Jumaat, November 11, 2022

052 HANG TUA


Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya dengan Datuk Sang Setia. Begitulah ceritera rombongan Hang Tuah mencari Puteri Gunung Ledang. 

Semalam ceritanya Akak Kau meminta aku menjadi pemandu arah berbasikal ke Bukit Batu Gajah. Dia dan gadis-gadis basikal berhajat benar. Dalam keadaan demam selesema dan kecergasan pasca-covid, aku akur jua. 

Di permulaan denai aku bertemu sekumpulan guru bertujuh ingin ke tempat sama. Kami pun bergabung. 

Dalam kumpulan guru-guru itu pun ada yang lemah. Seorang pendek nafas seperti aku dan seorang lagi krem bahu. Setibanya di pangkal Bukit Batu Gajah, aku pun bersuara seperti Laksamana Hang Tuah. 

     "Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia menunggu di kaki gunung ini saja," kata Laksamana Hang Tuah.

Begitulah seorang aku mengukur baju di badan sendiri. 


Tiada ulasan:

74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL

Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...