Khamis, Disember 29, 2005

TEMUBUAL DENGAN BIG FOOT

Heboh satu bumi bertuah tentang kelibat Big Foot di hutan Kota Tinggi, Johor. Kenapa makhluk yang dipanggil oleh orang asli sebagai "Hantu Gigi Panjang" itu digelar pula sebagai Big Foot oleh media sedangkan kakinya tidak pernah menjadi isu? Aku tidak puas hati dengan nama Big Foot lalu aku hantar SMS Survey kepada kawan-kawan aku. Mereka mencadangkan:

Mawas
Mengikut kamus dewan Karyanet: Monyet besar dalam famili pongidae termasuk orang hutan dan cimpanzi. Nama ini terlalu umum. Tidak boleh diterima.

Hantu Tetek Besar
Cis! Kawan aku ini keliru. Kita berbicara tentang Big Foot, bukan Pamela Anderson atau Hantu Kopek misteri nusantara.

Aku ambil tape recorder dan buku catatan lalu memandu ke hutan Kota Tinggi. Aku cari makhluk itu sampai dapat. Aku nampak dia sedang memancing ikan di sebuah tasik.

Aku: Ehem... memancing ke?

Makhluk: Opocot. Terperanjat aku dibuatnya. Kau ni siapa?

Aku: Saya ini seorang blogger yang berhasrat mencari kebenaran tentang diri tuan. Boleh saya temubual tuan?

Makhluk: laaa hai.. tak payah la bersaya-saya, tuan segala. Aku-engkau dah lah. Baru mesra. Tanyalah apa nak tanya.

Aku: Mula-mula, saya... err aku nak tahu nama kau.

Makhluk: Mxlyxzwqu Anak Jantan Pytoqwerty

Aku: Macam mana nak ngejanya?

Makhluk: Entahlah. Aku pun tak sekolah. Tak reti nak ngeja.

Aku: Apa pendapat kau bila orang panggil kau Big Foot?

Makhluk: Sebenarnya kaki aku bukannya besar sangat. Lagi pun aku takut ramai pompuan tergila-gilakan aku bila guna nama tu.

Aku: Apasal pula?

Makhluk: Kau bukan tak tau, apa orang kata tentang jantan berkaki besar. Ha ha ha.

Aku: Hampeh! Mencarut kuat la kau ni.

Makhluk: Ha ha ha... oit jangan bising sangat. Nanti ikan lari.

Aku: Ok. Orang asli panggil kau Hantu Gigi Panjang camana pulak?

Makhluk: Apalak aku ni hantu. Aku bukan hantu. Lagi pun setakat gigi, tak la panjang sangat. Panjang lagi anu aku. Ha ha ha.

Aku: Hampeh! Malas la aku berbual dengan kau. Lucah semacam. Aku belah dulu.

Makhluk: Ha ha ha. Merajuk la tu. Kau tak mau ambil gambar aku ke?

Aku: Sori la. Hari ni aku bawa kamera padat je. Gambar tak seru. Nanti orang kata aku buat pakai photoshop je. Lain kali aku datang lagi bawa SLR. Aku call bila aku datang. Kau sikat bulu tu. Baru fotogenik. Okay la ciao.

Makhluk: Okay. Aku pun nak cari lubuk lain. Kat sini ikan mogok. Kau punya pasal la. Bising-bising. Okay. Aku belah dulu.

Balik. Aku cari dalam Wikipedia. Nama-nama makhluk lagenda primate berbulu berjalan dengan dua kaki di tempat lain punya nama yang baik-baik:

Almas - Mongolia's Bigfoot
Barmanou - Afghanistan and Pakistan's Bigfoot
Ebu Gogo - A similar creature from the Flores Islands of Indonesia; and
Orang Pendak - A similar creature from Sumatra in Indonesia
Nguoi Rung - Vietnam's Bigfoot
Sasquatch - North America
Skunk Ape - Florida's Bigfoot
Woodwose - Medieval Europe's Bigfoot
Yeren - China's Bigfoot
Yeti - The Himalayas' Bigfoot
Yowie - Australia's Bigfoot

7 ulasan:

test berkata...

salam...

tok pindah sini ye ok...
danchan out of service eh...
ok selamat tahun baru tok...

besh borak big foot nie...

Tanpa Nama berkata...

selamat tahun baru 2006.
semoga thn ini membawa seri pada tok sekeluarga.

x sangka makhluk itu boleh berbahasa melayu.

atau

itu telah di terjemahkan ke dalam bahasa melayu?

jika ini siri terjemahan..

x sangka tok boleh berbahasa makhluk ittewww...

sungguh kelaasss tok ini...

Tanpa Nama berkata...

Tok memang boleh berbual dgn Big Foot. Tok = Rimau educated tak ada ekor. :D ----- TOK R

Korakora berkata...

tokr,

kau terlupa satu lagi. Hollywood panggil King Kong :)

cik easy berkata...

Tok.. Tetek Besar membawa impak dari segi fizik dan ergonomik badan hantu tersebut.. Daya pemberat laksana bandul pada t*t*k nya yang besar telah menyebabkan beban yang teragih seragam berada pada titik akhir gravitinya iaitu di kaki... ini menyebabkan setiap langkahnya memberi impak tinggi pada tanah... bekas langkahnya menjadikan org putih panggil dia big foot..dan org kita panggil hantu tetek besar sebab org melayu kita lebih kehadapan dari segi kuantum mekanik ehehhehe

Tanpa Nama berkata...

eh tok, i read this entry dlm page org. well, dia copy paste maybe. no your name, but other name.

your big fan kot.

-fajar

mohd azmi berkata...

Jangan lupa kalau dalam Star Wars dipanggil WOKKIE!!!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...