Isnin, Mei 23, 2011

INCEPTION LEBUHRAYA



Lebuhraya PLUS Air Hitam - Skudai adalah lebuhraya paling bosan. Buat pemandu mengantuk.

Sepatutnya, pihak berwajib cetak artwork dari Galeri Seni atau kartun Lat besar-besar. Letak sepanjang jalan, satu setiap kilometer.

Semalam, gua terlelap. Kemudian gua terjaga. Tercelik. Kereta gerak meluru 110km dan di hadapan gua bontot lori. Panik! Gua jerit Allahuakbar!

Gua tekan brek tapi brek tak ada!

Gua pandang kanan. Pemandu pandang gua.

Cheh! Rupanya gua sekarang penumpang. Bukan pemandu. Baru teringat, kami tukar posisi di hentian Machap tadi.

Pemandu pandang gua, "Ngigau? Mimpi ngeri?"

Gua kesat airliur basi. Kemudian gua kesat peluh di dahi. Lega. Nasib baik gua tak ngigau sebut Rozita Che Wan.

15 ulasan:

bujal X berkata...

terjahan ilusi dibawah pengaruh sedar tu~he~~

Ahsuez berkata...

Pemandu tegar ini orang.

afrohead berkata...

tok yakin ke tok yang tok dah tersedar dari mimpi? mungkin tok sebenarnya masih berada di alam mimpi? apakata tok putarkan gasing kecil tersebut untuk kepastian.

Mimie.Candy Cane berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mimie.Candy Cane berkata...

mungkin tok dah terperangkap dalam limbo sebab tak berjaya keluar dari ke tiga2 level mimpi...

inception sangat... :)

ZieSakura berkata...

nasib baik x terrrsebut nama Rozita Che Wan kannnn...

Ismail Othman berkata...

power power

Tanpa Nama berkata...

ni sebelum tukar driver lagi dah tidur...

Zafira berkata...

hahaha.. serupa hollywood movie dah ni tok. tapi ending rozita tu alamak aih, tak tahu nak kata suka ke tak. :p

bofoyengfeng berkata...

saspen siot. kalau tersebut, gua bajet lu kena hitchhike... bini lu yang draib kan?

pembaris berkata...

bagus kerana masih menggunakan halaju kebangsaan..

Syuqri Talhah Mustaqim berkata...

Gua khuatir untuk insan seperti lu, kartun Lat tidak memberi kesan sepenuhnya. Rozita Che Wan? Itu mungkin opsyen yang lebih bernas.

kingbinjai berkata...

Ha ha

musafir berkata...

kah kah kah..Tok, dah lama tunggu post kelakar mcm ni Tok..

sinaganaga berkata...

i loike

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...