Tidak terpilih untuk menang dalam apa-apa kategori AFP06 ( Anugerah Filem Pendek 2006) tidak menggentas kreativiti kami. Dan jika kami diberi peluang untuk hantar entri lagi, kami akan hantar jenis kerja yang sama. Kami tidak akan tunduk kepada kejumudan dan kesederhanaan. Kami akan teruskan dengan plot penuh darah, penuh aksi dan penuh emosi. Kami akan terus kritikal dan terus kontroversi. Filem filsuf untuk orang yang berfikir dan suka makan nasi lemak.
Oleh itu, untuk kalian, eksklusif sneak preview sinopsis sequel fiksyen kami:
MALING 2
Maling 2 bermula dengan babak sebuah set pengambaran kempen anti merokok (kerana rokok boleh menyebabkan kereta meletup.) Tiba-tiba datang sekumpulan orang awam diketuai oleh seorang Pak Haji. Mereka memukul krew pengambaran. Mereka taji kaw-kaw punya. Pak Haji memaki ketua krew, "Kepala hotak kau. Rokok menyebabkan kanser, bukan kereta terbakar. Bodoh!"
Ambulan pun datang. Sebelum ambulan datang, Pak Haji dan kumpulannya itu beredar dari tempat kejadian sebab mereka mahu pukul pencuri hasil karya orang pula. Maling seni namanya tu.
p.s.
1. Baca Akhbar Metro 29 Jan 2007: kontroversi Alt+F4 (pemenang hadiah AFP06) didakwa mencuri hasil kerja orang lain.
2. Maling adalah perkataan Jawa/Banjar bermakna "Pencuri."
3. Orang yang buat skrip "Kita selalu begini, kenapa tidak begini?" juga akan dikeroyok oleh Pak Haji dan kawan-kawannya. Jangan ingat kalian terlepas dalam Maling II ni.
Isnin, Januari 29, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL
Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
14 ulasan:
3 terbaik apa...
p/s kenapa sang ibu itu menjerit terkejut setelah melihat laptop?
:-)
Tahniah Tok kerana masih di kalangan terbaik... !
cerita silat, main congkak ngan game tu tiru cerita afdlin shauki, soalnya siapa, part dia gaduh ngan rashid salleh. Patutnya dirijek dari awal lagi.
tahniah tok, kerana menjadi antara yang terbaik.
bagus...tok...teruskan usaha anda.
Jangan mengamuk bakar rumah udah lah.
xper, tak menang. undian sms nih memang tak best langsung. Yg penting kitorang dah tgk karya yg penuh darah dan jujur hehehe...
Maling 2 nih bila plak. Mmg betul2 akan ditayangkan ker :D
tapi itu olang manyak jahat oooo culi idea olang kasi ngaku lia punya idea..busuk punya olanggggg.
tak tengok AFP tu sebab leka tgk malaysia layan singapore lah tok... website AFP tu tak da sapa-sapa update resultnya pulak tu.. Maling dapat hadiah saguhati tak tok?
Spyz,
Maling terbaik. Noktah.
Blackpurple,
Sipi gawang dalam 1 cm adalah tidak gol. Tiada mata.
Pakcik,
Kuala Lumpur penipu.
Saya,
Aku nak bakar nyamuk sebelum bakar kelambu.
Deen,
Kalau aku dapat Rm5000, dah lama aku buat. Tapi aku tak dapat.
Ayob,
Apa la sangat nilai ketulenan kat Malaysia ni. Kuala Lumpur penipu.
Rambai,
Eloklah kau skrip AFP06. Audio turun naik macam neraka. Orang tengok sebab nak tunggu Maling naik pentas je. Dah tak naik, tak menang, tukaar pasang VCD Hindi lagi berpekdah.
Naga,
Okay la. Maling kalah. Kami terima. Tahniah kepada yang menang kerana kalian tahu menari mengikut gendang juri. Team maling akan terus berdangdut syok sendiri. Ewah ewah.
Mukadepan METRO:
Kontroversi filem pendek
Oleh Nazarali Saeril
Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak
KUALA LUMPUR: Seorang pemenang Anugerah Filem Pendek 2006 (AFP 2006) anjuran Filem Negara Malaysia (FNM) dan RTM, malam kelmarin, didakwa memperdayakan penganjur kerana menggunakan filem arahan orang lain untuk menyertai pertandingan itu.
Berikutan itu, Perhani Salam, 24, yang mendakwa pengarah filem itu, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, semalam.
Perhani yang bekerja sebagai eksekutif pengiklanan di The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mendakwa ketika perbincangan untuk menghasilkan filem 40 saat itu, pemenang terbabit hanya bersetuju menjadi jurukamera dan penyunting selain memberi sokongan menyediakan kelengkapan penggambaran.
Bagaimanapun, kata Perhani, dia menyedari namanya sebagai pengarah filem dan Mohd Fairuz Hussein, 26, sinematografi, hilang dalam senarai sebaliknya digantikan dengan nama pemenang terbabit.
“Lelaki itu mempunyai sebuah syarikat sendiri dan turut terbabit secara langsung dengan AFP 2006.
“Pada petang majlis anugerah berlangsung, dia sudah mengetahui siapa yang menang dan ketika melihat pada skrin besar berkaitan maklumat pengarah dan sebagainya, saya melihat nama saya serta Fairuz tiada dalam senarai,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Pada AFP 2006, lelaki terbabit memenangi wang tunai RM5,000 berserta trofi.
Perhani sempat memaklumkan kepada lelaki berusia 23 tahun itu pada petang yang sama dan memintanya menukar maklumat berkenaan kerana dia mempunyai masa berbuat demikian.
Namun, lelaki terbabit memberi pelbagai alasan dan tidak menghiraukannya hingga nama pemenang diumumkan.
“Saya menyaksikan anugerah berkenaan secara langsung di Angkasapuri dan ketika diumumkan nama pemenang, saya serta krew lain yang terbabit dalam penghasilan filem itu terperanjat kerana dia yang muncul di pentas.
“Saya terkilan dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana namanya serta anugerah dimenangi sudah diumumkan.
“Sejurus majlis berakhir, saya menghubungi serta menghantar SMS kepadanya untuk meminta penjelasan tetapi tidak dijawab hingga kini,” katanya.
Perhani mendakwa kejadian seperti itu bukan pertama kali dilakukan lelaki itu sejak mengenalinya empat tahun lalu.
“Saya pernah diperdaya tetapi tidak melakukan apa-apa kerana masih percayakan nilai persahabatan kami.
“Tetapi kali ini, saya anggap sudah melampau kerana dia seolah-olah mencabar saya selain menggunakan hasil karya bukan miliknya untuk kepentingan diri,” katanya.
Perhani mengatakan, kekesalannya bukan kerana wang tetapi lebih kepada prinsip serta nilai kepercayaan sesama rakan.
Selain itu, ia turut membabitkan penghasilan karya kreatif yang menurutnya bukan mudah divisualkan tetapi akhirnya diambil individu tidak bertanggungjawab tanpa penghargaan.
“Saya beranggapan, ini bukan salah penganjur tetapi lebih kepada sikap tidak amanah individu tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, saya berharap kejadian ini disiasat penganjur,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan sedang menyiasat.
selalunya yg kontroversi tu akan menang...
usaha lagi. ingat! mesti dapat nombor satu!
sebab RM5k sanggup tikam kawan dari belakang. Len kali suruh kawan dia tu, amik pisau tikam hatinya yg penuh noda.
"takkan sebab Rm5k nak tikam kawan." ada suara mencelah.
aku tunggu muka kau jer keluar. jalan cerita tu aku tak kisah. aku jerit-jerit kat housemate aku, ini la tokrimau yg ada blog tu kak!
Hehehe. Bila mo banjer aku?
Kalau muzik salsa berkumandang di dewan tari-menari - kau kena menari salsalah, bukannya kau menari disko!
Limau,
Lambat mo respoNG pada teks ucapan aku?
Tapi, watta heck, dangdut pun ok. Bila nak ajar? Ha ha.
Catat Ulasan