Hakim yang bijaksana dan tuan-tuan sekalian.
Kami sedia maklum bahawa kes Kerajaan lawan Juwita Jones menimbulkan kemarahan rakyat.
Menurut media kerajaan langsung tidak berterimakasih dengan pengorbanan dan sumbangan Juwita Jones kepada negara. Golongan yang paling kuat membantah adalah golongan zakar putih. Golongan zakar biru membantah juga, tetapi tidaklah selantang golongan zakar putih.
Kami faham kenapa. Kami juga dari golongan zakar putih, kami mengerti kekecewaan tuan-tuan sekalian. Kerajaan solah-olah buta dengan fakta bahawa Juwita Jones adalah wanita terakhir dalam dunia. Dan dia bertanggungjawab menyelamatkan spesis homosapien.
Izinkan saya menyorot sejarah sedikit.
Menurut wikipedia, sekumpulan pengembara bertemu dengan Juwita Jones di dalam hutan Endau Rompin 30 tahun selepas wabak Rubella X yang membunuh wanita seluruh dunia. Dari jurnal yang ditemui, keluarga gadis ini tinggal di dalam hutan bagi melarikan diri dari serangan wabak Rubella X yang merebak ikut udara. Malang sekali ketika Juwita Jones berumur 16 tahun, ayah dan ibunya mati dijangkiti malaria. Tinggallah Juwita sendirian sehingga dia ditemui ketika usianya menjangkau 28.
Sejak ditemui, Juwita Jones perlu akur dengan perintah am akta Senggama. Juwita Jones perlu melayan seorang lelaki setiap malam. Lelaki yang telah dilayan mesti mencelup zakar ke dalam botol dakwat biru kekal sebagai tanda namanya tidak boleh tercalon dalam loteri senggama lagi. Setiap orang hanya berpeluang sekali sahaja. Dari undang-undang inilah lahir istilah zakar putih dan zakar biru.
Pada hari ini, 13 Mei 2113, pihak pendakwaraya akan menyerahkan bahan bukti ujian DNA Juwita Jones kepada mahkamah. Kami akan berhujah bahawa Juwita Jones sebenarnya adalah Johnny Jones yang telah menjalani pembedahan jantina sedikit masa dahulu.
Sekian, sampai di sini dahulu hujah pembuka bicara kami.