Khamis, November 24, 2011

MAINAN TIDUR

Hubungan gua dengan iPhone bertambah serius.

Malam tadi gua dapat mimpi buruk. Seorang lelaki telah mencuri iPhone gua.

Gua pun bersedih.

Tiba-tiba alarm 6.00 pagi berbunyi. Gua terjaga dari tidur.

Alarm itu dari iPhone gua.

Gua pun gembira.

Khamis, November 17, 2011

UJIRASA EIGHTLIDO

Klik untuk gambar saiz ekonomi.

Petang semalam gua kosongkan perut sebab Sicksand (JBfoodClub.com) jemput temankan dia buat ujirasa resepi di Eightlido, sebuah restoran barat baharu, baru buka di tepi laut Johor Bahru. Lokasinya di jalan pantai Lido, 100 meter dari Msuite hotel, sebelah Lost Malaya.

8 malam, gua terpacak di restoran tersebut. Perut gua berkeroncong.

Bersama-sama kami ada beberapa orang kuat sosial media Johor Bahru yang akan juga turut serta membuat ujirasa resepi. Kami sembang-sembang sambil makan dalam ruang restoran yang penuh watak sudut hiasan dalamannya.

Kami disajikan dengan menu-menu menarik yang mempunyai nama barat. Khabarnya, Spanish Cuisine.

{The chef will email the menu list. Insert menu here later - Editor}

Sedikit peringatan, ada di antara menu di sini yang dimasak dengan campuran alkohol. Sila tanya chef bila anda buat pesanan.

Oleh kerana ini pertama kali gua makan Spanish Cuisine, maka gua tidak boleh bagi markah sebab tidak tahu nak bandingkan atas piawai apa. Cukuplah gua kata, semua yang dihidangkan habis gua bedal.

Gua balik sampai rumah sekitar jam 12 tengahmalam. Gua terus pergi dapur cari nasi. Perut Jawa memang tidak sah tidak berkencan dengan nasi satu hari.



Isnin, November 14, 2011

BAKAT BOLA KERANJANG


Sedang gua jalan-jalan di Sunway Piramid, sebuah kompleks membeli belah yang bekonsepkan kubur Firaun,  tiba-tiba gua ternampak sebuah kedai mempamerkan jersey putih Team Shohoku nombor 10 milik Hanamichi Sakuragi. Harga RM80. Terus gua sambar tanpa banyak bicara. Gua memang pembeli kurang bijak. Beli ikut hati.

Gua memang minat habis manga Slamdunk (Pembolos Bola Keranjang). Gua ada satu set lengkap komik dia. Gua memang boleh rasa watak utama, Hanamichi Sakuragi, kerana gua pun asal lemah dan kena berlatih asas bola keranjang untuk main sampai tahap sekarang. Itu pun banyak lagi yang gua kena belajar.

Gua tengok ramai dengan bangganya pakai jersey pemain ternama Manchester walaupun main bola pun tidak. Gua tak boleh. Kalau gua pakai jersey Kobe dari Team Lakers atau Jordan dari Team Bulls, gua rasa tidak serasi sebab gua tidak handal macam mereka. Gua tidak layak. Itu bukan gua.



Hanamichi Sakuragi ini lain. Dia berlagak tapi semangat membara sebagai bakat pembolos bola keranjang. Ada sikit macam gua. Ha! Ha! Ha! Gua main dalam gelanggang pun lincah. Asyik menang je. Kawan-kawan panggil gua Sakuragi sekarang. Kalau gua ada rambut, gua dah dye merah. Ha! Ha! Ha!

Seminggu kemudian, gua terjumpa di Internet, jersey Shohoku yang sama dengan harga RM50 sahaja. Tidak guna! Gua terasa tertipu. Gua rugi RM30.

Untuk mengurangkan kerugian, gua sambar jersey Shohoku warna merah pula dari Internet. Kita jumlahkan dua helai jersey itu, RM130. Purata sehelai, RM65. Jadi gua rugi RM15 sahaja.

Bijak tak gua?


Khamis, November 03, 2011

SANDAL BASAH

Aku suka sandal aku kering.

Sampai depan pintu surau, aku tukar sandal. Aku pakai sandal surau dan masuk ke tandas.

Bila aku selesai, aku pun keluar. Aku dapati sandal yang aku tinggalkan depan pintu tadi basah.

Nampaknya ada orang lain menggunakannya untuk masuk ke tandas.

:-(


p.s
Mungkinkah sandal yang aku bawa masuk ke tandas tadi juga milik orang lain?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...