Johor Bahru. Awas dengan persimpangan Bandar Baru Uda - Danga Bay. Kat situ sekarang ada projek naik taraf bikin jabatan bengkok. Ada lencongan. Justeru, jalan dari arah Tampoi ke Johor Bahru memang sesak tengkuk botol tidak ingat. Maklum la 3 lane jadi 1 lane. Bau dari kilang biskut Danone kat BBU pun tidak boleh sejukkan hati yang marah tersangkut kat sesak ni. Kalau hujan dan pantai Lido air pasang, kesesakan bertambah teruk sebab banjir kilat cecah dua kaki dalam. Divider plastik pun boleh hanyut. Jalan yang 1 lane tadi bertukar ke setengah lane. Parah.
Gua memang ada simpan jet ski dalam bonet. Tidak la risau sangat.
Isnin, Mei 31, 2010
Khamis, Mei 27, 2010
Khamis, Mei 20, 2010
LESEN JUDI KELAS F.
Gua jumpa Dukun Pendek untuk tikam Brazil menang World Cup tapi dukun kata, "Mana boleh, Brazil sudah register. Kita lihat siapa yang kena."
Flash back.
Biarkan seorang menteri bukan Islam buat kenyataan. Menteri-menteri Islam kemam mulut dan cuci tangan.
Banyak dah bantahan dibuat. Semuanya masuk telinga yang tuli. Ada takde, kita buat jenaka menyindir je mampu kat status Facebook. Ustaz-ustaz yang power dalam gomen pun belum mahu berkata apa-apa. Sedang cari jalan paling hikmah la tu. Kita jangan fikir buruk-buruk untuk mereka.
Nampaknya kita akan jadi negara maju seperti Singapura, Hong Kong dan Australia sebelum 2020. Syabas! Duit haram kelak boleh guna untuk beli banyak 100 Plus untuk atlit MSSM. Tak gitu?
Juga, lebih peluang pekerjaan kepada bomoh dan penilik. Sekarang mereka boleh meramal keputusan bola pula. Jin-jin yang bertugas akan kepeningan, mana mahu cekau keputusan World Cup? Internet? Sokernet? Connection dengan Jin Afrika? Entahlah.
Dalam perkembangan lain, mungkin ada cadangan ke arah meluluskan laga ayam juga. Rujuk gejala-gejala dibawah:
Akhir kata, Hasbullah Awang tak kata, akhir yang kata- Majulah Judi Untuk Negara.
Flash back.
Biarkan seorang menteri bukan Islam buat kenyataan. Menteri-menteri Islam kemam mulut dan cuci tangan.
Dalam pada itu, beliau (Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung) berkata, kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.
"Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian," jelasnya. (ARKIB Utusan Malaysia: 13/05/2010. Lesen pertaruhan Piala Dunia diluluskan)
Banyak dah bantahan dibuat. Semuanya masuk telinga yang tuli. Ada takde, kita buat jenaka menyindir je mampu kat status Facebook. Ustaz-ustaz yang power dalam gomen pun belum mahu berkata apa-apa. Sedang cari jalan paling hikmah la tu. Kita jangan fikir buruk-buruk untuk mereka.
Nampaknya kita akan jadi negara maju seperti Singapura, Hong Kong dan Australia sebelum 2020. Syabas! Duit haram kelak boleh guna untuk beli banyak 100 Plus untuk atlit MSSM. Tak gitu?
Juga, lebih peluang pekerjaan kepada bomoh dan penilik. Sekarang mereka boleh meramal keputusan bola pula. Jin-jin yang bertugas akan kepeningan, mana mahu cekau keputusan World Cup? Internet? Sokernet? Connection dengan Jin Afrika? Entahlah.
Dalam perkembangan lain, mungkin ada cadangan ke arah meluluskan laga ayam juga. Rujuk gejala-gejala dibawah:
Akhir kata, Hasbullah Awang tak kata, akhir yang kata- Majulah Judi Untuk Negara.
Rabu, Mei 19, 2010
PEMANDU PELENCONG - Behind The Scenes
Coming Soon
Aug 7, 2010
Maskara Shorties
Rumah Pena, Kuala Lumpur
Selasa, Mei 18, 2010
MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010
Gambar Hiasan
Maskara Shorties 2009
Maskara Shorties 2008
Coming soon:
MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010. Rumah Pena, Kuala Lumpur
Submission Requirements:
1. Films must have been submitted before July. 14, 2010
2. All non-Malay/English films must have Malay/English sub-titles.
3. Films must be submitted on DVD.
4. DVD should be labeled with the title, running-time and contact email and phone number.
5. You MUST email us stills or press kits. a) Filmmaker Biodata + photo b) Film Title c) Poster e) Set Photos f) Et Cetera
6. Sol-jah reserves the rights to use DVD and press materials from the film for promotional purposes.
7. Sol-jah is permitted to retain DVD copies of each film selected as part of our festival library and for media educational use.
8. You are encouraged to upload a trailer or clip of your film on youtube.
9. You may submit more than one film, but each one must be on a separate DVD.
10. If you would like to make sure that we received your submission, please enclose a self-address, stamped postcard which we will send back to you as your confirmation.
11. No fee for submission.
12. There won't be any winners and losers as Maskara Shorties is not a competition.
13. The running time of your film MUST be 10 minutes or less.
Deadlines:
Films must be postmark by the following deadline:
• Deadline – July 14, 2010
• Maskara Shorties – August 7, 2010. 8pm. Rumah Pena, Kuala Lumpur.
Selection:
1. Film selection for the Festival will be made by the Festival Committee.
2. We dictate no specific themes. Be creative.
3. We cannot be held liable for DVD which may be lost or damaged.
Send Materials To:
Dean Sham
44-1 Jalan 8/23E Taman Danau Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Setapak Kuala Lumpur
tel: 4143 6180
017-3043907
e-mail: deansham@gmail(dot)com
Isnin, Mei 17, 2010
Sabtu, Mei 15, 2010
SELAMAT HARI GURU
Cikgu Nurul mengeliat menghilangkan penatnya menanda latihan murid yang menimbun. Kemudian, dia mencucuh api pada hujung rokok lalu menghela asap sepenuh dada. Perlahan-lahan asap itu dilepaskan naik ke siling ruang tamu.
Tiba-tiba dia teringatkan kotak penuh hadiah dari anak muridnya sempena hari guru siang tadi. Kebanyakannya disampul rapi dengan kertas bercorak cantik tetapi di dalamnya adalah barangan-barangan dari kedai RM2.
Bungkusan yang paling menarik minatnya adalah bungkusan warna merah dan hijau yang dipenuhi dengan motif hari natal. Budak-budak ni, langsung tidak pandai memilih kertas bungkusan yang sesuai.
Bila dibuka, Cikgu Nurul mendapati di dalam bungkusan itu adalah pasu tembikar mini buatan China sejengkal tinggi. Cikgu Nurul pun meletak pasu mini itu di atas meja bersebelahan dengan timbunan buku rampaian yang perlu ditanda.
Sesuai benar pasu itu dijadikan bekas habuk rokoknya.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Teaching Outside the Box: How to Grab Your Students By Their Brains
Teacher Appreciation Day (Picture Puffin Books)

Khamis, Mei 13, 2010
CALLER SINAR FM
Hari Polis, polis naik gaji.
Hari Tentera, tentera naik gaji.
Hari Guru, guru kena bersih sekolah.
Selasa, Mei 11, 2010
KAMPUNG CETEK
Anjuran bersama DBP Wilayah Selatan (DBPWS),
Persatuan Teater KESUMA-I Johor Bahru
dan Persatuan Kesenian Mahligai Pasir Gudang
• 21 Mei 2010 (Jumaat) : 8 malam.
• 22 Mei 2010 (Sabtu): 2.30 petang dan 8 malam.
Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor.
MASUK PERCUMA - SEMUA DIJEMPUT HADIR
Maklumat lanjut: RAR
MUSIM BADMINTON
Bandingkan pengcahayaan gelanggang dua kejohanan badminton di bawah. Sebagai penonton televisyen, aku lebih suka kejohanan Badminton Asia di India 2010 berbanding dengan kejohanan lain.
Cahaya ke atas penonton tidak diperlukan kerana terlalu mengganggu mata, lebih-lebih lagi jika kerusi-kerusi cuma dipenuhi oleh penonton halimunan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Skills, Drills and Strategies for Badminton (The Teach, Coach, Play Series)
Badminton Handbook: Training - Tactics - Competition
Cahaya ke atas penonton tidak diperlukan kerana terlalu mengganggu mata, lebih-lebih lagi jika kerusi-kerusi cuma dipenuhi oleh penonton halimunan.
Kejohanan Badminton Asia di India 2010. Foto Reuters
Kejohanan lain. Foto: Hot-screensavers.com
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Skills, Drills and Strategies for Badminton (The Teach, Coach, Play Series)
Badminton Handbook: Training - Tactics - Competition
Selasa, Mei 04, 2010
Ahad, Mei 02, 2010
SAWAN NILAM DEWANI
Gua tahu banyak duit habis bikin pementasan bangsawan. Bukan duit sahaja, masa dan tenaga juga habis. Beriya-iya benar kerajaan negeri menaja agar rakyat jelata tahu seni budaya yang semakin hilang ditelan zaman. Gua teringin nak tengok rupa bangsawan, lantas gua dail mesin masa gua ke masa hadapan:
Tajuk: Nilam Dewani
Genre: Bangsawan
Lokasi: Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tarikh: 7 Mei 2010
Sinopsis: Puspa Kencana Pura di bawah pemerintahan Raja Gemala Dewa dan permaisurinya, Ratna Seri Kesuma. Mereka mempunyai seorang puteri rupawan bernama Puteri Seri Nilam Dewani. Raja Demaga yang memerintah Mendam Pura dan terkenal dengan sikap bongkak telah menghantar utusan untuk memperisterikan Puteri Seri Nilam Dewani. Namun, Raja Gemala Dewa telah menukarkan anakandanya menjadi nyiur gading dan dihantar ke bumi sebagai helah untuk menghalang perkahwinan tersebut.
Warning: Spoiler ahead.
Oleh kerana gua pembayar cukai dan duit gua digunakan untuk menjayakan pementasan, gua berhak buat ulasan. Gua bagi hukuman, Nilam Dewani 2 bintang dari 5 bintang. Rungutan utama gua:
Lu mesti kata, jangan pandai komen je, bagi la penyelesaian atau cadangan. Okay gua bagi cadangan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bangsawan: A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera (South-East Asian Social Science Monographs)
Hikajat Indera Bangsawan: Salinan kitab jang tersimpan di Bataviaasch Genootschap (Serie)

- Watak Entah Dari Mana: Ketika protagonis terdesak mencari jalan mahu menumpaskan Raja Kayangan, datang seorang pendita memberi senjata rahsia. Gua tahu la bangsawan ini tahyul campur fantasi tetapi sawan la jika mengeluarkan satu watak baru 3 suku cerita dengan tiba-tiba dan kemudian watak itu hilang tanpa penjelasan.
- Selingan Yang Tak Ikut Tema: Satu babak ke satu babak dipisahkan dengan nyanyian dan tarian. Apa yang gua musykil adalah selingan itu tiada kena mengena dengan naratif Nilam Dewani. Tarian zapin kreatif dan pop yeh yeh itu gua maafkan lagi tetapi bila dah masuk lagu Hindi dan The Beatles gua jadi sawan. Production design fail.
- Prop yang dibincang tapi langsung tak guna: Raja bagi satu senjata kepada puteri untuk melindungi dia sepanjang dia jadi kelapa. Then, that's it. Tiada khabar berita lagi tentang senjata tu. Langsung tak diguna dan disebut lagi selepas itu
- Raja jin yang jahat ala Gollum dari Lord of The Ring. Kalau tak kerana watak raja jin ini, dah lama budak-budak asrama berbaju batik yang dipaksa hadir tu angkat kaki. Syabas!
- Kesan khas puteri bertukar menjadi pokok kelapa gading. Kagum juga gua bila kena tipu. Canggih kelapa tu tumbuh dari asap. Gua suka.
- Queen Kayangan yang king size. Memang kena pada wataknya.
- Pemuzik iringan. Memang mantap grup ni.
- Busana kayangan warna warni retro fantasi dengan bahu terjongket dan ketiak bersayap. Memang out of this world.
Lu mesti kata, jangan pandai komen je, bagi la penyelesaian atau cadangan. Okay gua bagi cadangan.
- Buang watak pendeta berbaju cermin bulat dari sharperner pensil. Biar pawang hijau raja je yang bagi senjata daun kepada putera raja kurus.
- Ganti selingan muzikal dengan comic relief. Biar pengawal, inang dan menteri raja bergilir jadi pak lawak ketika selingan.
- Jangan libatkan nama Johor. Gua malu.
- Tukar bangsawan ni kepada genre sci-fi. Baru tak tahyul ngarut teater ni. Makhluk kayangan jadi makhluk planet asing. Sakti-sakti tu tukar jadi laser dan gajet. Puteri jadi transformer jadi motorsikal.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bangsawan: A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera (South-East Asian Social Science Monographs)
Hikajat Indera Bangsawan: Salinan kitab jang tersimpan di Bataviaasch Genootschap (Serie)
Langgan:
Catatan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...