Isnin, Julai 31, 2017

TIADA AKU

"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku bantu buatkan acaranya.

Budak itu jawab, pada zaman Tok tak ada Tok Rimau.

Aku fikir balik kepada jawapan dia. Lama aku fikir. Jika satu gerakan itu tidak digerakkan, sampai bila pun dia tidak bergerak. Jika aku terus menerus menuduh masa lampau dan tidak berbuat sesuatu tentangnya, nescaya budak masa hadapan akan menuduh zaman aku pula.


98 ADELA LASAK

Aku masuk acara Adela Lasak di Felda Kledang, Kota Tinggi pada Ahad, 15 Februari 2026. Cuacanya cantik. Mendung tetapi tidak hujan. Redup pa...