Jumaat, September 21, 2007

MERATAH HATI MENTAH-MENTAH

Aku nak bikin filem cinta pulak sebab ramai orang suka filem cinta. Nanti aku minta designer buat poster wayang dengan warna sephia cerah. Cheesy sangat. Mushy sangat.

Ini babak pembukaannya.

INT: SMS
Telefon berbentuk bedak kompak. Telefon berlagu. Sms masuk.
Manis.
Epal yang awak bagi amat manis.


Telefon berbentuk sabun. Telefon berlagu. Sms masuk.
Manis lagi senyuman kamu.


Telefon berbentuk bedak kompak. Telefon berlagu. Sms masuk.
Senyuman saya manis? Mungkin kamu buta.


Telefon berbentuk sabun. Telefon berlagu. Sms masuk.
Memang saya buta. Saya tidak buta keseorangan. Kan?


INT: PEJABAT

RIJAL
Orang buta pun boleh baca maksud dalam sms kamu ini. Adakah kamu maksudkan apa yang kamu tulis?


NISAH
Tidak menjawab. Tiada ekspressi muka. Hanya merenung mata Rijal.

CUT. Masukkan tajuk filem: Meratah Hati Mentah-mentah dan nama-nama pelakon utama. Cast seperti biasa, yang wanita semua lawa-lawa. Yang lelaki semua buruk-buruk.

Seperti biasa juga macam semua filem aku, ending akan menyakitkan dada. Menyakitkan hati. Tiada kepuasan. Tiada kompang. Tiada pelamin. Mmmmm.

Selamat membakar panggung.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
The Art of Writing: "You have to know how to accept rejection and reject acceptance." ~Ray Bradbury. Read MORE.

Swimwear: Burqini for Muslimah. Click Here.

6 ulasan:

Pa'chik berkata...

kira macam filem cinta kejam la neh?

rasso berkata...

ini filem chenta ala kasanovi dan kasanova ker tok...?

mereka saling membuat intrepetasi pada teks pesenan ringkas... uhuhuhu

amirahsyuhada berkata...

filem camni boleh dapat banyak sponsor syarikat henfon ni

pHu YinG berkata...

Izin laluan tok, izinkan saya selaku tukang subtitle pelatih membuat sedikit /warming up.

Epal yang awak bagi amat manis.
(Sweet. The apples that you gave)

Manis lagi senyuman kamu.
(The apples might be sweet but they will never be sweeter than your smile)

Senyuman saya manis? Mungkin kamu buta.
(I have a sweet smile? You must be blind)

Memang saya buta. Saya tidak buta keseorangan. Kan?
(I might be blind but I’m not the only one. Right?)

amyz! berkata...

Wahh! Orang kita tak kan bakar panggung. Paling teruk pun, diorang kutuk2 dalam blog. Haha.

sinaganaga berkata...

Seperti yang aku telah duga - antu dah mula gigit perasaan kau. Eeieieiiiiiuuuuooooo!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin