Khamis, Disember 29, 2005

TEMUBUAL DENGAN BIG FOOT

Heboh satu bumi bertuah tentang kelibat Big Foot di hutan Kota Tinggi, Johor. Kenapa makhluk yang dipanggil oleh orang asli sebagai "Hantu Gigi Panjang" itu digelar pula sebagai Big Foot oleh media sedangkan kakinya tidak pernah menjadi isu? Aku tidak puas hati dengan nama Big Foot lalu aku hantar SMS Survey kepada kawan-kawan aku. Mereka mencadangkan:

Mawas
Mengikut kamus dewan Karyanet: Monyet besar dalam famili pongidae termasuk orang hutan dan cimpanzi. Nama ini terlalu umum. Tidak boleh diterima.

Hantu Tetek Besar
Cis! Kawan aku ini keliru. Kita berbicara tentang Big Foot, bukan Pamela Anderson atau Hantu Kopek misteri nusantara.

Aku ambil tape recorder dan buku catatan lalu memandu ke hutan Kota Tinggi. Aku cari makhluk itu sampai dapat. Aku nampak dia sedang memancing ikan di sebuah tasik.

Aku: Ehem... memancing ke?

Makhluk: Opocot. Terperanjat aku dibuatnya. Kau ni siapa?

Aku: Saya ini seorang blogger yang berhasrat mencari kebenaran tentang diri tuan. Boleh saya temubual tuan?

Makhluk: laaa hai.. tak payah la bersaya-saya, tuan segala. Aku-engkau dah lah. Baru mesra. Tanyalah apa nak tanya.

Aku: Mula-mula, saya... err aku nak tahu nama kau.

Makhluk: Mxlyxzwqu Anak Jantan Pytoqwerty

Aku: Macam mana nak ngejanya?

Makhluk: Entahlah. Aku pun tak sekolah. Tak reti nak ngeja.

Aku: Apa pendapat kau bila orang panggil kau Big Foot?

Makhluk: Sebenarnya kaki aku bukannya besar sangat. Lagi pun aku takut ramai pompuan tergila-gilakan aku bila guna nama tu.

Aku: Apasal pula?

Makhluk: Kau bukan tak tau, apa orang kata tentang jantan berkaki besar. Ha ha ha.

Aku: Hampeh! Mencarut kuat la kau ni.

Makhluk: Ha ha ha... oit jangan bising sangat. Nanti ikan lari.

Aku: Ok. Orang asli panggil kau Hantu Gigi Panjang camana pulak?

Makhluk: Apalak aku ni hantu. Aku bukan hantu. Lagi pun setakat gigi, tak la panjang sangat. Panjang lagi anu aku. Ha ha ha.

Aku: Hampeh! Malas la aku berbual dengan kau. Lucah semacam. Aku belah dulu.

Makhluk: Ha ha ha. Merajuk la tu. Kau tak mau ambil gambar aku ke?

Aku: Sori la. Hari ni aku bawa kamera padat je. Gambar tak seru. Nanti orang kata aku buat pakai photoshop je. Lain kali aku datang lagi bawa SLR. Aku call bila aku datang. Kau sikat bulu tu. Baru fotogenik. Okay la ciao.

Makhluk: Okay. Aku pun nak cari lubuk lain. Kat sini ikan mogok. Kau punya pasal la. Bising-bising. Okay. Aku belah dulu.

Balik. Aku cari dalam Wikipedia. Nama-nama makhluk lagenda primate berbulu berjalan dengan dua kaki di tempat lain punya nama yang baik-baik:

Almas - Mongolia's Bigfoot
Barmanou - Afghanistan and Pakistan's Bigfoot
Ebu Gogo - A similar creature from the Flores Islands of Indonesia; and
Orang Pendak - A similar creature from Sumatra in Indonesia
Nguoi Rung - Vietnam's Bigfoot
Sasquatch - North America
Skunk Ape - Florida's Bigfoot
Woodwose - Medieval Europe's Bigfoot
Yeren - China's Bigfoot
Yeti - The Himalayas' Bigfoot
Yowie - Australia's Bigfoot

CERITA HARIMAU

Harimau: Jangan ambil tindakan sendiri
TEMERLOH 28 Dis. - Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri menjejaki harimau daripada kesan tapak kaki yang ditemui mereka sebaliknya segera melaporkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar Taman Negara.
(UTUSAN MALAYSIA)

NAGA YANG AKU KENAL

Pertama kali aku bertemu Naga adalah untuk urusan Zine Gangguan Teksual. Dia duduk sebelah mesin fotokopi dipejabat lamanya. Mulutnya bagai bertih bercerita itu-ini. Telinga aku bagai kuali satelit. Aku tahan besar mencari makna dalam cerita-ceritanya. Sesekali aku memangkah rokoknya. Tidak aku sangka, kehadiran aku di Internet akan menemukan lelaki kerinting yang bermisai ini. Mantan pemain ragbi yang punya jiwa seni.

Dulu. Aku buat video-video pendek 1-5 minit. Ceritanya entah apa-apa tapi bila dilepaskan ke Internet secara percuma, ramai pula yang memberi reaksi positif. Lalu aku pun kumpulkan video itu dalam VCD dan aku iklankan di Internet. Suatu hari ada orang mengirim e-mel menyatakan hasratnya untuk membeli VCD yang aku bikin. Akhirnya, cubaan aku berjinak-jinak dengan e-dagang berjaya mendapatkan aku seorang pelanggan.

Pada masa itu aku tidak tahu dialah pelanggan aku yang pertama dan terakhir. Pelanggan tunggal kepada usahawan e-dagang yang kecundang. Ha ha ha. Buat apa beli video bajet rendah dalam VCD RM15, bila kalian boleh beli DVD sebuah filem bajet jutaan ringgit untuk hanya RM5.

Dia memberikan wang, nama dan alamat untuk tujuan transaksi dan pengiriman. Nama itu macam aku kenal. Rupanya dia inilah yang menulis buku Kasut Belang Hilang yang aku belikan untuk Sarahmon. Aku kenal air tangannya sebelum aku kenal orangnya. Dalam sampul, bersama wangnya, ada satu VCD yang dia sendiri buat. Rasa terhina pula kerana aku cuba cari keuntungan dari kerja-kerja kreatif yang aku suka, sedangkan dia bagi karyanya percuma sahaja. VCDnya menceritakan dia dan kawan-kawan mendaki Gunung Kinabalu. Disertakan juga muzik video dia beraksi naik keretapi kecil berlatarbelakang lagu Cina. Sejak dari itu, dia sering memanggil aku dude.

Setelah menjadi sahabat, aku menghasutnya untuk menulis weblog seperti aku. Sekonyong-konyong, dia pun terpengaruh. Aku diberi penghormatan untuk menulis pengenalan kepada weblognya. Pada tahun 2004 dia dicalonkan oleh Geng Jurnal untuk anugerah Blog Baru Terbaik. Sayang, dia tidak menang. Pada 2005 dia dicalonkan lagi dan bersaing dengan aku untuk anugerah blog terbaik 2006. Nasib baik, dia tidak menang. Aku yang merangkul anugerah itu. Pun begitu, dia dianugerahkan Anugerah Entri Mencuit Hati.

Aku akui kekaguman aku terhadap kebolehannya menyaingi penulis-penulis weblog otai yang lain. Dalam masa 1 tahun, dia mengumpul peminat yang begitu banyak. Huruf-hurufnya bagai bersilat kemas dan kata-katanya bagai tarian gelek yang mengiurkan- memberi visual yang jelas dalam otak pembaca sehingga ada yang terperangkap dalam plot takdirnya. Tidak boleh tidak, seperti ramai orang, aku menjadi peminatnya yang setia.

Sekali-sekala bila singgah di ibunegara, aku akan bertemu dengan Naga. Cuba mencuri ilmunya. Aku penasaran bagaimana gaya penulisannya yang separuh prosa berirama itu boleh bejangkit bagai wabak. Ia dapat dirasai hingga kadang-kadang kalian akan lihat pengaruhnya dalam tulis-tulisan penulis weblog lain. Banyak yang perlu aku belajar.

Kali terakhir aku bertemu Naga adalah untuk urusan Ayah Kita Bos. Di pejabat barunya dia duduk sebelah salah satu tiang bangunan. Potret Belang yang hilang kasut tergantung pada tiang itu. Kami berbual dari 9 malam hingga ke 1 pagi. Tentang projek, tentang video dan tentang kerja.

Aku syak dia menuntut overtime untuk masa dia berbual dengan aku.

Rabu, Disember 28, 2005

KEPENTINGAN SELUAR DALAM BARU

Adalah amat penting untuk kamu membeli seluar dalam baru. Buang seluar dalam lama yang berlubang-lubang seperti jaring ikan itu.

Malang tidak berbau. Mana la tahu, kamu mungkin ditahan polis dan diarah menanggal seluar dalam dan membuat ketuk ketampi (untuk tujuan penyiasatan). Pulak tu, ada yang merakam dengan telefon berkamera. Nak dijadikan cerita, ditayangkan pula di parlimen. Dipaparkan pula di dada akhbar-akhbar. Mereka mungkin mengaburkan muka kamu, tapi tidak seluar dalam kamu. Sudah jatuh ditimpa tangga, di timpa pula buah nangka dan dahannya.

Jika kamu memakai seluar dalam bersih yang baru, tidaklah kamu malu bila paparan-paparan itu menjadi isu kebangsaan. Mungkin juga antarabangsa. Ingat, jika kamu hitam, mungkin paparan itu sampai ke India.

Selasa, Disember 27, 2005

MASYARAKAT BERSATU PADU

Seorang Melayu berdiri di depan gerai VCD di pasar malam.

"VCD Rock Mamat Khalid ada ka?" tanya Melayu itu.

"Belum sampai lagi," jawab tauke VCD.

"Kalau lu tak jual itu VCD, lebih baik lu berhenti jadi Cina."

"Okay la kawan. Minggu depan gua bawak. Kalau lu tak beli, lebih baik lu berhenti jadi Melayu."

"Okay. Gua ciao dulu. Jumpa minggu depan"

Jumaat, Disember 23, 2005

V for Vendetta

Hujung 80-an aku membeli Novel Grafik V for Vendetta. Hujung 2005 aku dapati buku ini akan ditayangkan dalam bentuk filem. Aku jangkakan, membaca buku lebih seru dari menonton filemnya. Aku baca semula buku ini.

Trailer:
http://www.apple.com/trailers/wb/v_for_vendetta/

Book:
http://en.wikipedia.org/wiki/V_for_Vendetta

Khamis, Disember 22, 2005

SMS Message From: 0127652115

SMS Message From: 0127652115, Thu, 22 Dec 2005 18:44:47 +0800

"Selepas saya mati, saya akan menjadi hantu menangkap awak," sarikata drama Korea.

This service was brought to you by Maxis net and Hotlink. To find out more about our other services please visit http://www.maxis.net.my or/and http://www.hotlink.com.my

Selasa, Disember 20, 2005

ISU KETUK KETAMPI

Pak Lah memang handal. Tidak melatah. Isu ketuk-ketampi dia pusing dari usaha damage control kepada image building. Mula-mula ceritanya polis jahat tetapi sekarang plot twist jadi polis berdedikasi membenteras penyalahgunaan dadah. Dan kerajaan Pak Lah adalah telus. Sekarang Teresa Kwok yang memula cerita berada dalam wok panas.

Pun begitu, cerita masih belum tamat. Ada watak yang perlu bertanggungjawab kepada mengambil gambar bogel dengan telefon.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin