Rabu, Februari 07, 2007

DEBAT

Kami bertujuh berdebat dalam van. Van produksi meluncur masuk kawasan kampung untuk lokasi yang berikutnya. Mauduk debat kami, "Perempuan suka lelaki tua atau muda?"

Orang Tua: Orang muda macam kalian tidak mungkin dapat. Kalian tiada kereta macam kami yang tua. Kami sudah ada steady income. Kami boleh beli hadiah macaam-macam. Kalian mahu sms dia pun susah, kredit habis.

Orang Muda: Saya pun akan tua juga nanti tapi encik tidak mungkin akan jadi muda. Ha! Ha! Ha!

Orang Tua: Okay la. Kalian menang.

Bidadari jadi rimas. Dia seorang sahaja dalam van itu yang tiada halkum. Tiada siapa yang mahu berbual pasal kasut atau pusat membeli belah.

Aku jeling cermin pandang belakang. Bidadari sedang pejam mata. Tentu dia sedang berdoa agar prop pistol mainan itu menjadi pistol betul. Boleh dia tembak kami semua.

18 ulasan:

tapai berkata...

Ada tujuh orang dalam satu van. Cuma seorang daripadanya adalah perempuan, manakala selebihnya adalah lelaki tua dan lelaki muda.

Aku rasa perempuan yang seorang itu ada suka kepada lelaki yang tak ikut berdebat dan mengambil kesempatan ini untuk berbual dengannya.

Tak kiralah samada lelaki itu tua atau muda. Perdebatan membuatnya rimas, perbualan boleh membuatnya segar. Aduhai! Bilalah kamu mahu belajar tentang itu?!

Pa'chik berkata...

kenapa tidak saja ditanya kepada bidadari?

spyz berkata...

tapi,

itu bukan kali pertama kau jeling dia kan??

he he..

areyoung berkata...

Dan Tok.., jangan pula pejam mata sekali ya (utk berdoa atau apa-apa pun)

Tanpa Nama berkata...

Tok macam tau-tau je apa ada dalam fikiran bidadari. Entah-entah dia pejam mata sebab memang mengantuk dengar orang laki-laki tua dan muda berdebat

Kemat berkata...

bidadari, lenkali tumpang kete aku jer.. x yah dgr mereka berdebat

dugongsenyum berkata...

kadang2 aku rasa sudah terlalu tua untuk berdebat.

ahahaha

DeeN berkata...

bidadari itu mungkin tengah menganalisis sendiri. Rupanya kalau lelaki mula berdebat, topik diskusinya berlegar mengenai wanita jugak hahahahahaha....

rasso berkata...

sebenarnya kalian... bidadari tak mau partisipasi dalam debat orang muda dan tua tu sebab memikir jawapan yang perlu dibalas pada telefon genggamnya yang ako hantar itu.

mungkin Tok dan rombongan tidak sadar perihal tersebut.

teringat pada daku mungkin! ha ha haa

cerebrator berkata...

Har? Tu pistol mainan?

~inilah saya~ berkata...

bidadari,

Aku masih muda dan masih single lagi.

Mahukah kamu?

kingbinjai berkata...

ah untungnya jadi pestol itu

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kesian bidadari.........

jagoan berkata...

Plot dan watak perlu diperkemas.

Hehehehe. Bidadara lawannya

Tanpa Nama berkata...

Labels: gatal.

kaum yg berhalkum mmg begitu kalau berkumpul. he he.. jgn mara yg TOK.

tuan tanah berkata...

Hihihi.

Patut Tok tukar label sebagai 'Hidung Belang.' Lebih sesuai rasanya.

sinaganaga berkata...

Tok Rimau memang jahat, sebenarnya. Ha ha.

Sastri berkata...

mungkin bidadari tu mengantuk kot?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...