Selasa, Julai 03, 2007

KAWAN ROKOK


Photo by Spheksophobe


"Please sir, may I go out."

Bau tembakau terbakar bagai pheromones. Haruman itu memanggil kawan-kawan untuk ke tandas.

Aku tengah cucuh Dunhill masa Mank sampai. Mank menepuk bahu aku dan memberi kod kepada aku, "Seteng." Itu kod untuk permohonan berkongsi rokok.

"Senteng" itu kependekan kepada "setengah." Cantik bukan? Perkataan setengah yang tidak disebut penuh melambangkan sebatang rokok yang tidak lengkap.

Aku patahkan rokok dan bagi bahagian yang tiada filter kepada Mank. Mank terpinga-pinga.

"Oit! Kau baru belajar hisap rokok ke?" sindir Mank.

Hari itu baru aku tahu erti ritual sosial seteng yang sebenar. Mank yang ajar aku. Pemohon kena tunggu kawannya hisap rokok. Kawan pula tidak akan hisap habis rokok itu. Bila sudah tinggal separuh, dia akan memberi rokok itu kepada pemohon.

Mematahkan rokok kepada dua bahagian adalah prosedur yang salah. Itu perkongsian yang bersifat mementingkan diri sendiri. Individualistik.

Dalam prosedur seteng yang sejati, kalian dapat lihat nilai positif yang tertanam dikalangan perokok-perokok miskin. Rokok seteng menjadi jambatan yang menghubungkan setiakawan yang utuh sehingga tahap sanggup berkongsi puntung yang berairliur.

Pun begitu, nilai-nilai murni ini mungkin pupus jika usaha pihak tertentu tidak dihalang. Aku benci hegemoni kuasa yang sesuka hati menaikkan harga barang kala nilai gaji menurun. Tidak ada kekurangan bekalan, tidak ada bajet dan tidak ada ribut. Tiba-tiba sahaja...

DUTI ROKOK NAIK 15 SEN
KUALA LUMPUR 2 Julai 2007 – Kementerian Kewangan berkata, langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menangani masalah sosial akibat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda. – Bernama


Ini bukan masanya untuk menindas kami dengan cukai dosa. Lagi pun, harga yang mahal tidak pernah menghalang orang hisap rokok. Kami mula hisap rokok masa kami belum kerja lagi. Semasa kami tidak berduit lagi.

Berhentilah menindas orang awam sambil memakai topeng malaikat penjaga gaya hidup sihat konon. Tolonglah, fikirkan strategi lain.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huh! Tok???

haha... :D

p/s: sila hembus asap rokok ke tempat lain ya.. elakkan pencemaran.

cerebrator berkata...

Cukai rokok hanyalah semata-mata supaya pemerintah dapatkan pendapatan lebih tinggi. Strategi ini bukanlah baru. Malah, sebelum Singapura naiikan harga rokok kepada S$10/kotak.

Misalan, King James I adalah antara orang yang pertama gunakan strategi ini.

Do Not Enter berkata...

"Ini bukan masanya untuk menindas kami dengan cukai dosa" - I love this line Tok! - cheers!

DeeN berkata...

ha ha ha ..
No komen!!

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT!!

Unknown berkata...

bersara aje lah!

rasso berkata...

Hohoho...

nasib bukan perokok... lalalalaa

Chika Chika berkata...

ye la...
setakat asap2 yg dikatakan dosa.
dosa2 yg berapi yang lain, tanak pulak diorang kecohkan.

yaabbna berkata...

Hidup tok rimau..
kami sokong tok rimau.

Lepas ni terpaksa beli rokok kat duti free..Tiap2 bulan la kena suruh org keje KLIA belikan 3 karton sekali beli.

Mujurla Malboro duti free hampir nak sama rasanya dgn malboro yg jual kat kedai.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Sebagai perokok hati saya turut terluka..

Aqil Dot Com berkata...

nak rokok lari cukai? aku ada sumbernya... (walaupun aku tak hisap rokok)

Unknown berkata...

Perokok menyusahkan hidup orang lain, juga pembunuh yang tak berhati perut lagi mementingkan diri sendiri ... memang patut kerajaan buat macam tu ... kenaikan harga rokok tu tak seberapa berbanding 'harga' yang terpaksa dibayar oleh orang yang tak bersalah yang jadi mangsa perokok....sedarlah wahai insan ... jangan tahu komplen aje! terutama atas sesuatu yang tak patut untuk dikomplen...

ontahsapo berkata...

hisap lah benda yg murah....

yaabbna berkata...

Klu ada orang ckp asap rokok bahaya dab jadikanya isu utk naikkan harga..tu tak patut la..

Asap kereta dan bas lagi bahaya,majoriti asap kat malaysia ni dari kenderaan bermotor..

asap rokok tu skit je..

Pakdi berkata...

saya dengan ini bersetuju dengan kerajaan Had-Hari!

dugongsenyum berkata...

beras pun dah naik harga. dorang naikkan barang-barang ruji kita macam beras (dan rokok hahaha).

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...