Sabtu, Oktober 11, 2008

DOKTRINASI

Semalaman seorang insan tidur, mimpi bertamu bersiri-siri. Tetapi, satu dua mimpi sahaja dari malam yang panjang yang diingat di pagi hari. Mimpi-mimpi lain dibaham malam. Sendawanya igauan dan racauan. Biasanya tidak jelas langsung butirnya.

Aku tertawan. Ketumbukan yang aku terajui terkepung ketika kami berundur menyusur kali menuju ke paya. Kecederaan dan kematian di pihak kami banyak. Hubungan dengan ibu pejabat sudah putus dengan tertembaknya pemancar. Bilangan mereka terlalu ramai. Menyerah adalah pilihan yang terbaik.

Aku tahu apa yang akan terjadi kepada kami. Yang cedera parah akan ditembak mati. Yang cedera ringan akan dirawat sebelum mereka dihimpun dengan soldadu yang tidak cedera.

Seperti yang aku jangka, layanan terhadap tawanan perang sama di mana-mana pihak pun. Aku dilumpuhkan buat sementara waktu. Dibaringkan atas perbaringan. Lampu-lampu menyuluh fokus kepalaku yang sudah bercukur botak. Sedia untuk satu pembedahan.

Prosedurnya begini, umbun-umbun dihiris. Tujuh kabel kecil dimasukkan. 4 darinya bertujuan menyebabkan amnesia tentang sejarah silam. Kemudian, 3 kabel lagi bertugas memasukkan memori baru. Memori ini milik sang soldadu idealis yang disalin. Maka wujudlah seribu soldadu baru dengan semuanya memiliki keazaman, falsafah, iltizam dan jatidiri yang sama. Minda mereka dari acuan yang sama. Soldadu baru ini akn berjuang untuk tuan yang baru.

Aku dengar pakar bedah itu berkata, "ada lima parut hirisan lama atas umbun-umbunnya."

Ini bermakna minda aku telah diceroboh lima kali. Ingatan aku dipadam lima kali. Memori baru lengkap dengan doktrin dimasukkan lima kali. Aku manusia dengan sejarah palsu. Aku tunggu sahaja doktrin palsu yang berikutnya.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Monitor Your Web Popularity

5 ulasan:

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro,
Deep, deep entry, man...
Patutpun ko calon PhD cemerlang..

Tanpa Nama berkata...

hehehe..sedap

Tanpa Nama berkata...

sekali pandang macam rasa merapu, dua kali pandang macam racauan, 3 kali pandang..hhmmm..macam paham.

Ajami Hashim berkata...

eiii! bestnya dpt jemputan baca blog ni! rasa mcm dpt masuk kelab dangdut ikut pintu blakang jer! tq bro!

dugongsenyum berkata...

Tok Rimau tawanan yang tak perlu dibotakkan sebab beliau dah sedia botak, hahaha

Ada upacara & kepercayaan sesetengah kaum di mana mereka membuktikan mereka sudah cukup dewasa dengan menghiris-hiris dahi mereka.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...