Ini adalah latihan yang menakutkan. Andaikan hidup kalian seperti sebuku roti, sekeping lesen memandu atau pelekat cukai jalan. Pastinya, kalian tahu tarikh mati kalian.
Andaikan kalian tahu kalian akan mati pada 31 Disember 2007, apakah yang kalian mesti buat? Nyatakan 10 perkara yang kalian akan lakukan sementara menunggu waktu mati itu. Senaraikan.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Setelah selesai membuat senarai, ambil diari atau planner kalian dan masukkan 10 perkara itu dalam tarikh di mana kalian mahu ianya mula dilakukan. Nyatakan juga deadline tarikh siap setiap perkara itu.
Selamat mencuba.
....................
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bagaimana anda hidup jika anda tahu bagaimana anda mati?
Joni mahu bikin filem?
Khamis, Februari 15, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
22 ulasan:
aaaaaa susahnya...
mmm...mmg mencabar minda. u make me think n ponder dude!
dulu,sticker utm(motor) dah bertahun mati,tapi aku buat derk je.
1. Bayar hutang
2. Kahwin
3. Buat zuriat...
4. Pastikan anda sudah glamor sebelum tarikh kejadian
5. .... sulit untuk saya fikirkan...
kurangkan dosa lebihkan pahala
1. taubat nasuha
2. tingkatkan iman
3. tambah pahala
4. tingkatkan ilmu agama
5. mintak ampun dgn kedua ibu bpa
6. beribadat
7. bayaq hutang
8. kawen [hehehe - ini pinggan tambah semata2]
9. buat semua perkara di atas.
10. hoh! hidup mati hanya Allah sahaja yg tau. kita sapa????
pastikan kita ada tujuan untuk melalui kematian itu.
Nak kena pakai pen merah ke biru
err.. tok pulak nak buat apa?
ahh!! serabut tok...
Maaf aku semakin susah hati memikirkan diriku yang masih teruna ini.
Pengaruh Death Note? Tetapi entry ini memang menginsafkan. Terima kasih.
(Ketika kawan aku memberitahu yang aku sudah ada uban di kepala, dan ketika dia menambah bahawa uban itu ingatan Tuhan akan kematian, aku jadi seriau. Mati? Oh, dosa masih selautan untuk dikeringkan!)
1.bertaubat
2.Jadi ahli masjid
3.kahwin (kalau dapatlah)
4. dAPAT zuriat yg soleh
5.Bertaubat
6.Taubat lagi
7. Taubat lagi
8. kELUARKAN SEMUA SIMPANAN
9. bINA Masjid/surau/rumah anak yatim
10. Selesaikan semua hutang
Ya ya. Insaf sekejap. Malangnya, cuma sekejap.
Dan senaraikan juga 1 - 10 kalau kita mati pada 31 Disember 2027...
Salam
apa yang saudara lontarkan mempunyai maksud yang mendalam untuk dikupas. Walau pun kelihatan nya ringkas tetapi isi nya begitu berharga kalau digali...Bukan haya sekadar untuk membuat pahala sahaja sebelum mati.. Hanya "Jauhari yang Megenal Manikam"
membaca komen2 diatas, rasanya majoriti akan melakukan sesuatu yang keagamaan bila nak mati. kenapa ya? mati ertinya kena kembali kepada agama saja ke?
aku akan untukkan 5 untuk agama, dan 5 untuk dunia. Tuhan pun menyuruh kita membahagi hidup dengan saksama.
aku akan berusaha untuk menjadikan amalan dunia menjadi amalan akhirat juga. maksudnya, amalan dunia itu diberi pahala. atau sekurang-kurangnya tidak diberi dosa. dunia adalah jambatan ke akhirat. tiada pemisahan. Pemisahan akan menjerumuskan kita kpd fahaman sekularisme.
Kahwin kelihatan tema yang selalu berkunjung dalam senarai 10. Orang berkahwin ibadatnya darab 27. Mmm.. satu pelan pelaburan yang baik dalam masa yang singkat.
Aku syak orang yang sudah berkahwin letak Kahwin (lagi) dalam senarai 10 mereka. Mungkin mereka buat andaian kalau kahwin empat= 4 X 27.
Mana Ustaz Jones di kala kamu perlukan jawapan kepada kemuskilan.
Saya nak cubalah. seperti sahabat yang lain saya mungkin akan letakkan di sepuluh tempat itu amalan yang menjamin kebahagian selepas mati.
Aku pernah tengok filem A Walk to Remember, lakonan Shane West and Mandy Moore. Tak salah aku filem itu base on novel with same title. Dalam cerita tu Mandy Moore kena cancer and akan mati tak lama lagi. Dari kecil lagi watak Mandy tu dah ada list untuk dicapai sepanjang hayat dia. Watak Shane West telah cuba sebaik mungkin untuk membantu heroin memenuhi semua dalam list tu. Romantik betul cerita tu. Sad ending.. patutnya heroin tinggalkan anak untuk hero, baru best...
Tok Rimau dapat idea buat list ni dari filem tu ke? hehehe...
Tok R yang mulia, saya dah buat dah exercise ni dulu, taim pegi kursus under MARA. tu yang saya berenti kijer tu.. sebab nak langsaikan utang yang dijanjikan sebelum mati.. doakan saya ya Tok.
Tok, terima kasih atas entri motivasi ini.
Saya telah pun "rip" entri ini ke blog saya sendiri. :p
errr, takder masalah kan?
Catat Ulasan