Rabu, Ogos 10, 2011

BOMOH


Minggu lepas, seorang pembaca menelefon. Dia melaporkan dia mengalami gangguan selepas membaca buku Gangguan.

"Gangguan yang macam mana?" tanya aku.

"Masa mengemas rumah, ada lembaga hitam bertenggek atas meja. Dia bertenggek betul-betul atas buku Gangguan," bersungguh dia bercerita.

Alamak. Berita-berita macam gini boleh buat saham buku Gangguan menurun.

"Kau buat apa?" tanya aku lagi.

"Tak ada apa-apa. Nampak imbasan je. Padang sekali lagi, dia hilang dah."

"Mmm... malam ni letak Surah Yasin atas buku Gangguan. Kalau lembaga hitam tu datang nak duduk lagi, bontot dia akan terbakar."

"Serius?"

"Cubalah dulu."

Tiada panggilan dari dia lagi sampai sekarang. Dah okay la tu. Ada bakat aku jadi bomoh. Boleh mula bisnes. Besok aku nak beli mesin nombor giliran macam kat bank.

8 ulasan:

cryclown berkata...

hahah..mintak nombor? boleh?

BuRuuj berkata...

pasni tok mesti jd pelakon filem!

bofoyengfeng berkata...

berapa cas pengeras tok?

lavender harum wangi berkata...

benda hitam? lalat je kot.

Unknown berkata...

Ada masa perkhidmatan tak?

famia berkata...

Provoke naluri ingin tahu tentang buku Gangguan. Baik punya promosi ni tok ^_^

Zafira berkata...

strategi pemasaran 'gangguan' ke tok? hikhik.

Daughter of Yasin berkata...

gangguan best oooo.....
banyak part aku gelak memanjang...good job!

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...