Isnin, Oktober 31, 2011

TIADA TAJUK

Mesyuarat tergempar Kelab Kelahi Selatan dipanggil malam tadi di Sayed Gym. Empat orang sahaja yang dapat hadir tepat pada waktu. Aku, Nol, Jim dan Iwan.

Agenda utama mesyuarat adalah membebaskan Rejam dari tahanan pihak berkuasa. Berita terakhir yang kami tahu, dia adalah suspek penyimpan barang curi. Mengikut polis pegawai penyiasat, dia akan ditahan 7 hari untuk membantu siasatan.

Beberapa minit kemudian, Amy, rakan nita Rejam datang menyertai kami dalam meja bulat. Kami minta Amy cerita perkembangan terbaru.


Amy gagal menghubungi polis pegawai penyiasat. Amy gagal menemui Rejam. Lawatan tidak dibenarkan.


Nampaknya semua berita negatif.

Sama ada Rejam bersalah atau tidak itu tidak menjadi isu langsung kepada kami. Kepada kami Rejam adalah seorang adik yang rajin berkerja dan jika diajak rewang kenduri, dia pasti datang.

Kalau aku perlu kawan untuk menggali kubur mencari bahan untuk buat minyak dagu, aku pilih Rejam.  Aku kata kalau. Kalau. Jangan serius sangat boleh?

Kami membentangkan beberapa pilihan jalan untuk membebaskan Rejam. Kami tanya, siapa ada kawan polis? Mungkin kawan itu boleh membantu. Siapa ada kawan peguam? Mungkin peguam boleh bagi maklumat selok belok prosedur undang-undang.

Kami kemudiannya membuat beberapa panggilan. Tiada jawapan pasti. Kami agak buntu. Muka masing-masing ketat.

"Tapi ada satu berita positif," celah Amy.
Kami semua menanti berita positif itu dengan penuh debar.

"Kakak I ada kenal satu makcik di Pontian."

Siapakah makcik ini? Adakah dia polis? Peguam? Majistret? Yang berhormat?

"Makcik ni pandai mengubat. Dia boleh bacakan kasik lembut hati polis pengawai penyiasat tu."

Adoyai! Kami semua meletak tapak tangan di muka. Amy. Amy.


4 ulasan:

lara nur berkata...

#FREECABI NOW!!!

aman berkata...

gua tak tahu boleh tolong camne, tapi gua ada sepupu polis kerja kat gelang patah...nanti gua akan cuba hubungi beliau dan bertanyakan kes kes seperti ini...gua doakan cabi selamat disana... #freecabi !

Tok Rimau berkata...

Aman,
Kau tengokkan Man. Thanks.

akuzle ayu berkata...

(letak tgn kt dahi)...huhhuhu

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...