Sabtu, Mei 05, 2012

HIDUNG BERDARAH

Hidung Aku Sudah Bengkok. Patah?


Hidung aku bengkak macam hidung Jackie Chan. Ini semua pasal bola keranjang.

Bola yang dibaling tidak masuk dalam keranjang. Ia kena gelung besi dan melantun keluar. Aku fokus kepada hala tuju bola. Aku melenting ke udara. Bayu pun melenting ke udara. Kami berebut bola di udara.

Bila kaki aku mendarat ke gelanggang, siku Bayu mendarat pantas menikam batang hidung aku. Tepat.

Aku rasa macam nak pitam. Darah mula menitik-nitik keluar dari lubang hidung. Menjejeh-jejeh atas simen. Permainan dihentikan.

Aku biarkan darah itu terus mengalir keluar. Seorang kawan datang bawa sekotak tisu. Mmm mana dia dapat tisu sekotak ni? Dari beg sukan dia? Misteri nusantara betul.

Man Gabak yang tadinya asyik memerhati diluar, datang dekat. Aku ingat nak bagi bantuan kecemasan, rupanya dia nak snap gambar dengan telefonnya. Kilk! Klik! Klik!

Man Gabak: Sakit? Macam mana boleh berdarah hidung ni?

Aku: Tak sakit. Sedap. Aku tengok awek seksi lalu, terus memancut darah.

Lama kelamaan darah berhenti mengalir. Bayu minta maaf. Aku kata tidak mengapa. Bukan sengaja pun. Sebenarnya Bayu dan aku dalam satu team. Kami terlalu tumpu kepada bola, tidak perasan dengan siapa kami berebut.

Aku rasa ambil dua tiga hari juga untuk hidung Jackie Chan ni surut.

5 ulasan:

NAA berkata...

habis lah tok. da tak hensem lagi lepas nih.

sudah na menarik perhatian gadis gadis.

Pert Doherty berkata...

ahaks.. ooloolololo

BuRuuj berkata...

get well soon ;)

Orang Akaun berkata...

nasib baik tak jadi hidong nicholas cage

Yana Ismail berkata...

hihi..tc :)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...