Khamis, Ogos 18, 2011

KEK LAPIS



Ayim telefon kata kek lapis Kakda murah lagi sedap. Satu jongkong harga RM20 je. Aku pun buat pesanan 3 jongkong untuk kudapan bulan puasa ni.

Kek tu siap keesokan harinya. Memang sedap. satu setengah jongkong aku lantak. Aku rancang nak buat pesanan raya pula.

Ayim telefon melapor Pure Creamery Butter cap Golden Churn disahkan JAKIM sebagai tidak halal kerana mengandungi DNA babi. Ayim menambah, "Kakda kata kek lapis dia guna mentega brand itu.
August 15, 2011 15:50 PM
Jakim Confirms 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Is Non-Halal
KUALA LUMPUR, Aug 15 (Bernama) -- The Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) today confirmed that the 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' sold in Malaysia is non-halal.
 Aku dah makan satu setengah jongkong malam tadi. Tak boleh makan lagi.

Aku pun panggil jiran Cina sebelah.

"Gua tak boleh makan ini kek, minyak ada babi dalam. Lu amik la."
"Apa pasal satu setengah?"
"Gua dah termakan semalam."
"Kata haram?"
"Semalam gua tak tau maaa."
"Takpe takpe, lu tak sengaja. Minta maaf sama Tuhan."
Pandai pulak Cina ni. Rezeki dialah kek itu.

Sekarang aku nak kumur air tanah 1 gelas. Air mutlak 6 gelas.

13 ulasan:

adie berkata...

jgn sampai tertelan air tanah sudah.hehe

Tanpa Nama berkata...

kalau kumur cuma samak dalam mulut je. dalam perut apa cerita?

Tanpa Nama berkata...

Butter ni kat Brunei halal. Kat Mesia je haram. So kalau nak makan, kena makan kat Brunei. Baru halalan toyyiban.

Ismail Othman berkata...

saya dah makan banyak masa kat sarawak awal tahun hari tu, tok!!! memang power rasa dia.

lavender harum wangi berkata...

lulz~ best ke kek lapis?

BuRuuj berkata...

tok, cite kita tak sama tapi serupa. huhu...

Lelaki Bersut berkata...

Patut ler sedap tok.kehkeh!

Nizam.Ariff berkata...

kih kih kih... air tanah tu kira bersahur la tok...

Unknown berkata...

jgn kumur je tok...telan terus air tanah tu...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

banyaknya Tok makan

Noor Wahidah Mahat berkata...

hehe.. lawak lah.. pes time singgah sini.. salam kenal..

@ttymatsoot berkata...

xtaw xngaper...rezeki la dapat merase...

nurmisnan berkata...

hmmmm.. susah dlm kes halal haram nih
tapi jika produk itu buatan NZ kemungkinan
halal kerana ujian negeri Serawak buat
adalah dari buatan Msia... cuba cek
tin korang dari buatan mana...

di Brunei terbukti HALAL kerana
direct dari NZ dan Aus

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...