Rabu, September 26, 2007

SAYONARA

Cara-cara untuk melupakan seseorang.

1. Delete nombornya dari henpon.
2. Delete namanya dari senarai YM atau mana-mana IM.
3. Delete url blog dia dari bookmark.
4. Delete semua gambar dia dari hardisk dan thumb drive.
5. Delete dan block e-mail dia dari akaun mail.

Kau pernah buat begini? Aku pernah.

Inilah cara aku melupakan ....
Cara aku melupakan...
Cara aku melupakan...
Cara aku melupakan...
Melupakan siapa ya?
Mmm maaf la. Aku sudah lupa pulak nama dia.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Future Web Trends: Number 10 is funny.

23 ulasan:

bluecherry @ fai berkata...

hooray, orang pertama komen..

Pernah buat.. pernah buat..

Rasanya 3 kali kot.. hu hu hu

Tapi tu dulu, dulu laa

Tok Rimau berkata...

blue_cherry,
Welcome to TokR's blog. You are the first to arrive. As the winner of this leg you can read this blog for free if later I decide to charge people for reading the blog. :-)

Jgn delete url Tok Rimau :D

sinaganaga berkata...

Aiwah!

Kalau aku katakan yang aku ingat/tahu siapa nama yang kau dah lupakan tu... aaaaa... peminat kau sanggup lari ke blog aku untuk bertanya tak?

Cak!

rasso berkata...

tambah lagi tok...

yang kelima, andai dia gadis yang cun.. sila cari penganti orang tu.. seperti saya... cewah.. teruna sunti yang masih available :p ... kalaulah dia teruna... ermm.... (tak pasti apa yang pernah aku buat)

Unknown berkata...

kata org, dlm hati susah nk delete.
huhuhu.

Tok Rimau berkata...

Naga,
Kau macam nujum. Nujum pak belalang. Aku buatkan kopi nak? Hik Hik Hik.

Rasso,
Sentiasa yang terbaik untuk dia. Jika kau lebih baik dari aku. Aku rela. [nyanyi] pataaaaahlah hatiiiii[/nyanyi]

Kelambu,
Kau membaca fikiran aku. Semuanya hanya angan. Kita hanya boleh mencuba. Di dalam hati tersemat padat, tidak mungkin dilupa.
Sehinggalah sampai usia kita nyanyuk nanti.

Chech berkata...

Tok,

Bagaimana kalau kita lupakan tapi individu tu masih mengejar?

(Macam ruangan Uncle Agony pulak)

:)

Tok Rimau berkata...

Chech,
Just stop running. People don't chase things that don't run.

shuhada berkata...

Salam,

The great secret to forget is just IGNORE. Ignore everything relate to him/her.

LaPan berkata...

tok,

dah buek sumo sumo tu tapi tak bulih lupo 'an jugak, macam mano?

ado caro lain tak?

mokasih yo... :D

rasso berkata...

tok macam paksa rela jer.. lalalala...

[nyanyi]ONCE-aku mau[/nyanyi]

wasalma berkata...

melayu mudah lupa.. wakaka

astig berkata...

macam mana nk lupekn kalau dalam cpu otak ne?

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan.

SaYoUNaRa, bukan sayonara.

Chotto Matte Kudasai,

Kono onna no hito wa dare desuka?

u l t r a b a e berkata...

lupakan sape lak ni...

tok..eventhough irrelevant..aritu browse gameplan...tetibe i saw my name..[director:ultrabae]..minute..but it's there...made my day..thanx.. =p

Bailey berkata...

mmph...saya rasa saya pun kena buat benda ni. nak melupakan seseorang buat selama-lamanya.

Amyz! berkata...

Wahh. Kalau tentang pelajaran hati dan perasaan ni, ramai saja orang bagi feedback. Haha.

Tok, lagi satu tok. Tutup Blog.

Hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

tak pernah buat, pernah niat, tapi saya tak kejam..tu masalahnya

tentangseseorang berkata...

woohooooo......delete juga semua email dan hadiah-hadiah yang murah yang si dia kasik. kalau yang mahal simpan je. kalau dah kawen isteri tanya siapa kasik.

cakap je abg menang award

[nyanyi]
ungu - kekasih gelapku
[/nyanyi]

Tok Rimau berkata...

shuhada
Kau boleh pura-pura ignore tapi hati kau tetap ingat.

lapan,
sibukkan diri kau. Lelaki biasanya boleh fikir satu benda dalam satu masa. So fokus la dengan kerja kau. Buat la kuih. Cat rumah. pasang tiles ke apa. jadikan habit.

rasso,
sumbang la nyanyian kau. hi hi hi.

wasalma,
Ada jawa, siam, bugis, cina, mamak etc. Mereka tidak lupa. Jadi melayu bila isi borang je.

jaja,
Satu senduk kepala ikan dan minum jus semut. 3 kali sehari. Amalkan.

phuying,
kalau dah cikgu tu, cikgu gak. asyik nak membetulkan jer.

ultrabae,
susah melupakan bibir mu yang jarang tersenyum.

bailey,
cubalah sedaya upaya. usaha tangga kejayaan.

amyz,
hi hi hi. blog ini pengukur suhu emosi empunyanya. Tapi tutup blog tu suruh org lupa kita, bukan kita lupa org.

amirah,
Jika kau tak buat ini, kau kejam pada diri sendiri.

andika,
Tok menang cabutan bertuah kat opis. Tok dapat mug bertulis I love you.

ruslina berkata...

hullah! bukan senang nak lupa tok! kalau nombor tefon dah melekat dalam kepala, jari ni gatal nak mendail.! nombor telefon susah nak lupa... argh!!

u l t r a b a e berkata...

saya takut lesung pipit basi =p

Tanpa Nama berkata...

dah buat semua tok, tapi tak berkesan.. uwaa!!

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...