Khamis, Mei 20, 2010

LESEN JUDI KELAS F.

Gua jumpa Dukun Pendek untuk tikam Brazil menang World Cup tapi dukun kata, "Mana boleh, Brazil sudah register. Kita lihat siapa yang kena."

Flash back.

Biarkan seorang menteri bukan Islam buat kenyataan. Menteri-menteri Islam kemam mulut dan cuci tangan.

Dalam pada itu, beliau (Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung) berkata, kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.

"Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian," jelasnya. (ARKIB Utusan Malaysia: 13/05/2010. Lesen pertaruhan Piala Dunia diluluskan)

Banyak dah bantahan dibuat. Semuanya masuk telinga yang tuli. Ada takde, kita buat jenaka menyindir je mampu kat status Facebook. Ustaz-ustaz yang power dalam gomen pun belum mahu berkata apa-apa. Sedang cari jalan paling hikmah la tu. Kita jangan fikir buruk-buruk untuk mereka.

Nampaknya kita akan jadi negara maju seperti Singapura, Hong Kong dan Australia sebelum 2020. Syabas! Duit haram kelak boleh guna untuk beli banyak 100 Plus untuk atlit MSSM. Tak gitu?

Juga, lebih peluang pekerjaan kepada bomoh dan penilik. Sekarang mereka boleh meramal keputusan bola pula. Jin-jin yang bertugas akan kepeningan, mana mahu cekau keputusan World Cup? Internet? Sokernet? Connection dengan Jin Afrika? Entahlah.

Dalam perkembangan lain, mungkin ada cadangan ke arah meluluskan laga ayam juga. Rujuk gejala-gejala dibawah:


Akhir kata, Hasbullah Awang tak kata, akhir yang kata- Majulah Judi Untuk Negara.

10 ulasan:

BuRuuj berkata...

hmm...bila post-mortem tak pula diungkitkan tentang kekalahan pemain disebabkan sumber haram.

benarlah dunia ini sudah tua. halal haram main redah aje...wallahu'alam;)

farwalis berkata...

tok aku amek argentina.

ada maradona.

AyunasiA berkata...

bak kata fauzi nawawi dlm cerekarama minggu lepas,"saya tak halalkan duit haram yang saya bagi pada mak."

sinaganaga berkata...

Aaaa, gua nak tikammmm.... aaaa, Jerman menang!

dugongsenyum berkata...

brazil out aaa...

argentina lagiklah out...

Amirul Idham berkata...

eh? yang buat statement tu bukan awang adek ke? sbb hari tu baca paper, awang adek yang kata mcm tu

deus X machina berkata...

Ya...sungguh glokal meluluskan pertaruhan bola kan tok

sitinurulhawa berkata...

iklan!!!
Peluang menjadi kaya! Luaskan Network anda ke dunia JIN AFRIKA. Sertai kelas kilat Bahasa Afrikaans, English, Ndebele, Northern Sotho, Sotho, Swazi, Tswana, Tsonga, Venda, Xhosa dan Zulu. Terbuka untuk jin-jin jantan dan betina (persiapan untuk menjadi agen ramalan keputusan perlawanan Piala Dunia). Tempat adalah terhad!

Unknown berkata...

haha!

Stooky Store berkata...

banyak cakap, nanti polis tangkap

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...