Khamis, April 24, 2025

Sudah Terlambat

Sudah terlambat

untuk abang mati muda.

Garis di pipi ini

bukan lesung pipit, dik—

ini kedut usia.


Namun

masih terlalu awal

untuk berhenti.

Abang akan

mencari terang

dalam hutan gelita,

mencari tenang

dalam laut gelora.


Di simpang ini—

doakan abang dik

tidur satu pertiga malam

dan bangkit di dua pertiga malam.


Dan bila waktunya sudah masa

abang melangkah ke seberang sana,

biarlah nama ini terus basah dalam doa.

Tiada ulasan:

93 SUNGAI EMAS

Kawan aku tersalah faham tema kayuhan “Rambo” sebagai “Rainbow”. Panjang lebar aku ceritakan asal usul filem Rambo (1982) arahan Ted Kotchef...