Jumaat, September 14, 2007

LAPORAN FILEM PENDEK BUMBUNG AKU LANTAI ORANG



Sinopsis: Seorang guru menangani kes pecah rumah.

Durasi: 28 Minit


Lokasi: Flet Bukit Cagar Johor Bahru, Flet Jentayu Kangkar Pulai, Universiti Teknologi Malaysia Skudai
Tarikh: 13-16 September 2007 / 1-4 Ramadhan


Kesesakan jalan raya menjadi perkara biasa kepada mereka yang berulang alik antara Singapura dan Johor. Kastam tambak Johor yang sedia ada tidak mampu menanggung bilangan trafik yang banyak.

Maka, kerajaan Malaysia bertindak membina kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin baru bagi menggantikan kemudahan sedia ada di Tambak Johor. Projek ini diberi nama Gerbang Perdana.


Projek bernilai RM2 billion ini akan dibina di tapak seluas 38.65 hektar, merangkumi tanah milik kerajaan, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan kerajaan Johor. Apabila siap kelak, projek itu menempatkan sekurang-kurangnya 15 jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan urusan CIQ dan merangkumi enam jejambat.

Sehubungan dengan itu Flet Bukit Chagar akan dirobohkan bagi memberi ruang kepada pembinaan Gerbang Perdana. Sebelum Flat Bukit Chagar roboh, sekumpulan pembikin filem dari UTM telah menggunkan Flat ini sebagai setting atau latar belakang filem mereka BUMBUNG AKU LANTAI ORANG.




BKT CHAGAR DALAM BERITA HARIAN
Kerajaan timbang bina kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Chagar JOHOR BAHRU, Isnin: Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang menimbang membina kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) baru di Bukit Chagar, di sini, bagi menggantikan kemudahan sedia ada di Tambak Johor.

Projek yang turut membabitkan pembinaan jambatan baru serta beberapa kemudahan berkaitan, bagaimanapun bukan sebahagian daripada pakej pembangunan di pintu masuk selatan tanah air yang dirundingkan dengan Singapura.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kompleks CIQ di Tambak Johor yang kini mencapai tahap ‘tidak boleh diterima lagi.’ Bagaimanapun, katanya kerajaan memberi jaminan pelaksanaan projek itu tidak akan menggadaikan kepentingan rakyat, terutama penduduk di sekitar kawasan terbabit. “Projek ini tidak akan merugikan mana-mana pihak dan kita tidak akan menyusahkan sesiapa,”katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai cadangan projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) di tapak pembinaannya di Bukit Chagar, di sini, hari ini. Sebelum ini, kerajaan mengadakan rundingan dengan kerajaan Singapura mengenai pakej pembinaan kompleks CIQ baru yang turut merangkumi jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.

Pelan konsep projek GSB yang menggabungkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke Singapura, akan dilaksanakan dengan sedikit pengubahsuaian terhadap pelan asalnya yang membabitkan kerjasama dua negara berjiran. “Cadangan ini nampak bagus, kerajaan akan buat keputusan (mengenai kelulusannya) tidak lama lagi,” katanya, sambil menambah kerajaan tidak menetapkan tempoh untuk membuat keputusan mengenainya.

Ditanya sama ada projek itu akan dibiayai kerajaan atau dana swasta, Dr Mahathir berkata, ia baru pada peringkat pelan konsep dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya. “Projek ini tidak membabitkan Singapura dan kita tidak perlu meminta kebenaran (daripada Singapura) untuk melaksanakannya kerana kita buat kita punya,” katanya.

Mengenai penempatan semula penduduk di kawasan terbabit, terutama rumah pangsa iaitu Flet Lumba Kuda dan Bukit Chagar, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memutuskannya kemudian. (Flat Bukit Chagar diramikan oleh PM sendiri pada awal 1980 an) Terdahulu, Timbalan Pengerusi Eksekutif Gerbang Perdana Sdn Bhd, Datuk Yahya Abdul Jalil, dalam taklimatnya berkata, projek itu membabitkan cadangan menempatkan semula kompleks CIQ di Tambak Johor ke Stesen Keretapi Johor Bahru di Bukit Chagar. Katanya, projek bersepadu yang serba moden itu turut merangkumi cadangan menggantikan sebahagian daripada tambak, termasuk pembinaan infrastruktur dan kemudahan berkenaan. “Projek itu membabitkan cadangan pembinaan jambatan boleh berputar dan jambatan menggantikan laluan kenderaan menerusi tambak di kawasan sebelah Malaysia saja. “Jambatan itu menyediakan laluan kapal di bawahnya dan membolehkan pengaliran air tanpa halangan supaya tidak berlaku pencemaran seperti sekarang,” katanya.

Difahamkan, projek yang dianggarkan menelan belanja sehingga RM2 bilion itu, dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2005 dan boleh digunakan mulai Januari 2006. Kompleks CIQ sedia ada pula akan dirobohkan menjelang Oktober 2006. Projek itu bakal dibina di tapak seluas 38.65 hektar, merangkumi tanah milik kerajaan, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan kerajaan Johor. Apabila siap kelak, projek itu menempatkan sekurang-kurangnya 15 jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan urusan CIQ dan merangkumi enam jejambat. ( BH. Jan 21, 2002)

.............

Living in squalor at low-cost flats
Monday February 13, 2006, THE STAR
By MEERA VIJAYAN


JOHOR BARU: About 6,000 people are living in filth in a high-rise colony just minutes away from the city centre.

The Bukit Cagar flats, one of the few high-rise settlements in town, is an eyesore that greets tourists crossing in from the Causeway.

The issues are not new, but the plight of the residents from four blocks of the 16-storey flats, located next to the new RM1.1bil Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex, has not changed for years.

The lack of maintenance is evident at first glance with the stench rising from fly-infested piles of rubbish and paint peeling off walls that are still plastered with posters of local politicians.

In one of the blocks The Star visited, one lift has not worked for about eight years.

The other is dilapidated and constantly breaking down, often trapping residents inside.

Resident Mohamed Taib Hamdi, 54, a cleaner, said he and his family had been stuck in the lift at least four times.

“Once, my wife was on her way to take our child to the clinic when the lift broke down and stopped between floors.

“She had to climb out of the lift, carrying our daughter who was less than a year old at that time,” he said.

He added that in the past 23 years he has been living there, the flats had been painted and cleaned only twice.

“Besides that, there are also drug addicts in this area.

“We hope the authorities will be able to do something about this. The Bukit Cagar flats are the first thing tourists who come in from Singapore, see,” he said.

Another resident, R. Krishna, 50, a general worker, who has lived in the flats for the past 14 years said the bad condition of the lifts made it difficult for expecting mothers and the elderly.

“Forget us, we can still walk around. Just think of the disabled, or the mother who has just delivered. It is a pitiful sight to see them struggling up the stairs,” he said.

Krishna’s wife too suffered when she had to climb up 14 flights of stairs after an operation four years ago.

Some of the flats have also been abandoned with discarded items strewn all around.
.............
Note: Peristiwa Tangki Blok C Pecah: 19 Nov 1993

.............


JOHOR BAHRU
Johor Bahru adalah bandaraya yang pesat membangun. Lokasinya di selatan Malaysia dan berhampiran dengan Singapura dan Indonesia, memberi kelebihan kepada bandaraya ini untuk menjadi hub industri, pentadbiran, komersial dan pelancongan. Sekali gus ini mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. Bangunan-bangunan lama dan baru tersergam indah menghias pusat bandaraya.

FLAT BUKIT CHAGAR
Pun begitu, di celah-celah monolith konkrit cantik kota kaca dan marble ini ada 4 blok bangunan tinggi yang sepertinya tidak pantas untuk berdiri di tengah kota. Struktur perumahan ini dikenali sebagai Flat Bukit Chagar. Berdiri 16 tingkat mencakar langit dan cuma sepelaung dari pusat bandaraya. 1 km dari pusat bandar. Tambang bas dari JB ke Flat cuma 30 sen (1985).

Dalam keluasan 1 km persegi, 4 blok bangunan menampung 1536 unit rumah. Setiap unit cuma mempunyai 1 bilik. Pandai-pandailah Ayah, emak, abang, kakak, adik, mungkin juga atok dan nenek menyusun diri.

Flat Bukit Cagar mula dimasuki penghuni sekitar 1983. Secara amnya, ramai penduduk di situ berasal dari Kampung Pak Wali, Stulang laut. Apabila Stulang Laut dibangunkan sebagai kawasan komersial, penduduk Kg. Pak Wali, sebuah setinggan, ditawarkan untuk menyewa di flat dengan kadar cuma RM90. Flat ini berdiri sebagai simbol tanggungjawab sosial kerajaan menyediakan Projek Perumahan untuk Rakyat.


FLAT MENANTI HARI
2007. Lif setiap blok yang sepasang, kini berkerja secara tunggal. Turun naik. Turun naik. Berbakti kepada penduduknya. Kini Flat bukit chagar adalah bongkah-bongkah konkrit yang janggal. Kulitnya lusuh dan berlumut. Pokok-pokok tumpang subur tumbung di dindingnya. Cat mengelupas. Graffiti menghias dinding. Mungkin, jika boleh, ada pihak yang mahu menyelimutkan flat ini tersembunyi dari pandangan pelancong.

Inilah nasib bangunan yang mengira masa untuk diroboh. Kini belanja penyelengaraan dan kosmetik adalah amat minimum. Menyakitkan mata yang memandang. Mungkin.


FLAT BUKIT CHAGAR AKAN ROBOH
Flat ini berdiri di atas tapak yang sudah digazet sebagai Gerbang Perdana. Sebuah projek pembangunan bagi memodenkan Pusat Pemeriksaan Kastam di pintu ke keluar masuk ke Selatan Malaysia dan Singapura.

Dikatakan Flat Bukit Chagar akan diruntuhkan untuk pembangunan Gerbang Perdana. Penduduk akan berpindah ke flat 5 tingkat di Bakar Batu. Jadi, sebelum flat ini menyembah bumi seperti flat Lumba Kuda yang memberi laluan kepada projek Gerbang Perdana, kami cuba merakam kisahnya.


BALO
Kami terdiri dari krew yang terdiri dari pelajar dan staf UTM. Membawa mereka melawat ke lokasi Flat Bukit Chagar adalah pengalaman yang membuka mata. Mereka tidak sedar sebelum ini. Satu pengalaman yang mendewasakan.

Cerita Bumbung Aku Lantai Orang (BALO) sebenarnya berasal dari tulisan blog Tok Rimau. Kemudian, kompilasi tulisan Tok Rimau dimasukkan ke dalam buku Ayah Kita Bos. Skrip atau Lakon Layar filem BALO ini dituliskan oleh Dean Sham berdasarkan cerita asalnya. Ia merupakan cerita pengalaman tinggal di rumah pangsa untuk golongan marhaen yang kasar kehidupannya.

Filem BALO cuba menangkap jiwa masyarakat flat untuk mereka berpendapatan rendah. Mungkin cerita mereka sama dengan flat-flat lain di Kuala Lumpur. Mungkin juga tidak. Manusia memberi reaksi berbeza kepada tekanan. Ada yang berubah kehidupan menjadi lebih senang. Bagai arang yang tertekan berubah menjadi berlian. Ada yang berubah kehidupannya menjadi lebih susah. Bagai bata yang tertekan berubah menjadi debu. Itu sahaja mampunya.

Filem ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Multimedia Development Corporation di bawah skim Mentorship. Pelajar-pelajar yang terlibat sebagai krew dan pelakon mengambil kesempatan projek ini untuk menimba seberapa banyak pengalaman dalam pembikinan filem. Kepekaan mereka dalam seni berbahasa dan pengurusan projek diasah sepanjang pembikinan filem ini.

Apa yang lebih penting lagi adalah ketajaman mereka memahami bagaimana persekitaran dan masyarakat memberi kesan kepada satu sama lain.

Aku
pencakar langit
yang berpenyakit

mengada-ngada
menjadi mercu tanda
pemedih mata
warga kota

Aku
pencakar langit
yang berpenyakit

Trivia:
1. Hari pertama pengambaran berjalan lancar. Cuaca panas terang benderang mencabar keimanan kami yang sedang berpuasa hari pertama. Pun begitu hari berikutnya agak sejuk kerana hujan sekejap-sekejap.

2. Kami menyewa dua rumah untuk dijadikan lokasi di Bukit Chagar. Pn. Mariam, seorang ibu tunggal bermurah hati menyewakan rumahnya sebagai lokasi pengambaran di Blok D. Rumah di Blok A pula adalah milik Pn. Norhani. Pn. Norhani dan dua anaknya turut berlakon sebagai pelakon tambahan.

3. Pelakon-pelakon untuk Bumbung Aku Lantai Orang terdiri dari staf UTM, pelajar UTM dan orang tempatan Flat Bukit Cagar. Pelakon tempatan menambah keaslian jiwa flat ini.
Pelakon Staf: 10
Pelakon Pelajar: 25
Pelakon Tempatan: 10

4. Graviti dikawasan flat lebih kuat berbanding graviti tempat lain. Kami menyaksikan sampah terhempas ke bumi dengan hadlaju yang tinggi. Juga ditarik graviti adalah perabot, TV, Pasu bunga dan telur ayam. Ya telur ayam. Tepat mengenai krew filem. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengelak dari shooting terlalu hampir dengan dinding flat.up.

5. Sedar atau tidak, individu yang memberi inspirasi kepada watak-watak dalam BALO ada yang masih hidup. Aku berjumpa dengan kaki ekor dan judi. Juga, lokasi kasino kecil masih wujud. Tidak berubah setelah 10 tahun berlalu.

Untuk laporan bergambar, sila klik gambar untuk laman flickr jurufoto produksi:


Oleh Jurufoto Keding


Oleh Jurufoto Debab

Senarai Kredit
Dean Sham: Pengarah, Jurukamera, Penyunting, Lakon layar, Drebar
Tok Rimau: Produser, Cerita Asal, Drebar, Pembikin The Making, Watak Pak Haji
Kamruzzaman: Akauntan, Drebar, Watak Abang Skandal
(Edit dan update lagi kemudian)

13 ulasan:

Unknown berkata...

bila nak offer aku jadi pak pacak?
haha!
salam ramadhan..

rasso berkata...

gambo Janda Baik oleh pakcik Debab mengusik kesyahduan kalbu :p

Tanpa Nama berkata...

best lah buat filem....kalo saya offer skrip tok rimau nak tak?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sinaganaga berkata...

Sayangggggggggg sekali - orang boleh mengarah tak mengarah. :-(

Tanpa Nama berkata...

Tok tak pandai marah orang, macam mana nak jadi director. ha ha ha!!

Faisal Nordin berkata...

Hoh..boleh animate cite nih nampak gayanya..:D

Chech berkata...

Melepas peluang berlakon :)

Lepas ni, bolehlah datang ke Rembau pula. Buat filem pendek pasal tanah terbiar atau keengganan orang pantai timur berkahwin dengan wanita Adat Pepatih.

Then, I could be a pelakon ;)

ezham berkata...

tok rimau dah masuk kelas kelas selebriti skrg. nanti kalau jumpa aku nak minta dia autograph di baju.

spyz berkata...

'Bagai bata yang tertekan berubah menjadi kerikil.' - tak logik ni dude. kerikil jadi pasir logiklah.. debu ke..

tagline cerita dah ada belum?...

isham berkata...

assalamu'alaikum tokrimau,

sudah lama jadi pembaca senyap, tapi kini ada soalan.

Boleh terangkan sikit pasal skim Mentorship di bawah Multimedia Development Corporation tu?
terima kasih.

ArchiTecTurA berkata...

haha baru je tgok filem ni kat DSI UTM. overall saya rasa bagus. ini 1st time saya tonton sebuah filem menyentuh isu rumah berkepadatan tinggi (hi density) di m'sia. isu yang sangat lali dgn msyarakat kita. tapi tak pnah dibuat. dari segi lakonan generally ada yang natural dan ada yg underacting. kena balance dari segi tu. konti bunyi latar dalam editing pun kena diperkemas lagi. monolog bagus, cuma ada scene yg seakan memberitahu pnonton apa yg baru blaku, padahal pnonton tau (scene cikgu bermimpi dalam kereta). konti mamat kena belasah tu ada sikit lari. mamat tu mula2 lambung2 kunci (suggesting kunci motor?), tapi last2 dihantar ke tempat tunggu bas. mungkin disengajakan namun mencacatkan sikit. selain dari tu perfect. anyway tu adalah verdict saya. overall mmg sy akan look forward filem2 tok rimau lagi. wahaha (ini bukan review atau kritikan. ini adalah pendapat takde life saya).

anuarsalleh berkata...

Terima Kasih tok rimau!

Johor Murtad yang masih rindu Johor :'(

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...