Rabu, Januari 31, 2007

KUALA LUMPUR PENIPU

Hisyam berasal dari Pulau Semporna di Sabah. Kau dapat mengagak dari intonasi suaranya bila dia berbicara.

Sutradara: Orang kampung kamu hisap rokok Sempurna?
Hisyam: Kami hisap Dunhill. Dunhill seludup dari Indon.

Pun begitu, dari tulisan aku, kalian tidak boleh mengagak dia dari Sabah kerana aku tidak menulis secara fonetik. Jika Hisyam tidak pergi ke Universiti Selatan, dia tidak keluar dari Sabah.

Hisyam adalah salah seorang kru filem Maling. Dia berkeras mahu ikut kami ke Kuala Lumpur untuk majlis anugerah walaupun kad jemputan untuk masuk ke dewan anugerah itu tidak mencukupi untuk membawa terlalu ramai kru. Kami bawa juga Hisyam ke Kuala Lumpur. Jika dia tidak ikut pengambaran projek Maling, dia tidak keluar dari Johor.

Hisyam: Ini pertama kali aku keluar dari negeri J.B.
Kami: Negeri J.B.?! Ha! Ha! Ha! (Riuh satu van ketawa)

Sepanjang ronda-ronda Kuala Lumpur, kawan-kawan ghairah menjadi pemandu pelancong kepada Hisyam. Kami tunjukkan Tabung Haji, Institut Jantung Negara, Mall Mega, Masjid Negara dan juga Angkasapuri. Dan KLCC juga.

Hisyam dan Sutradara beratur di Food Court Signature, KLCC, tingkat 3 bawah panggung, untuk membeli makanan. Juruwang menghulurkan nasi ayam yang dipesan dan menunjukkan harga makanan pada LCD mesin wang. RM8.00.

Hisyam: Babi! (Carut spontan terpancul kerana terperanjat dengan harga makanan itu yang mahal relatif.)
Juruwang: (Terpinga-pinga dan mula mahu marah. Dia tidak dapat mengagak bahawa Hisyam dari Semporna, Sabah.)
Sutradara: Hisyam, babi tidak dijual disini. (Sutradara cover line)

Dalam perjalanan pulang dari KLCC ke negeri J.B., Hisyam dan Kahar duduk di kerusi paling belakang dalam van.

Hisyam: Harga baju itu mahal. (Bercerita tentang baju yang mereka lihat di KLCC)
Kahar: Mana kamu tahu?
Hisyam: Aku rasa kainnya. Nipis.
Kahar: Dia bukan jual baju. Dia jual Brand.
Hisyam: Kuala Lumpur Penipu!
Kami: Ha! Ha! Ha! Kuala Lumpur penipu! (Serentak).

Ada tidak ada, selain melihat artis-artis terkinja-kinja dalam seluar ketat mereka, telatah murid-murid aku inilah hadiah saguhati yang aku bawa pulang dari Kuala Lumpur.

14 ulasan:

zizie ali berkata...

tahniah kpd tok rimau. kpd hisyam juga.
k.lumpur memang penipu. penerbit filim pun ada yg penipu. mahu org kata dia seorg yg kreatif. bisa menulis skrip dan menjadi pengarah.

ayobkelubi berkata...

tok pesan dekat hisham,bukan kuala lumpur penipu, ulu banat pun penipu gak. apa2hal pun tahniah utk krew MALING.lain dari lain tapi masyarakat belum boleh terima kelainan itu.

Sastri berkata...

tahniah Tok... hmm... begitulah keadaannya di Kuala Lumpur nih...

areyoung berkata...

Tanya Hisyam, maukah dia ke tempat penipu ni lagi? Haa!

Pa'chik berkata...

aku pernah kena tipu dengan jalan di kuala lumpur. penat weh...

ontahsapo berkata...

bukan kuala lumpur sahaja yang penipu... ha ha..

VitAmiN berkata...

tok..walaupun tok tak menang,dan saya plak cari muka tok tak jumpa dlm tv,tapi tetiap kali preview maling,mesti part muka tok yang naik.haha.tahniah tok.

sinaganaga berkata...

Shah Alam pun penipu! Ha ha.

Beritahu Hisyam, aku kecik hati sebab mereka tak mahu duduk sebelah aku masa makan di KLCC tempoh hari. Dan, beritahu Hisyam juga - aku bukan budak KL - aku budak Republik Sentul Barat. So, aku tak tipu!

Romantis Selatan berkata...

saya tidak senang berada di kuala lumpur. banyak perkara yang tidak dapat saya terima. lebih senang berada di Selatan. di sini ada romantika yang tersendiri.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Hisyam itu masih suci. Kejutan budaya kalau ke Kuala ber'lumpur' selalu. he he..

~inilah saya~ berkata...

Apa kata bawa hisyam berjalan-jalan ke negeri seremban pula.

* Hoben jang hoben...

rasso berkata...

puduraya juga ada penipu!

ann berkata...

aku pon org semporna jugak.

kirim salam dengan hisham, mungkin dia kenal aku.

cerebrator berkata...

hehhehe. KL penipu. Tapi kan, aku rasa sumer hampir sumer bandar 'modern' di merata dunia nie penipu.
cuma kasar atau halus ajek.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...