Gambar hiasan: Dua lelaki pura-pura mabuk |
Mengejutkan apabila tersebar berita ujian makmal yang dijalankan terhadap Barbican yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol.
Diluar 7-Eleven Teluk Muroh ada iklan Barbican harga Rm2.50. Din pun masuk bertanya tentang minuman itu.
Cashier: Iklan lama tu bang. Kami tidak jual Barbican buat masa ini atas arahan pengurusan.
Din: Kenapa?
Cashier: Ada isu tentang Barbican mengandungi alkohol.
Din: Ye ke? Tapi beer lain ada jual pulak.
Cashier: Hi hi hi, saya cuma mengikut arahan je bang.
Kemudian keluar lagi satu berita yang menyebut ujian makmal menunjukkan tiada alkohol dalam `bir halal’ tersebut. Alahai!