Rabu, Februari 14, 2007

ORANG BODOH DENGAN HADIAH

Kerajaan semalam mengumumkan menarik balik peraduan cabutan bertuah ‘Jom Tukar dan Menang’ yang menawarkan hadiah kereta Perodua MyVi bernilai RM50,000 kepada pemenang bertuah yang menukar kad pengenalan lama kepada MyKad.

Seorang menteri dipetik sebagai berkata:
“Jadi, semuanya nak tukar (MyKad) kena bagi upah pula, buat cabutan bertuah, baru orang ramai datang. Itu ‘rubbish’ (mengarut). Adalah BODOH untuk menawarkan sesuatu seperti itu kepada rakyat Malaysia untuk menukar MyKad... ia sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka berbuat demikian."

Masih dalam semangat persaingan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diarah menghentikan Peraduan Tekan, Hantar dan Menang yang menyediakan ganjaran wang tunai kepada perakam gambar pesalah trafik sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.

Soalan Kefahaman:
1. Siapakah yang dikatakan bodoh dalam kenyataan menteri terbabit?
2. Kenapakah kebodohan itu tidak terserlah sebelum akhbar Mi-Telo menjadikannya sebagai agenda?

Sesiapa yang berjaya menjawab soalan di atas dengan tepat akan diberi rasuah berbentuk sebuah kapal perang jenis pengangkut kapal terbang. Penyertaan terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang punya MyKad.

.............................

Nota:
Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah.

15 ulasan:

Husni berkata...

aku rasa org yg sama gak masa approve cabutan bertuah tu...

kingbinjai berkata...

sudah tentu orang yang memberi cadangan dan mereka mereka yang bersetuju dengan cadangan tersebut dan mereka yang merealisasikan perkara itu.

kata aku pada mereka : "ala taknak bagi pun takpe! aku pun tak hingin! ptbhhh!"

sinaganaga berkata...

dulu, apabila entri aku penuh dengan marah2 (kepada state) - kau benci aku, kau kata aku keji, bla bla bla...

la ni barulah kau tahu kenapa aku marah2...

kalau projek perumahan tak siap - nak salahkan siapa lagi? pemaju? rakyat? kucing si saharil?

dan, ta'kan state nak kata, "oh, kami tak tahu pun di tapak itu sedang dijalankan projek perumahan tahap mega! oh, terbengkalai ek? oooo..."

aeyjay berkata...

sapa² yg cadangkan & sapa² yg tarik balik mereka² itulah yg bodoh

cik puan daun berkata...

Masa mencadang sure berdegar2 kembang kempis lobang hidung ingatkan cadangan dia tu best sangat..

Masa tarik balik tu pon berdegar-degar jugak.. Aku rasa perodua tarik balik penajaan.. sbb tak dapat tender supply kereta kat jabatan pendaftaran.. ahaha

DeeN berkata...

Itu namanya buruk siku!! Dah wartakan, tarik balik. Buat malu diri dan jabatan jer. Pbthui.!!
Gamaknyer yg dia dok kata bodoh tuh, diri dia la ye kan. Sebab nak cover line. Eleh macam org tak tau.

Tanpa Nama berkata...

jawapan : laki nirmala samsudon

cerebrator berkata...

Aku tau!

1. Rakan sekerja beliau.
2. Sebab SiMenteri tak baca akhbar lain.

ehh nanti...
nak kena ada MyKad ehh?
Alamak...

areyoung berkata...

Mmglah tanggungjwb kita tukar mykad tapi kalau dah org bagi, kita ambikla...

Amyz! berkata...

ahaha. tau pun bodoh. baru tau ke?? bodohnyaaaa..

rasso berkata...

hahaha

Roti Kacang Merah berkata...

bagi aku, yang fikir myKad boleh membeli myVi tu yang bodoh. sebab dah tahu 'orang-orang sinun' kaki penipu, tapi masih lagi terpedaya untuk kesekian-kesekian kalinya.

tapi ini yang 'mereka' suka dan sengaja semat selama ini pun... rakyat yang bodoh, supaya 'mereka' sentiasa boleh memperbodoh-bodohkan rakyat.

maaf kalau terlalu 'bold' & 'blunt', tapi hakikat adalah hakikat, bukan?

Pa'chik berkata...

ini kisah dua orang perlis ni, orang perlis yang lagi sorang dah ulas malam semalam, marah juga dia, pasal orang perlis mengata orang perlis jugak.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~inilah saya~ berkata...

Yang engkau semua bodoh percaya dengan kenyataan si bodoh tu sapa suruh.

Hah..eloklah, si bodoh makan sibodoh.

Eh..Sapa yang bodoh sebenarnya?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...