Mungkin kawan masih sengal2 betis atau terlalu teruja untuk persiapan Kinabalu, maka tidak ramai yang merakam refleksi Gunung Bujang Melaka. Seeloknya menulis bila pengalaman itu masih segar. Jika dibiarkan, banyak perincian terlepas pandang. Oleh itu, biarlah saya rakam pelajaran yang saya kutip di Bujang Melaka. Mula2 sekali saya mahu panjatkan syukur kerana anugerah nikmat2 yang saya ambil mudah selama ini.
a) Nikmat menggenggam secawan milo panas jam 1 pagi setelah saya dikejutkan oleh dingin malam yang menggigit tulang. Terimakasih En Hamid kerana menjerang air dan membacuh milo untuk saya.
Lain kali, saya bawa sleeping bag dan selimut tebal.
b) Kordial larut dalam air sungai dingin memang secebis syurga yang jatuh ke bumi.
c) Saya selalu berfikir, apa rasanya tidur dalam buai macam bayi. Saya pernah cuba masuk buai anak saya. Besi buai itu bengkok. Hi hi hi. Tetapi mencuba hammock Din Air Batu, sedikit sebanyak memberi nikmat yang sama. Rasanya seolah-olah tidur diudara. Kalau ada orang hayunkan perlahan sambil mendendang lagu Ahmad Jais lagi seru.
d) Mandi sungai! Kita berhenti sebenarnya untuk rehat makan tengahari tetapi saya lupa semua itu. Saya terus salin pakaian dan terjun masuk air. Inilah peluang yg saya tunggu selama ni. Peluang menguji GoPro dalam air. Cahaya suria dalam air menghasilkan sinar berbelang-belang. Orang tidak kacak pun nampak kacak bila ditangkap gambarnya dalam air. Heaven.
Sekian.
Video Eksklusif mandi sungai.
Video keseluruhan pendakian
CATATAN PENDAKI
Ruziah Rahman: bagi kak gee gunung bujang melaka tak sehebat gunung nuang...tapi yang penting kerjasama dari semua pendaki yang tak jemu untuk menunggu pendaki wanita yang sentiasa bersopan santun turun dari gunung dengan muatan barang yang tak seimbang dengan badan yang comel cute...
Melody Teratai: Pengalaman saya di Bujang Melaka adalah sesuatu yang saya tunggu dan nantikan selama ini untuk mendaki bersama sahabat-sahabat UTM.. maafkan saya andai ayat seterusnya mungkin membuatkan anda akan kata - eleh kau tak pi kinabalu nak cakap lebih2.. hehehe maafkan saya ye... 1) Berkhemah- selalunya kita mendaki balik hari tidak berpeluang berkhemah, ketika berkhemah inilah kita dapat berbual lebih mesra, mengenali sahabat2 kita, ketika berkhemah inilah kita akan dapat temani kawan2 kalau nak pi buang hajat (hehehhe) time berkhemah inilah kita dapat terima keburukan kawan2 yang tidur berdengkur.. tak kenal memang tak cinta.. time khemah jugalah kita dapat uji mental kita dalam suasana kelam pekat dan sejuknya malam hari dalam hutan tanpa kita ketahui HATI-HATI ADA YANG MEMERHATI... 2) mUATAN BERAT - muatan berat (sila ke kiri) bak kata mereka (ada road block kat depan)..hehehe ketika inilah kita kenal sape boleh dibuat kawan dan siapa pula bukan tak boleh buat kawan tapi biarlah mereka dengan kekuatan mereka... orang yang hebat akan tunggu sahabat dibelakang..diakui memang adat ditinggalkan bila mendaki atau menuruni gunung bila kita bawa muatan koz pengalaman mengajar saya jangan dihalang mereka koz beg mereka berat juga sama seperti kita.. mereka tak larat nak jalan slow2 follow kita yang slow berbanding kita yang slow tapii masih mampu memikul beban...sokongan sahabat itu penting..dan kerjasama itu juga penting - pernah ke kita terfikir andai kita tinggalkan sahabat di belakang , selamat kah mereka..? atau kita terlalu mementingkan diri sendiri?.. kita cepat jalan kita cepat sampai sampai kita rehat lama....tapi kawan2 yang lambat? jangan salahkan mereka yang lambat? ada sebab Allah swt jadikan manusia pelbagai.. itulah unik manusia.. apa2 pun PEACE NO WAR... Tahniah sebenarnya kita masih mampu bertegur sapa.. Alhamdulillah maknanya kita masuh berupaya menerima kelebihan dan kekurangan diri sahabat semua...All the best dan saya doakan kalian sahabat semua 30 staf UTM Insyallah sampai di Puncak KInabalu!! just aim high, think high.. Tips kekuatan mental - 1st imagine it with colour - bentuk signage di puncak kinabalu, then 2nd feel it in your heart and soul, last 3rd touch it with your finger ... Good Luck everyone
Shima Sham: Bujang Melaka! Awesome! 1st time naik lori, 1st time pikul beg anggaran dlm 10 kg.. kalau diikutkan mmg x larat, tp bangga dgn diri sendiri sbb berjaya bawa beg yg berat naik & turun gunung.. Makan nasi lepas penat mendaki & mandi manda mmg sgt menyelerakan.. dah x pandang kiri kanan dah.. sekejap je dh licin.. Air sungai yg kosong mcm x boleh nk minum.. tp bila campur ngan kordial.. sedap pulak.. solat berjemaah dalam hutan, ditemani dengan bunyi2an mlm, membuat diri ni terasa sgt kecil.. (semoga Allah mengampuni dosa2 kita).. awal pagi mendaki ke puncak.. mmg agak saspen sbb manalah tahu ada yg melingkar kat atas kepala.. tp alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.. kesejukan di puncak - dpt pulak minum air milo panas.. fuhhh... turun agak ok sbb x mendaki, beg masih sama berat.. tp bila jalan slow2 dgn geng2 lain, x la terasa sgt.. sbb tu penting utk kita jln bersama.. sbb bila kita berehat (take 5), ada2 je senda gurau dari kwn2 yg boleh buat kita tersenyum.. singgah mandi air terjun mmg best.. tp syg sy x pandai berenang.. x dinafikan mmg betis & peha sakit.. sy terus buat refleksologi kaki & alhamdulillah sakit kaki cuma sehari je.. Mudah2an xpdc ke Kinabalu nnt dipermudahkan juga..
Hatta Mhs: Pendakian gng Bujang Melaka boleh dikatakan santai. Tidak mengejar masa kerana akan bermalam di Kem Lebah. Cabaran bg saya kerana sudah lama tidak bmlm dihutan. Terakhir 12 thn lps di Mersing. Saya akui beg yang dibawa kecil ttp ada beg tambahan utk bw supply SOS spt balang msk air, gas, beras, kentang & fish cake. Makan xde mslh sbb jenis x mkn banyak. Melepaskn hajat besar ditunda hingga sampai ke kaki gng [nasib baik bole bertahan..] Saya setuju berehat antara pendakian tidak perlu lama. 5minit memadai.. Kenangan lain, sempat berendam di air terjun kaki gng & hampir digigit pacat di tangan. Semoga dipermudahkan pendakian finale di Gng Kinabalu nanti!
Ag Hamdan: Ini kali kedua saya mendaki Bujang Melaka. Kebiasaan saya mendaki dan berkhemah akan masak bersama -sama .Namun kali ini semua pendaki menunggu makanan siap. jika masak Sudah tentu kita akan merasai masakan yang berbeza dari kumpulan lain. Perjalanan tidak sesukar nuang dan belumut. saya tidur seorang diri di dalam khemah pada malam itu. terjaga pada jam 1 dan seterusnya jam 3 pagi. suasana sunyi. Pada awal pagi bangun dan mendaki ke puncak. suasana pagi seperti lampu jalan sepanjang 1 km di celah pokok. sampai sekitar jam 6.40 am dan solat subuh. Kejadian En beni jatuh amat merisaukan kerana saya, en azman saya berada di kawasan itu. secepat pantas azman dan saya mengambil tindakan .azman menghulurkan tangan kanan ke beni dan saya menarik tangan kiri azman penuh tenaga dan kangkang tak ingat. Pada masa ini saya hanya berserah pada tuhan agar semua selamat. Sepanjang perjalanan kita akan jumpa water point. Pacat tak gigit langsung ( bagus guna krim serasi yg panas tur) dah cuba 2 gunung pacat tak gigit. Pengisian oleh Nc amat baik dan jika kita dapat gunakan masa itu untuk menyatakan pengalaman semua peserta amat baik. semoga team ini berjaya menawan puncak kinabalu hendaknya.
Zulkifli Ahmad: Mendaki Gunung Bujang Melaka yang namanya masih menjadi misteri sehingga la nie....Pengalaman mendaki gunung ni bagi saya tidaklah begitu mencabar berbanding mendaki Gunung Nuang, Selangor. Walaupun perlu membawa beban berat, pendakiannya agak santai juga. Ditambah pula pengalaman bermalam/berkhemah di kawasan hutan gunung yang dah lama tak buat... Mungkin pendakian ini sedikit santai sebab tidak perlu terus mendaki ke puncak sebagaimana gunung-gunung sebelum ini. Pengalaman mendaki gunung terakhir bersama rakan-rakan sebelum ke Gunung Kinabalu amat bermakna dan terasa bertambah keakrabannya ditambah pula dengan kehadiran YBhg. NC yang senantiasa memberikan nasihat dan kata-kata semangat untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermanafaat kepada semua. Akan sentiasa merindui saat-saat mendaki bersama rakan-rakan semua. Semoga akan kesinambungannya. InsyaAllah.
Gopal Ambiga: Last camping was 20 Mei 1989….masa itu group tapi kena tidur berseorangan dlm hutan, yang menemani hanya doa dan bulan purnama. Gunung Bujang was beautiful…a complete package (people, food, nature, etc.) menghayati segalanya. The most heart touching moment…sharing VCs nasi lemak…walaupun bbr kali menolak mengatakan sy ada roti insisted I have some. Thank u for u r kindness Prof Wahid Omar Overall was a good experience.
Amyrudin Mohamad: Secebis Coretan disini....Gunung Bujang Melaka sekali lagi memberikan satu cabaran baru. Pengalaman yang mendebarkan masih teringat2 lagi saat kawan kita terperosok masuk dalam gaung...memang tak dapat digambarkan betapa cemasnya andai sesuatu yang tak di ingini berlaku..alhamdulillah beni masih lagi bersama kita....kredit kepada kawan2 semua yang bersama membantu membuat rantaian manusia.
Azizul Azman: Pendakian ke Gunung Bujang Melaka umpama peluang kedua saya dalam kumpulan ini. Terima kasih kepada yang memberikan kepercayaan ini. Cuba untuk membantu rakan-rakan yang bertanya berkaitan packing beg, cara pikul beg bila ada bebanan yang berat hasil daripada tunjuk ajar kawan-kawan sejak menceburkan diri dalam bidang ini.
Cuba merakam perkara menarik yang ada di sepanjang jalan dan cuba juga untuk membantu rakan-rakan dibelakang dan telah menyediakan ruang di dalam beg jika ada kawan-kawan yang tak mampu nak pikul beban yang dibawa. Biasanya kalau mendaki saya akan bawa First Aid, 3 liter air dalam water bag@bladder, coklat 'awan sembilan' @ cloud9, jeli gula atau kami gelarnya jeli 'nipple' untuk menggantikan gula dalam darah terutama apabila hanya minum air sungai sahaja.
Teknik berbual dengan kawan-kawan sewaktu berjalan dirasakan berkesan sehingga ada kawa-kawan yang merasakan berjalan selama 2 jam macam takde apa je. kadang-kadang sewaktu mendaki saya akan menyanyi dengan kawan-kawan bagi memberikan motivasi kepada rakan-rakan yang dirasakan 'mental'.
Sampai sahaja di camp site, kami segera memasang flysheet dan membentangkan groundsheet untuk tempat tidur kami dan membantu memasang khemah-khemah yang dibawa. Kami dapat tempat tidur yang berhampiran dengan tempat manusia yang kurang bertamadun 'chiron' @ buang air besar. Cuba menutup dengan tanah kawasan tersebut dengan rakan-rakan sekurang-kurangnya hilang sikit bau yg terhasil.
Untuk ke Water point, peserta perlu menuruni kawasan rendah yang telah disiapkan dengan tali untuk memudahkan turun naik. Waterpoint yang sangat menarik kerana ada kawasan 'kolam puteri' bagi kawasan sedikit tertutup untuk keselesaan peserta. Sempat jugala 'shishi'@ buang air kecil dan 'chiron' kat kawasan yang dirasakan strategik dan tak mengganggu makhluk sekitar berbekalkan parang, baby wipe dan sebotol air. Kawan-kawan ada nasihat agar kalau nak buang air di kawasan seperti tu perlu baca "SALAMUN 'ALA SULAIMAN FIL 'ALAMIN' kerana menurut sirah jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Tidur malam di Gunung Bujang Melaka agak sejuk, nasib baik ada bawa Sleeping bag dan sleeping mat untuk tidur, sempatla tidur dalam keadaan berpeluh walaupun pakai tshirt je dalam sleeping bag.
Pendakian yang bermula lebih kurang pukul 4.40 pagi agak mencabar kerana terpaksa menempuh beberapa puncak tipu yang akan membuatkan para pendaki tertanya-tanya masa untuk sampai ke puncak. Solat subuh di puncak dengan kawasan yang terhad dan tidak rata agak mencabar mental.
Untuk turun ke bawah dari camp site, kawan-kawan ada menasihatkan untuk packing bag sebaik mungkin kerana jika tersalah packing akan menyebabkan susah untuk mengawal pergerakan, sakit pinggang dan bahu. Tips yang diberikan ialah cuba pastikan beg boleh berdiri dengan sendiri apabila diletakkan di atas tanah. Insya Allah akan kurang sakit dan mudah untuk kawal pergerakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan