Mesyuarat tergempar Kelab Kelahi Selatan dipanggil malam tadi di Sayed Gym. Empat orang sahaja yang dapat hadir tepat pada waktu. Aku, Nol, Jim dan Iwan.
Agenda utama mesyuarat adalah membebaskan Rejam dari tahanan pihak berkuasa. Berita terakhir yang kami tahu, dia adalah suspek penyimpan barang curi. Mengikut polis pegawai penyiasat, dia akan ditahan 7 hari untuk membantu siasatan.
Beberapa minit kemudian, Amy, rakan nita Rejam datang menyertai kami
dalam meja bulat. Kami minta Amy cerita perkembangan terbaru.
Amy gagal menghubungi polis pegawai penyiasat. Amy gagal menemui Rejam. Lawatan tidak dibenarkan.
Nampaknya semua berita negatif.
Sama ada Rejam bersalah atau tidak itu tidak menjadi isu langsung kepada kami. Kepada kami Rejam adalah seorang adik yang rajin berkerja dan jika diajak rewang kenduri, dia pasti datang.
Kalau aku perlu kawan untuk menggali kubur mencari bahan untuk buat minyak dagu, aku pilih Rejam. Aku kata kalau. Kalau. Jangan serius sangat boleh?
Kami membentangkan beberapa pilihan jalan untuk membebaskan Rejam. Kami tanya, siapa ada kawan polis? Mungkin kawan itu boleh membantu. Siapa ada kawan peguam? Mungkin peguam boleh bagi maklumat selok belok prosedur undang-undang.
Kami kemudiannya membuat beberapa panggilan. Tiada jawapan pasti. Kami agak buntu. Muka masing-masing ketat.
"Tapi ada satu berita positif," celah Amy.
Kami semua menanti berita positif itu dengan penuh debar.
"Kakak I ada kenal satu makcik di Pontian."
Siapakah makcik ini? Adakah dia polis? Peguam? Majistret? Yang berhormat?
"Makcik ni pandai mengubat. Dia boleh bacakan kasik lembut hati polis pengawai penyiasat tu."
Adoyai! Kami semua meletak tapak tangan di muka. Amy. Amy.
Isnin, Oktober 31, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL
Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Pelancaran Buku Blog. 9 pagi - 5 petang. 1 April 2006*. Sabtu. Gerai 33. Laman Seni Kuala Lumpur . KLIK SINI >> MAKLUMAT TENTATIF ...
4 ulasan:
#FREECABI NOW!!!
gua tak tahu boleh tolong camne, tapi gua ada sepupu polis kerja kat gelang patah...nanti gua akan cuba hubungi beliau dan bertanyakan kes kes seperti ini...gua doakan cabi selamat disana... #freecabi !
Aman,
Kau tengokkan Man. Thanks.
(letak tgn kt dahi)...huhhuhu
Catat Ulasan