Isnin, Oktober 24, 2011

MENCARI KETAM

Photo by Bakri Hafiz


Minggu lepas, aku pergi menonton di program Freedom Filem Fest. Selepas tayangan, terdapat sesi bual bicara. Beberapa orang asli Seletar juga hadir sempena dokumentari Laut, Rumah Saya.

Aku sentap kerana selama ini mereka berada amat hampir dengan aku tetapi halimunan di mata aku. Aku tidak nampak mereka. Tidak kenal mereka. Tidak tahu sengsara mereka.

"Saya cuma ingin mencari ketam tetapi saya dihalau," keluh orang asli Seletar.

Dulu kawasan-kawasan pesisir pantai selatan Johor adalah kawasan mereka, tetapi kini sudah ditambak dan dibangunkan bangunan-bangunan batu dan kilang yang entah milik siapa.

Pembangunan pesat ini akan memanfaatkan mereka yang punya kemahiran, pengetahuan dan kewangan yang selaras dengan tuntutan urbanisasi. 

Orang yang hidupnya terikat dengan amalan tradisional terus terpinggir, malah teraniaya.

Dulu laut itu, paya itu, pantai itu tempat mainan mereka. Kini, bukan lagi.

"Saya cuma ingin mencari ketam tetapi saya dihalau," keluh orang asli Seletar.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Save Orang Seletar. Photos by Bakri Hafiz
Cadangan Bacaan:  Konflik masyarakat orang Seletar dan pembangunan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia

4 ulasan:

Nizam.Ariff berkata...

jangan sampai orang itu mengamuk macam Brave Heart dah la...

BuRuuj berkata...

ya, itulah yg saya fikirkan setiap kali pembangunan dan kenaikan harga barangan berlaku.

saya pernah menjadi seperti mereka suatu masa dulu dan perasaan itu masih kekal sehingga kini.

kepollica berkata...

Torque! Storylah sket pasal Freedom Film Fest tu. Kawan dah daftar tapi last minute tak dapat pergi ler.

Orang Akaun berkata...

no pain no gain

orang lain pain

orang lain gain

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...