Satu senja seekor pocong telah masuk ke rumah emak. Dia meloncat-loncat diruang tamu.
Nenek bingkas bangun mencapai penyapu. Diserangnya pocong itu dengan penyapu.
"Syaitan! Pergi engkau dari sini. Pergi!" marah nenek.
Bila usia menjangkau senja, nenek sekejap di rumah Pak Long. Sekejap di rumah Pak Ngah. Sekejap di rumah emak. Sabtu lepas aku ingin menziarah nenek di rumah Pak Long. Di depan rumah Pak Long ada kereta baru, Mazda RX merah. Ada artis menyorokkan kereta di rumah Pak Long. Takut peminat serbu bila tahu dia ada di rumah.
"Kereta baru ke Pak Long?" aku bergurau.
Pak Long serius. Dia lihat muka aku sayu.
"Nenek sudah tidak ada. Dia dah pergi," Pak Long memberi maklum dengan nada sebak.
Innalillahiwainnalillahirajiun. Aku pun jadi sebak. Menurut Pak Long aku lambat 5 minit.
Jika pocong itu datang lagi ke rumah emak, siapa yang akan menghalaunya? Aku kena belajar jadi berani macam nenek.
.....................................
Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Isnin, Februari 12, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
23 ulasan:
al-Fatihah
salam takziah utk keluarga...
salam takziah.
takziah juga. saya tinggal seorang saja nenek.
takziah juga. saya tinggal seorang saja nenek.
Salam takziah...
Semoga Allah merahmati roh nenek tok rimau.
* Wah! sangat berani nenek tok. Sepatutnya anak cucu kena mewarisi keberanian tersebut.
Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Allahummagh firlahu warhamhu.
Pergi dia untuk kembali. Kepada yang Haq.
Al-Fatihah!
al-fatihah dan takziah...
al-fatihah
semoga nenek tok ditempatkan disisiNya
takziah
juga takziah
takziah
al fatihah semoga roh nenek dicucuri rahmat
Salam Tok Rimau...takziah dari kami sekeluarga.
takziah pd tok & keluarga. semoga roh nenek dicucuri rahmat hendaknye, insyaallah.
First, takziah.
2nd, masa mawie ajak kau jalan sama tu - aku dengar. Tapi aku tak dengar suara dia, aku cuma dengar suara kau je... Kau kata, "mawie mawie!'
3rd, bila last kau jadi pocong? Ha ha.
Innalillah...
Nenek saya, setelah perginya baru saya dapat mengenang banyak cerita.
Sekarang, tiada nenek yg tinggal, sob,sob.
hmm salam takziah jugak kepada tok rimau.. kita yang masih hidup harus teruskan hidup yang penuh pancaroba ini
innalillah...
Salam takziah utk tok sekeluarga. Moga roh nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman.
saya masih ada seorang nenek yg membesar & mendidik saya dgn jayanya. moga nenek saya panjang umur hendaknya. saya sayaaaang dia!
Takziah kpd Tok sekeluarga.
Izinkan saya meluahkan perasaan saya: Sejak lahir, saya hanya dpt jumpa nenek saya yg satu saja. Itu pon dia dulu tinggal kat Indonesia. Jumpa, dia cuma setahun sekali. Skarang, dia dah takde.
Kepada sumer yg masih ada lagik nenek/atok, hargailah kehadiran mereka.
---
"Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat."
Ameen.
Al-fatihah.
Takziah untuk famili Tok.
takziah tok..
takziah.mg dicucuri rahmat atas rohnya.
takziah.
Catat Ulasan