dengan maaf.
"Uncle Naga itu super senior saya di sekolah" - 
Ah Suez mencadangkan kepada majlis bahawa Naga itu amat berpengalaman.
"Memang ini girlfriend saya." - 
Samurai berucap sekali gus menutup peluang untuk golongan pemuda mengurat satu-satunya wakil wanita yang hadir.
"Aku nak claim duit minyak." - 
Nazmi menyatakan pendiriannya terhadap kadar inflasi di Kuala Lumpur.
Gambar: 
Resolusi Tupai-tupai