Khamis, Oktober 10, 2013

KINABALU, SABAH 1-4 OKT 2013

1. Tuhan sayang sama kita. Perjalanan kita ke Kinabalu dipermudahkan. Apa yang pali ketara adalah cuaca yang baik. Dua tiga hari sebelum kita sampai, hujan turun. Pada hari kita mendaki cuaca cerah dan berangin. Sehari selepas kita pulang hujan turun dengan lebat sehingga pendakian ke puncak tidak dibenarkan. Saya memantau instagram dengan #Kinabalu , melihat muka-muka hampa pendaki membuat saya jatuh simpati. Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Syukur dengan rezeki yang Allah beri.

2. Sepanjang perjalanan mendaki dan menurun, kita bertemu dengan ramai orang. Saya suka melihat kawan-kawan yang bertegur sapa dengan pendaki asing dan juga orang tempatan. Suasana mesra ini biasa kita lihat di kalangan pendaki. Di Universiti, ada pelajar Tunisia yang mengeluh mengatakan orang Malaysia tidak mesra, dingin. Alangkah baiknya kalau kita dapat bawa budaya mesra pendaki kepada staf dan pelajar. Saying salam, hi and hello to strangers should be our culture.

 3. Porter adalah wira yang tidak didendang. Dalam banyak masa, mereka menemani pendaki dalam diam. Mereka cuma buka mulut, bila perlu atau bila ditanya sahaja. Saya dapat tahu, porter di Kinabalu ada persatuan mereka sendiri bagi menentukan harga upah dan menjaga kebajikan mereka. Ada di antara mereka agak muda dan patut berada di sekolah. Ada di antara mereka kelihatan agak tua, patut berada di rumah. Tetapi siapalah kita untuk menghukum. Kita tidak tahu sejarah hidup mereka dan apa yang mereka lalui. Mereka perlukan upah itu. Rasa agak bertuah, kita mampu menyumbang kepada ekonomi tempatan dan mereka boleh bawa pulang wang untuk rezeki anak-anak di rumah. Jika ditakdirkan kita mendaki di lain tempat di mana sistem porternya tidak terurus, bersikap adillah kepada mereka. Beri mereka upah harga patut bagi kerja yang mereka jalankan.


 From Kinabalu park, 6 hour climb to Laban Rata. Sleep. Woke up at 2am to reach the summit at sunrise. 3 hour climb with a headlamp to the summit. This video is only about the summit. Later, I'll edit the whole journey up.
 

  CATATAN PENDAKI
Hatta Mhs Pengalaman yang ditimba dalam HAKQ2013 (1) kepayahan hidup. Dapat diperhatikan tugas porter mengangkut barang demi menyara hidup dan tugas ini dipikul ke beberapa generasi. Mereka amat kuat dan tidak lokek memberi tip pendakian yang betul. Sebagai peserta, saya membawa beban sendiri dan selami kepayahan mereka. Memang hidup ini bukan untuk santai dan kita perlu bertarung/berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Latihan pendakian 5 gunung di Semenanjung Malaysia dan setiap Rabu yang diikuti amat berkesan untuk membina keyakinan dan kecergasan diri. Pendakian Kinabalu tidak memenatkan dan alhamdulilah menjadi orang ke-5 sampai ke Laban Rata dan orang ke-3 di Low’s Peak. (2) kuasa ciptaan Allah. Sepanjang perjalanan dapat diperhatikan kehidupan flora dan fauna yang cantik, panorama yang indah, udara yang nyaman, kehijauan tumbuhan alam, gunung ganang berbatu dan pelbagai lagi kebesaran Maha Pencipta. Keindahan ini perlu dipelihara untuk kekal dinikmati generasi yang akan datang. (3) jaringan kemanusiaan dan semangat kerjasama. Saya bertugas di UTM bermula Januari 2010 dan dipindahkan ke UTMFaces sepenuh masa sejak Julai 2011 hingga kini. Dengan menyertai HAKQ2013 saya dapat kembali ke kampus dan bertemu kawan-kawan yang lain. Jaringan ini memudahkan urusan kerja. Dalam mana-mana aktiviti pendakian, semangat kerjasama memang jelas dapat dilihat. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Semangat kesetiakawanan sentiasa perlu ada kerana dalam situasi pekerjaan kita saling memerlukan untuk sesuatu tugasan. (4) peralatan. Mengingatkan diri sendiri untuk mencari sarung tangan jenis fleece sebagai tambahan sarung tangan kulit yang digunakan. Kedinginan amat terasa dicelah jari pada pendakian awal pagi. Alternatifnya terpaksa sentiasa gerakkan jari atau masukkan tangan di kocek windbreaker. Peralatan lain yang agak penting ialah kamera. Bergantung kepada kamera telefon bimbit sahaja tidak memadai kerana dalam kedinginan ia mula meragam. Kasut tiada masalah, amat selesa pendakian naik dan turun gunung.

  Zulkifli Ahmad Setelah beberapa minit pendakian ke puncak bermula sekitar jam 2:30 pagi, simptom-simptom 'AMS' hadir. Rasa mual, loya dan pening dan nafas tidak teratur. Ditambah pula rasa stress akibat lampu 'headlamp' yang bermasalah. Tak boleh difokuskan pada satu arah sebab skru longgar. Sebelum bergerak dan dekat 5 kali check, ok aja. Time nk guna, time tu le meragam. Ambil keputusan berhenti dalam dalam 2 minit. Kawal pernafasan, sedut udara dalam-dalam & Alhamdulillah semuanya hilang. Set dalam minda semuanya ni dugaan dan dalam perjalanan pendakian mulut tak henti2 berzikir dan berdoa moga dipermudahkan segalanya. Kaedah setiap 15 langkah berhenti dan ambil nafas dalam kiraan 10 dipraktikkan. Kaedah tersebut betul-betul berkesan dan akhirnya sampai juga ke puncak pada sekitar jam 5:20pg bersama En. Beni & En. Amyrudin. Suhu dipuncak pada masa itu amat sejuk hinggakan jari-jari rasa seperti dicucuk-cucuk. Salah satu sebab kerana tangan/jari berpeluh semasa pendakian. Air peluh tersebut bertukar menjadi sejuk yang amat sangat. Terus solat subuh sementara menunggu matahari terbit. Seterusnya terus mendaki untuk menyentuh 'papan tanda' puncak Kinabalu....Walaupun terpaksa menunggu giliran dan bersesak-sesak, akhirnya tercapai juga impian menawan puncak kinabalu sekitar jam 6:00pg...Bersyukur diberi kesempatan menikmati.

  Sabun LukisanOtak terima kasih kepada rakan2 Ruziah Rahman(tukang picit) Suhaimi Amy(peneman) Azizul Azman(bawakan beg) Kerapu Kering(peneman&pembawa beg) hafiz HCD(pembawa kamera) dan rakan2 yang lain yang banyak membantu semasa ketidak sihatan sy...tanpa anda semua mungkin saya berjalan umpama zombi menuruni gunung kinabalu. Dalam kegelapan pagi yang hening... hanya disirami cahaya yang keluar dari dahi para pendaki2... satu persatu anak tangga di daki... melewati seorang pendaki yang sedang tunduk di tepi tangga... tiba2 haruman yang dikeluarkan ketika melintasi Mohd Subha Salleh ada lah sisa perut beliau.. bermula dr itu laa episod mual, pening, loya, dan yang paling teruk sisa perut ku keluarkan... 2 kali semasa menuruni curam batu bertali dari sayat2 menuju ke penginapan kita, gunting lagadan.. 2 lagi ku tinggalkan sisa ku ketika baru sahaja keluar dari cafe laban rata dan di perjalanan menuju ke timpohon gate... menaiki van dari timpohon gate ke kinabalu park, sekali lagi perut seakan2 meronta dikeluarkan terus isinya... hanya mampu tunduk diam dan berdoa agar tidak sedikitpun keluar semasa di dalam van... sampai sahaja di kinabalu park, toilet jd sasaran... keluar semuanya walaupun dah tinggal angin sahaja... kelegaan terpancar...cuma 3 jam x dapat merasa ke enakkan nasi goreng yang di bekalkan.

  Mohd Subha Salleh: food poisoning. bangun jam 1.45am sendawa rasa gas(dah boleh rasa something is wrong with my stomach) xmkn apa2 hanya minum air masak. start mendaki 2.30am. lps naik tangga dalam 10 min terus rasa nak muntah n muntah di tepi tangga. Semua mknn hbs keluar termasuk yg semalamnya...nasib baik ada Mohd Jamhari Mohd Rafiee yang sudi offer air masak

Tiada ulasan:

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...