Kereta Proton Saga putih milik Alimin menyusur keluar dari perkarangan tanah kubur. Suasana dalam kereta sunyi sepi. Along diam. Angah juga diam. Emak diam. Emak melihat ke arah kubur tempat persemadian arwah ayah.
"Mak, kenduri arwah bukan dari ajaran Islam,
ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak," Alimin memecah sunyi.
Emak diam sahaja.
Along tiba-tiba menambah, "Menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai
kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi sedikit pun. Ia
adalah bid’ah."
"Dah berzaman orang kampung ni amalkan, baru sekarang sibuk nak haram," celah Angah.
Emak melihat Angah. Emak pegang tangan Angah tanda terimakasih kerana menyokong kemahuan emak untuk mengadakan kenduri arwah.
Along sambung hujahnya, "Amalan kenduri arwah ni adalah warisan jahiliyyah yang..."
"Lepas kenduri nanti," emak tiba-tiba bersuara, "mak nak bagi geran tanah ayah kau. Pandai-pandai la kau tiga beradik bahagi-bahagikan."
"Ayah ada tanah?" tanya Alimin kehairanan. Dia tidak pernah tahu ayahnya ada tanah.
"20 ekar di Rimba Terjun," celah emak.
Suasana di dalam Proton Saga putih itu kembali sepi. Kereta menyusur jalan kampung menuju rumah mereka.
....
Empat bulan selepas kematian ayah, Along, Angah, Alimin dan emak memandu ke arah Rimba Terjun. Mereka teruja mahu menjenguk tanah pusaka yang ayah wariskan. Kereta mereka menyusur tebing laut.
"Berhenti di sini," arah emak.
"Mana tanahnya?" tanya Along.
"Tu," jawab emak menunjuk arah laut.
"Astaga, betullah. Kalau ikut geran ni tanah ayah dalam laut," Alimin menjerit dengan geran masih di tangannya.
Angah terduduk. Laut telah menghakis tanah ayah. Yang pastinya laut tidak boleh dimiliki oleh mana-mana individu. Ia milik negara.
Khamis, Julai 26, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
3 ulasan:
nape name alimin?alimon bapak saye
kenapa nama alimin? bapa saya toraman. =="
tambak la laut tu. biar bersambung dengan tambak pontian
Catat Ulasan