Khamis, Januari 15, 2015

LESEN DAN KAD PENGENALAN




Lesen aku mati, lantas aku ke pejabat pos untuk hidupkan. Pejabat pos perlu kad pengenalan untuk hidupkan lesen tetapi malangnya chip kad pengenalan aku rosak tak boleh digunakan. Kesimpulannya, lesen dan kad pengenalan aku sehidup semati adanya.

Aku pergi Jabatan Pendaftaran Negara, Kulaijaya untuk dapatkan kad pengenalan baharu. Suprisingly, urusan di JPN Kulaijaya cepat. Tak sampai 20 minit. Tak macam badan kerajaan langsung. Mungkin dengan kewujudan Urban Transformation Center yang banyak, urusan kerajaan bertambah cekap. Tahniah gomen!

Kerani JPN pun sopan. Dia minta maaf, "Maaf encik, gambar encik tak berapa jelas sebab kepala encik memantulkan cahaya lampu kamera." Mmmm. "Apa bodoh sangat, letak la lampu kamera itu pada sudut 45 darjah agar pantulan cahaya tak patah balik kepada kamera. Kalau letak tegak 90 darjah memang la gambar overexposed! " Aku jerit dalam hati. Ya, dalam hati je. Buat apa la aku nak marah kerani yang sopan santun ni. Lagi pun bukan bidang kuasa dia nak alih lampu kamera.

Apa pun, kena tunggu 14 hari sebelum aku boleh datang ambil kad pengenalan baharu. Sementara itu guna kad pengenalan sementara. 14 hari aku memandu tanpa lesen.

14 hari kemudian. Tadi aku ambil kad pengenalan baharu. Urusan lancar, tak sampai 15 minit. Tak sempat aku nak melukis suasana dalam JPN. 

Kemudian, aku pergi pejabat pos untuk buat lesen memandu. Benda seronok kau boleh main dengan kawan kau kat Pejabat Pos atau Pejabat Kerajaan adalah game, "cari perkataan." Pejabat-pejabat ini suka tampal notis kat dinding. Rekabentuk notis ini tak sekata. Ada font besar. Ada font kecik. Ada yang tulis tangan dengan marker juga. Kadang-kadang akak kerani tu DIY tambah design bunga-bunga. Untuk soalan pertama, cuba korang kira berapa banyak perkataan "sila" korang boleh cari.

Sampai giliran aku, aku tunjukan kad pengenalan baharu dengan alamat baharu dan gambar baharu yang penuh cahaya keimanan itu. Kerani pejabat pos tu pun proses. Aku dapat lesen baharu. Siap. Yang hairannya, di lesen aku tercetak alamat lama, Flat Bukit Chagar. Aduhai! Aku dah berzaman pindah. Sejak zaman Mahathir kot. Flat Bukit Chagar itu pun dah lama tak wujud sebab dirobohkan untuk bikin Kastam Imigresen JB Central.

Well, secara positifnya, kalau aku buat kesalahan trafik pihak berwajib buru aku kat Flat Bkt Chagar. Selamat.

3 ulasan:

Unknown berkata...

rasa best tak tok, ada komen kat blog ?

test berkata...

teman buat Ketepey x sampai 20 minit dah siap. apa ke he nak tunggu 14 hari tu tok. dah tunggu 14 hari, alamat boleh salah lagi. negeri johor maju btol.

Unknown berkata...

Blogging not dead. yeah yeah!!!
-pakbear-

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...