Isnin, April 23, 2012

BUKU TSUNAMI RINDU


Saya mahu terbitkan Tsunami Rindu. 50 hingga 60 mukasurat. Di dalamnya ada catatan blog saya yang berkaitan dengan entri Ajan dan Rima serta Mobius.

10 cerita Ajan dan Rima telah dibukukan dalam buku Ayah Kita Bos (sold out).

Untuk projek Tsunami Rindu, saya mencari 10 hingga 20 pelukis kartun lagi untuk menterjemahkan Ajan dan Rima dalam bentuk komik.


a) Saya bagi dialog.
b) Awak bikin lukisan hitam putih (lihat contoh). Stroke dan gaya awak sendiri.
c) Awak bagi softcopy lukisan itu kepada saya dalam saiz A4 JPG.
d) Hakcipta bersama, awak bebas buat apa yang awak nak buat dengan komik itu, saya pun begitu. Contoh: Hantar ke Gila-gila atau anda boleh terbit dlm komik sendiri.
e) Oh ya, saya bagi awak satu salinan buku Tsunami Rindu bila ianya siap cetak.


Hubungi saya jika berminat:
Hantar contoh lukisan anda ke tokrimauATgmailDOTcom. Saya nilai sesuai tak lukisan anda dengan konsep komik Tsunami Rindu. Kalau sesuai, saya hantar skrip utk anda jadikan kartun. Subjek Emel- Komik Ajan dan Rima.

(UPDATE) SAYA SUDAH DAPAT PELUKIS YANG SAYA PERLUKAN


Tukang Ayat: Tok Rimau, Tukang Lukis: Sinaganaga, dari buku Ayah Kita Bos


3 ulasan:

berkata...

Macam menarik ni. Deadlinenya macamana Tok?

Mat Jan berkata...

tolong masukkan ajan dan rima 'kau bagaikan udara' tu sekali. tq

Tok Rimau berkata...

Ko,
Details akan diberi dalam email balas.

MJ,
Mesti.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin