Aku dapati Weblog Op menyiarkan interaksi SMS antara aku dan dia. Lalu aku meninggalkan komen:
Mulai ni hari, semua SMS aku adalah Hak Cipta Terpelihara. Sila bayar royalti untuk terbitkan nukilan SMS aku. Aku tak mahu jadi macam Ustaz Ali (1) . Sewenang-wenang akhbar cetak rompak hasil nukilan SMS beliau. :)
Kemudian aku mendapat pula amaran dari Elmaaniq melalui e-mel:
SMS saya amacam? berapa boleh dapat?
Baru aku teringat bahawa aku pernah juga menggunakan SMS orang lain sebagai sumber isi blog aku. Paku dulang paku serpih.
(1) Pada 2005 kecoh dalam akhbar tentang Ustaz Ali yang meninggalkan pesan SMS bahawa dia telah diculik oleh Mat Gian. Pun begitu, beberapa hari kemudian terbongkar rahsia sebenarnya dia lari ke Penang kerana terlalu tertekan dengan masalah. Bikin malu nama ustaz-ustaz lain dan mat gian seluruh Malaysia. Pun begitu, inilah kandungan SMS terpopular sehingga 2005. Ramalan Nostrimaus : Kedatangan teknologi 3G akan mendedahkan kita pada Mobile Video terpopular pula. Tunggu.
Ahad, Jun 19, 2005
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
76 JAMBORI SARANG MEMERANG
Untuk Otternest MTB Jambori, Akak Kau tidak ikut. Dia baru sahaja menerima suntikan di lutut. Dia tidak boleh terlalu lasak. Otternest Cam...

-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan