Isnin, September 04, 2006

BERIKAN AKU DIARI


Di sebuah majlis makan malam, aku makan semeja dengan pegawai-pegawai tentera yang baru menamatkan pengajian akademik mereka. Masing-masing sudah bertugas dalam kapal yang belainan selepas tamat pengajian. Majlis makan malam ini sebagai satu reunion untuk mereka.

Seorang dari mereka menceritakan pengalaman berada dalam suasana tegang di perairan Borneo kepada aku. Ada mini konfrantasi tetapi tidak heboh dalam media demi menjaga hubungan antara dua negara.

"Saya menulis nota di dalam diari saya. Saya catatkan detik-detik penting. Kemudian, saya minta maaf kepada kedua ibubapa saya atas semua kesalahan saya. Zahir dan batin," kata pegawai itu.

"Jika kapal kamu karam, diari kamu pastinya tenggelam sama." Aku.

"Usai menulis, saya simpan diari itu di dalam satu bekas kedap air dan mudah terapung," tambah pegawai muda itu lagi.

Aku bukannya seorang pahlawan yang berani menghunus senjata. Tetapi, aku rela berjuang dengan cara aku sendiri. Plink! Mentol di atas kepala aku menyala. Aku dapat ilham untuk buat video promosi hari raya.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Orang bijak akan membeli Goblog.
Aku jadi Komunis Kolumnis untuk majalah tidak berkala e-Sastera.net

23 ulasan:

Rie berkata...

jumpa diari buleh buat film tuh. tajuk: hari-hari terakhir seorang laskar

Lan Rambai berkata...

kat atas kapal tu takbley online ke tok? atau askar tu tak tahu makna blog?

Tok Rimau berkata...

Esis:
Bajet mahal oit untuk filem perang pakai kapal. Mungkin boleh murah jika tukar jadi filem purba.

Imzadle:
Petronas bayar berapa ya?

Lan Rambai:
Tak boleh bebas bertenet kat kapal. Nanti kena hack kapal lagi susah. Mereka punya sistem perhubungan tersendiri.

dugongsenyum berkata...

pegi PD minggu depan Tok dah boleh mula shooting hehehe

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya camtulah hidup seorang tentera, nyawa dan fikiran mereka adalah hak kerajaan. Mereka tiada hak kebebasan, sebab mereka bukan orang awam. Mereka penyimpan rahsia kerajaan nombor satu.

Sebab tu keturunan saya,saya tak izin jadi tentera.haha.

Tentera boleh jadi insan paling suci dan boleh juga jadi insan paling petualang.

ontahsapo berkata...

cepat la buat video tu, aku dah terasa demam nak raya ni...

rasso berkata...

wa dah buat iklan raya tempoh hari disebabkan tidak beraya di rumah halaman.. entah ada tak lagi video tu...

tok.. dah baca buku goblog tu.. hahahaha

~ GAB ~ berkata...

Man, I wish I had a talent to write...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ya..Tok kan pahlawan juga tapi menghunus pena...

Mata pena lebih tajam dr mata pedang... kan..?

Tanpa Nama berkata...

baru teringat, tentera ngan polis tak leh menulis apa2 yg berkaitan dengan hidup mereka sebagai tentera, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sebab tu dorang tak menulis blog daaa..

kaezrin berkata...

they shd start writing a blog...senang nak buat bhn rujukan dan mcm2 lagi dlm blog....

hakim dirani berkata...

Tok,
Anda seorang perwira.

bluecherry @ fai berkata...

Pena harus diguna dengan bijak..

Banyak perkara yang kita tak tahu sebenarnya, tiada di media, hanya tersimpan di dada mereka.

[pernah gak test korek rahsia]

Adek ckp, "mana leh kasitau."
Ayah ckp, "ko nak tau buat aper."
Abg ckp, "kerja aku.. shhh"

Adek beradek ngan ayah anggota polis, risikan, politik, hal ehwal dlm negara.

adibah abdullah berkata...

salam,
seorg shbt pernah belajar di Akademi Tentera Malaysia, tp tiga bulan shj. dasat betol training diorg.
die tinggalkan ATMA bukan kerana tak tahan lasak, tapi sebab pergaulan bebas sgt.

tringat "message in a bottle"

:-)
meow.

Tanpa Nama berkata...

ada video lah.. lama dah tok tak produce video.. tak sabar nak nonton.. :)

OP Zaharin berkata...

iklan raya tok untuk tayangan gath? cun ah.

zizie ali berkata...

iklan petronas: si isteri terjumpa diari dalam bekas kedap udara. baca. sedih. lalu ke petrol pum. isi petrol petronas. gumbira. kemudian balik rumah. masak guna gas petronas. makan. gumbira.

Pegawai Khalwat berkata...

Wahh... Tok Rimau shooting atas kapal perang.

Mesti ada lemang ketupat atas kapal, selalu memang macam tu.

Psss... kalau kapal perang mahal, shoot ja atas kapal Petronas. Tak pun atas bot ikan.

areyoung berkata...

Erm, dia lebih minat buat catatan dr pikir nak selamatkan diri?

Kalau tak jadi tentera mesti dia jadi tok rimau kan..

Dhani berkata...

tima kasih sbb promosi goblog.:). bila nak lepak sesama?

Dhani berkata...

tima kasih sbb promosi goblog.:). bila nak lepak sesama?

Azhar Ahmad berkata...

Tok dah lama tak apdet. Tok dah lama dah online kat sini. Blogspot tok nak jadi tukun ke? Tempat maknusia maknusia melepaskan lelah melawat blog?

Ampun tokkk... Cucu tumpang lalu...

Tanpa Nama berkata...

wah tok! mau bikin apa ni tok? cam best je nih

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...